We Grill C-A-M-P-E-O-N Bersama Macho Kai Nando’s Malaysia
Advertorial

We Grill C-A-M-P-E-O-N Bersama Macho Kai Nando’s Malaysia

Hujung minggu lepas memang minggu yang sangat aktif walaupun cuaca jerubu. Rasa macam nak jegilkan mata seluas-luasnya sebab tak puas melihat. Kat Hulu Selangor ni kurang sikitlah berbanding bacaan IPU di Kuala Lumpur, Shah Alam atau pun Klan.

Balik dari lawatan cik kiah ke kolej komuniti dah malam, penat seharian mengguli tepung. Tidur awal, dah tak ‘lalu’ nak tengok cerekarama ke euro2012. Pagi Ahad saya ada satu lagi event yang menarik bersama Nando’s Malaysia di Paradigm Mall.

Baru kali pertama sampai ke Paradigm Mall, Sejak anak-anak saya berumur 4-5 tahun dan boleh memahami, memang saya ajar mereka membaca peta lantai (floor plan ) shopping mall. Ini adalah salah satu tips membawa anak membeli belah.

Seiring dengan perkembangan teknologi, peta lantai pusat membeli belah juga lebih lebih canggih dengan menggunakan paparan interaktif digital. Carilah lokasi dihujung jari anda!


Nando’s : We Grill Champion berlangsung di Upper Atrium, Level UG.

Masa inilah baru teringat ……….. saya terlupa bawa kamera. Sebelum keluar dari rumah memang dah pegang dan check bateri. Gambar-gambar dari blackberry saja. Kalau nak tengok gambar event meriah ini, boleh klik facebook Nando’s Malaysia – We Grill Champions – Macho Kai and Harry Kok’s live showdown.

 

Blogger pertama yang saya jumpa, Nik Normasitah pemilik blog hatisamronkin.com

 

Sebelum acara dimulakan, kita makannnnnnnnnnnn dulu!

 

Saya dan Intan satu pasukan – team merah Macho Kai yang kelakar.   Ramai blogger lain dalam team hijau Harry Kok.   Broframestone ajak saya bertukar untuk ke pasukan hijau tetapi saya tetap dengan Macho Kai!

Go Go Macho Kai! We are C-A-M-P-E-O-N?

Ada beberapa game disediakan untuk pasukan berlawan bagi menentukan siapkan yang akan menjadi juara.  Antaranya Penalty Shootout – Perlu menjaringkan gol dalam masa 15saat ke dalam pintu goal comel dan kaki Barci yang menahannya.  Team hijau Harry Kok menghantar peserta mereka yang paling comel!

Makcik pun tak berani nak masuk dalam sangkar tu nak oioioioi…….

Basketminton.

Game Basketminton – Aksi Barci cuba memasukkan shuttlecock ke dalam bakul yang tergantung. Nampak macam senang, tapi ramai juga tersasar…hihihi. Opsss… orang yang mengata ni langsung tak mencuba…hihi

Antara permainan lain yang disediakan dan menggamatkan sorakan penuh di Paradigm Mall seperti makan peri chicken yang tergantung tanpa menggunakan tangan dan Chicken Dance.

Saya syak ini adalah aksi ayam belanda menari balik kampung setelah gagal ke peringkat suku akhir euro2012!….kloq kloq kloq…kita jumpa 4 tahun lagi!

Ada kisah menarik antara saya dan Anne Pen Merah yang menyebabkan dia nak tak nak terpaksa berada di dalam sangkar ini.

6 peserta terawal yang berjaya minum air coca cola dengan straw akan terpilih.  Kami tak tahu apa acara seterusnya.  Ingat ke siapa awal dapat hadiah, rupanya siapa awal  akan melalui peringkat saringan  Chicken Dance sebelum pemenangnaya menerima hadiah utama – Canon ESO 1000D.

Nasiblah kau Anne…………… kami kat luar ni tak menahan nak gelak tengok berbagai aksi ayam-ayam menarik .

 

Kan dah cakap…. team merah menang!  We Are C-A-M-P-E-O-N !

Saya tak dapat tunggu lebih lama, selesai acara hampir jam 1.30 petang terus balik.  Dah janji dengan Intan nak pergi Perpustakaan Negara, Jalan Tun Razak untuk cari info untuk siapkan folio sejarah – Tarian Traditional Malaysia.  Bahan banyak di internet tetapi tentu saja projeknya sama dengan semua rakan sekelas.  Untuk mencari kelainan, Intan cari sumber rujukan dari bahan di dalam perpustakaan.

Pulang bersama kenangan yang indah dan cenderamata Nando’s – sos peri-peri extra extra hot dan sweet hot.

 

sapa yang makan cili, dialah yang rasa pedasnya…kloq…! kloq…! kloq….!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

14 thoughts on “We Grill C-A-M-P-E-O-N Bersama Macho Kai Nando’s Malaysia

  1. wah dah lama sungguh saya tak menjamah nandos ni huhu.. dia punya sos memang agak mantop, melekat pedas di lidah pada jangka masa yang lama gak huhu

  2. kak jie.. aaaaaaaaaaaaaaaaaa. hahaha.. gelak besar.. aduyai. x sangka kena chicken dance. ingat games biase jek skali dia ckp kene menari sye dahhh arghhh caneeeee nk buat.. aduhh. patut kak jie tau pi menari mesti sy yg tergolek kat luar gelanggang. kahkahkah

    1. Best ape Chicken Dance… buat laju2 sampai tergolek gelak mengekek.. hehehhe…

      Mesti dapat pengalaman yang best tak terhingga kan? 🙂

  3. salam kak jie! teruja jumpa kak jie for the first time:) hope dapat jumpa kak jie lagi lepas ni:)
    terima kasih jugak tumpangkan balik:)

Comments are closed.