Terasa Hati
Anak

Terasa Hati

pendaftaran kolej mara kuala nerang
Selesai proses pendaftaran, melambai-lambai ucap selamat tinggal selepas berbelas bakul pesanan penaja disampaikan. Penaja pengajiannya makbapa, jadi tadah saja telinga dengar lagu yang berulang kali.

Saya tak terasa sedih sangat, kemungkinan sebab dah biasa sebelum ini merasai detik dan keadaan seperti ini. Dua tahun dia di MRSM , agak ‘lali’ dengan suasana perpisahan .

Suami pula yang bergenang airmata. Pertama kali menghantar anak sejauh ini memandangkan sebelum ini dia bertugas di luar negara.

“Kenapa abang sedih?”
“Teringat arwah bapa…. tahun 1985 abang daftar UTM Skudai, bapa nak pergi hantar, abang tak bagi…sebab jauh. Bapa merajuk….”

Tahun 80’an jarak Selangor – Johor bukanlah dekat.

Sampai saja di depan pintu rumah selepas memandu 431KM dari Kuala Nerang, Kedah… tiba-tiba terdetik rasa rindu. Rasa ini tiba-tiba saja membuak bila terpandang saja kasut Angah tersusun di tangga rumah.

Macam inilah susunan tiap hati sejak 5 bulan sepanjang tempoh dia menunggu keputusan SPM dulu. Tiap petang apabila balik dari Kolej Komuniti, dia akan duduk di tangga dan letakkan kasutnya dalam kedudukan yang serupa setiap hari.

Hati mak…………… kasut anak pun boleh mencipta seribu emosi!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

32 thoughts on “Terasa Hati

  1. Kalau kasut itu mampu berkata-kata….boleh saja kalau dia nak berkata begini :

    “Kalau hati ini mesin perakam waktu, maka pudarlah dakwat tanda kerapnya kau datang dalam ingatanku”

    (^_^)v

  2. … kami di iAwani personally menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu untuk Kak Jie. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

  3. Yup..memang beremosi bila anak jauh,bila dtg time teringat tu,nampak barang2 dia pun boleh menetes air mata.

  4. aisyemen teringat masa arwah ibu melambai lambai ketika saya dihantar masuk ke kolej icats dulu

  5. Memang itulah hati sorang ibu. Apa saja asyik ingat anak2.

    Jom pakat sayang mak kita yer semua selagi mereka masih ada untuk kita peluk dan cium pipi mereka.

    p.s-selamat hari ibu utk kak jie =)

  6. menuntut ilmu tu jihad..kita doakan ramai ramai semoga Allah memeliharanya sepanjang jihadnya tu..

  7. Assalamualaikum,
    Tiap kali melintas tangga…mesti tengok kasut tu ya. Nanti Angah belajar sungguh2 ya

  8. bila tgk kasut atas tangga teringat pula kisah aku di asrama..
    mak hantar ke asrama penuh hingga SPM.. sayu hati bila
    berjauhan.. hari2 call mak.. lepas sebulan ok dah… hik3

  9. Sayu rasa… Teringat masa mak ayah hantar daftar masa masuk matrik penang 2oo5 dulu.. Jauh juga.. dari Johor bahru ke Pulau pinang… Mak ayah balik,, duk la teringat… Menangis kat bilik air…=)

  10. Allahuakhbar!

    tetiba ada sesuatu dalam hati juga…
    tumpang sayu..
    saya bakal mcm tu gak, tapi hujung tahun nanti…
    kembali berkelana… huhuh

  11. Ya, begitulah hati ibu. Hati wanita. Hati perempuan. Hati isteri. Cepat berasa. Fitrah. Menurut kadar dan ketentuan pembawaan semulajadi. Cepat sayu juga mudah sendu. Tak mengapa, itu mungkin untuk peringkat awal sahaja. Lama-lama, taklah sebegitu sangat rasanya….demi memperkasa diri dengan ilmu, itu berbaloi sebagai rasa…

  12. takpe lah kak. Angah pergi sana pun sebab sambung belajar. kalau rindu telefonlah selalu dia :p

  13. Masa memula Mama Hariz nak hantar hariz belajar di melaka ni pun macam ni lah kak jie. Menangis dan bila sampai penang dan nak balik melaka semula pun menangis. alhamdullilah sudah setahun menangis dah tiada tapi masih nampak raut wajah “terasa hati” itu.

    1. biasalah tu bro. mana2 anak pun sama je keadaan. tapi alhamdulillah saya dapat sambung belajar di tempat yang tak jauh dari rumah. bolehlah balik selalu. hehehe 🙂

Comments are closed.