Hari Sabtu , hujung minggu lepas, saya ikut rombongan cik kiah. Naik bas dengan rakan sebaya. Kami bukan pergi shopping periuk belanga kain baju ye… kami pergi belajar memasak.
Untuk kelas memasak kali ini, kami murid-murid tua dari Kolej Komuniti Hulu Selangor pergi berombongan ke Kolej Komuniti Sabak Bernam. Kelas sebelum ini , cikgu yang datang ke kolej kami….kolej kami tu !
Saya tak ikuti kelas sebelum ini, seorang kenalan blogger ada mengikuti kelas tersebut iaitu kursus pembuatan kek ikan, bebola ikan dan nugget, tauhu dadeh dan air soya . Dia satu group dengan kakak ipar saya waktu itu.
Bertolak jam 7.30 pagi dengan perjalanan 135 kilometer, kami tiba di HKSB hampir jam 10 pagi. Seronoklah sangat dapat naik bas berombongan macam ni…. entah berpuluh-puluh tahun tak merasa pengalaman seperti ini.
Seperti biasa, Intan menjadi murid paling muda. Memang dia nak ikut. Saya bayarkan yuran penyertaan bukan mengekor bawah ketiak mak saja. Dia ada sijil penyertaan untuk diri sendiri. Dulu dia ikut kelas Kursus Asas Pembuatan Coklat dan Sulaman Manik dan Labuci.
Untuk pengetahuan, Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah institusi pendidikan yang menyediakan latihan dan kemahiran peringkat sijil serta kursus jangka pendek kepada pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) (SPM(V)), pekerja dan kumpulan lain dalam masyarakat setempat.
Bagi saya diusia macam ini, kelas-kelas yang dianjurkan oleh kolej komuniti adalah pendidikan dan latihan sepanjang hayat bagi meningkatkan kualiti kehidupan. Dapat jumpa kawan baru dan bersosial dalam masyarakat dengan aktiviti yang berfaedah.
Untuk remaja atau lepasan SPM, Kolej Komuniti menawarkan kursus berbentuk formal dan tidak formal yang menitikberatkan kemahiran seperti:
- Sijil Multimedia Kreatif (Animasi)
- Sijil Teknologi Pembuatan Bersepadu
- Sijil Automotif
- Sijil Pelukis Pelan Senibina
- Sijil Penyenggaraan Bangunan
- Sijil Teknologi Elektrik
- Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
- Sijil Hotel dan Katering
- Sijil Fesyen dan Pakaian
- Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
- Sijil Teknologi Pembinaan
- Sijil Teknologi Maklumat
- Sijil Perakaunan Perniagaan
- Sijil Multimedia Kreatif (Pengiklanan)
- Sijil Penyaman Udara dan Penyejukan
- Sijil Pelancongan dan Pengembaraan
- Sijil Rekabentuk Dalaman
Sijil-sijil ini sangat ‘laku’ dipasaran pekerjaan kerana pelajar mengikuti 70% praktikel dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang alam pekerjaan sebenar. Yuran pengajian di Kolej Komuniti hanya RM200 satu semester.
Terdapat 70 buah Kolej Komuniti di Malaysia. Boleh hubungi kolej komuniti terdekat untuk mengetahui kurus yang ditawarkan di Kolej Komuniti
Untuk program kursus pendek hari ini, kami belajar pemprosesan mee kuning, laksa beras, kuew teow , putu mayam dan cendol.
Resepi dan bahan disediakan. Dengan bantuan dan tunjuk ajar dari pensyarah, kami memulakan proses mengikut kumpulan masing-masing.
Selepas tepung beras di uli, di masukkan ke dalam acuan dan dibentuk dalam rebusan air panas. Mak-mak buat – sendiri pusing sendiri pegang tapi bila ‘budak bawah umur’ ni yang buat, kena ada pembantu tolong pegang, takut terbalik periuk berisi air panas.
Laksa yang siap direbut,dilalu pada air mengalir dan ditoskan. Ada tips untuk dapatkan laksa yang cantik dan mengelakkan laksa hancur dan putus-putus.
Jangan biarkan aliran air dari paip jatuh menimpa laksa. Letak laksa yang baru diangkat dari rebusan di dalam besen dan alirkan air melalui bahagian tepi, jangan terkena terus ke atas laksa.
Kami buat kuew teow, buat putu mayam, buat mee kuning dan cendol.
Bila bersama rakan-rakan sebaya dari berbagai latar belakang dan pengalaman, banyak tips dan panduan yang diperturunkan secara tidak langsung. Banyak petua-petua zaman dulu atau pantang larang yang dikongsi secara tidak langsung sepanjang proses penyediaan.
Hubungilah kolej komuniti yang terdekat dengan tempat masing-masing…. kalau ada kursus yang sesuai, bolehlah ikut serta.
salam kak..sya minat la dgn kursus2 buat mee ni.klau boleh mmg nk ikut serta.masalahnya saya skrg menetap di abu dhabi.n sgt ssh nk jmpa mee or kotiew.skrg still ade ke kursus2 cmni?mcmana sya nk join?
salam
kalau boleh lah boleh tak turun ilmu nak buat laksa tu
ikut sukatan yang diajar di kolej komuniti tu
Kami di Homestay JKKK Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor dah pun belajar macam-macam kursus pendak di Kolej Komuniti Sabak Bernam tu. Ilmu yang kami dapat kami tak lokek nak bagi tau kepada orang ramai terutama pelawat kami.
Insya Allah pakej awal tahun 2013 nanti ada aktiviti buat mee kuning dan terus belajar buat mee goreng sekali. Lepas tu pelawat sama-sama makan !…
Kalau anda belum pernah melawati website kami cuba-cubalah jenguk : http://homestayjkkk.blogspot.com
Ok…selamat berkunjung !.
Terima kasih sudi hadir. Jemput datang lagi.
Jom terjah post menarik dari PSH.KKSB ..PESERTA BULAN JULAI – OKTOBER 2012
Terima kasih kerana sudi hadir. Maaf sekiranya ada sebarang kekurangan dari pihak kami.
Jom terjah post menarik dari PSH.KKSB ..PESERTA BULAN JULAI – OKTOBER 2012
klo saya gak bisa masak mie, cuma bisa makan, maaf bahasanya beda karena saya dari indonesia 🙂 ehhehe
selain dari tempat ni abm bawah cidb ade tuk yg xlulus spm macam gua la hahaha
Jom terjah post menarik dari mijae ..Koleksi Kartun Kartunis Zunar
Hmm … baru2 ni dok apply nak hadiri beberapa kursus .. tak panggil2 lagi … 🙂 cuma ada dapat panggila gi kursus kat ILP utk video editing …. byk gak ehh kursus kat tempat2 macam ni leh ambik terutama buat Mr Mama macam saya ni .. murah lak tu .. bayar rm20 je .. dapat sijil lagi ..
Jom terjah post menarik dari HasrulHassan ..Entri Terbaik Mendapat Lebih 40,000 Google+1
Tidak ada rezeki kali ini kerana nama tidak ada didalam senarai. Kalau tidak tentu ambil peluang untuk belajar buat mee kuning dan laksa beras ini.
p/s: Terima kasih Kak Jie untuk back link tersebut.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Aeon Rawang tempat famili berjimba-jimba
Ilmu semacam ini bagus buat Intan kelak,,,
Jom terjah post menarik dari Rina As ..Manfaat Internal Redirect Blogspot Dalam SEO
Laksa beras mmg sedap,ni baru betul2 laksa melayu…kalau ada kemahiran buat laksa beras ni memang untung,tak ramai yg pandai buat,yg pandai makan banyak le he3..
Jom terjah post menarik dari azman ..KL Berjerebu – Otak pun sama
kak ji.. kasi eloborate sikit “Letak laksa yang baru diangkat dari rebusan di dalam besen dan alirkan air melalui bahagian tepi, jangan terkena terus ke atas laksa.” cemana tu? instead curah air atas laksa…(bertakung air dlm besen tu ) or just lalu kan je air?
Jom terjah post menarik dari Jiji ..Cerita pasal UFO dalam lukisan
bestnya dapat belajar. mesinnya comel je.
Jom terjah post menarik dari eiela ..Isu Dosa dan Pahala
Assalamualaikum,
Nak cop Intan wat menantu 😉
Jom terjah post menarik dari Anyss ..Cintaku ini…
kemahiran hidup yg sangat menguntungkan.. 🙂
Jom terjah post menarik dari tips-kurus ..Tips Nak Dapat ‘Sweet Dreams’ Boboiboi
wahh..rajinnya belajar macam-macam ye sekarang. 🙂
Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Keputusan terkini Perlawanan EURO 2012
bestnya..saya suka sangat dapat belajar memasak..tapi takde masa sbb masih bekerja dan sambung belajar..huhu
Jom terjah post menarik dari chekgu azrine ..Dejavu Di Kinabalu Selepas Seindah Sakura
memang baguslah ilmu ilmu macam nih
Jom terjah post menarik dari Juan ..Google Adsense Earnings Hari ini 2012
Menarik kursus ni. Kalau tak nak jadi usahawan IKS pun sekurangnya dapat menambah ilmu di dada. Tak gitu kak jie?
tq share ni.. minta nak share ngan kawan2 len boleh
oo saya dah nak pi dah kursus kat Kolej Komuniti hari tu tapi dia tukar tarikh plak -.-
Jom terjah post menarik dari topo ..2 Ekor Kucing Comel Masuk dalam Bakul
WAHHHHH……
hebat! maza jealoussss.. huhuh
Kak Gee.. lepas ni volleh singgah pekena laksa original made from house volleh?
hehehehe
psst: info ini amat bergunaaaaa sekali..
Jom terjah post menarik dari maza ..Kopi ‘O’, Ubi, Keledek, Ikan kering gelama bakar: Kampung Kahang
insyaAllah lepas ni boleh la daftarkan isteri masuk kolej komuniti kot..bagus dan banyak gak kelebihan dia tu..
Jom terjah post menarik dari pipoq ..Kehidupan – Fesyen ranggi muslimah ?
Uih. Ilmu sgt bagus ni kak. Mmg xpatut di bazirkan. Yuran pun xde la mahal mana. Sijil kolej komuniti mmg laku dari sijil memahal tu. Saya nak sgt tambah ilmu lagi bab coklat dgn pastry making. Bila? Wallahualam. 😀
jemputlah kita orang kak jie , sedap ni laksa utara