oh……..cerita lawatan singkat ke utara belum habis. Masa untuk show off belum berakhir. Tak ada apa sangat yang nak dikongsi sebenarnya selain dari keistimewaan Pulut Ayam Padang Besar . Saya cuma ingin merakamkan catatan kenangan kami di dalam blog ini.
Dalam perjalanan dari Kuala Nerang ke Padang Besar, kami melalui kawasan ladang tebu seluas mata memandang. Pemandangan ladang tebu milik Felda ini mungkin akan pupus beberapa tahun akan datang kerana menurut berita terkini, Felda telah menukar separuh ladang tanaman tebu kepada getah secara berperingkat yang bermula sejak tahun 2007.
Sewaktu melawat kawasan sekitar kilang tebu, saya sendiri melihat anak-anak getah yang telah pun ditanam.
Chuping adalah nama sebuah bukit batu kapur iaitu Bukit Chuping. Dalam perjalanan ternampak bukit seperti ini, tak pasti inikah Bukit Chuping. Orang Perlis boleh tolong jelaskan?
Pokok tebu untuk penghasilan gula bukanlah seperti pokok tebu biasa yang kita nampak orang mesin untuk mendapatkan air tebu. Batangnya lebih kecil.
Sebelum dituai, kebanyakan pokok tebu dibakar untuk menghilangkan daun-daun yang telah kering bagi memudahkan proses penuaian.
Biasanya orang berkias dengan ‘menanam tebu di tepi bibir’ tetapi di Perlis mereka ‘menanam tebu di tepi telinga ( cuping) ‘. hiks!
Inilah pokok tebu yang menghasilkan gula . Kami cuma melawat luar kawasan di tepi jalan saja. Tak berani nak menjelajah jauh, tanah persendirian nanti kena ‘tembak’.
Peribahasa tebu
- Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh – Berbuat baik, tentu kebaikan juga yang dibalas.
- Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di muka – Gembira oleh kerana mendengar pujian.
- Seruas tebu yang berulat, seruas dibuangkan – Siapa yang berbuat salah, dialah yang dihukum.
- Gigi telah gugur, tebu pun menjadi- Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi.
- Jangan difikirkan bengkok tebu itu bengkok pula manisnya – Nasihat yang baik tidak memandang orang yang mengatakannya.
- Tebu setuntung masuk geraham gajah – Pemberian yang sedikit kepada orang yang kaya tentu tiada terasa olehnya.
sumber : Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP
Tahniah saudari Kujie sekeluarga merakam perjalanan sekeluarga…ke Chuping Telinga..Perlis.he..he. bagi saya begitu banyak kenangan yang tinggal. Hampir 32 tahun saya telah tinggal dan hidup dikeliling pokok tebu, sebab bapa saya bertugas di kilang gula gula saya tinggal semenjak umur 9tahun(1979)…hingga umur 25…kawin..dan bertemu dengan isteri bertugas di kilang gula juga(CC. Lab Asst) dan sendiri di bidang Steam Generation/iaitu bhg yang paling penting sekali bak kata nyawa kilang. Kini Kilang Gula(pemiliknya Robert Kok) dan Ladang Tebu(PBB Group)telah pun diijual 50billon sahamnya FGV. Ini DISEBABKAN oleh kerana tanah yang tidak subur lagi bayangkan lah tebu telah tanam sejak 1970an…bermacam baja..racun …digunakan…..ketika Kilang Gula masih dlm pembinaan oleh Sebuah Syarikat Jepun dan bolh dikatakan semua peralatan mesin, serta enjin dari jepun yang amat berkualiti. Hari ini kami telah mengorban pengalaman saya dan perakuan kebolehan(Competensi Cert) dan Isteri saya dari UPM didalam bidang Pertanian. Untuk berhijrah ke dunia lain dan bertugas di sebuah Institusi Pendidikan terkenal di Perlis(MATRI)..
“Anak Ayam Bawa Anak
Terima Kasih Banyak-Banyak”
Tebu tu sebenarnya keras mau patah gigi kalau cuba2 nak makan.
Seiring dengan pembangunan sekitar Perlis tebu didapati kurang sesuai lagi ditanam kerana semasa penuaian daunnya harus dibakar. selain menimbulkan pencemaran alam jugak daun2 yang di bakar boleh berterbangan berkilo2 meter. Dulu baju sekolah kat ampaian selalu kena basuh semula coz arang daun yg berterbangan.
tapi kalau ada teknologi moden … daun pokok tebu boleh menghasilkan baja atau boleh lupuskan dengan mesin moden tak jadi masalah untuk teruskan penanaman tebu ….
Selamat menikmati pengandangan nan indah dan segar bersama Keluarga Kak Jie..
Luasnya permandangan,
Tempat ni macam cantik dan menarik je kalau buat iklan hari Raya..
Memang cantik dan sangat sesuai ! Harap petronas sudi buat iklan di sana nanti 🙂
Enam tahun tak ke sana, Daerahnya masih sama. Damainya, tenangnya, menggamit memori rindu… eh, terjiwang lah puloks ! hiks !
ni mesti pergi sehari sebelum hantar Angah kan ? heeheee
yup.. kami pergi hari sabtu ni selepas check in kat homestay
esoknya baru register Angah kat kolej, terus memandu balik
jauhhhhnya… 2 tahun dia kat merbok, skrg ni kena tambah beberapa puluh km lagi
Tak pe… Kali ni dapat pi Padang Besar.. Masa Angah cuti semester nanti, boleh pergi ke Tasik Bera pulak.. Kan ke orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan bertambah pengalaman … eh, ye ke ? hehehe
Dulu suka makan tebu sekarang tidak boleh kerana bimbang gigi ngliu. Kalau ke pasar malam ada sekali sekala membeli air tebu.
Tidak sangka banyak peribahasa berkaitan dengan tebu rupanya.
Tebu kalah main makan macam itu saja memang ngilu sangat. Hahaha
utk kuatkan gigi, kata org2 tua
Kuatkan gigi yea. Eh Tebu ini bagus tak untuk orang kencing manis?
Memang best bila jalan2 ke utara. Masih lagi hijau dgn bendang dan tebu, tapi cam Kak Jie ulaslah, mungkin tak lama lagi kita takde peluang dah nak bergambar dgn kehijauan camni.
Bendangpun byk dah dijual dan diganti dgn rumah2 kediaman.
sesekali nampak banglo mewah burung walit… hehehe
itulah, baca info felda nak ganti tebu dgn getah atas sebab lebih menguntungkan….jadi kalau lalu kasawan ni jgn lepaskan peluang bergambar…takut2 tahun2 akan datang dah tak de lagi pemandangan mcm ni
aduiiii suka dengan peribahasa dari perkataan TEBU…saya pernah dengar MENANAM TEBU DI TEPI BIBIR jer…yang lain2 tu tak pernah dengar…bagus jugak terjah blog ni, dapat info yang sangat menarik…
Paling best bila Kak Jie bagi simpulan baru, menanam di tepi chuping…hadoi =)
tetiba terlintas…. bibir dan chuping 😛
Assalammualaikum
saya penah sampai sini,tgk ladang luas terbentang -Subhanallah
dari jauh nmpk hjn nak dtg
perasaan takut datang hehe
waalaikumsalam….
seronok, kan lalu jalan ni. mula-mula tu kami was-was , betul ke itu semua pokok tebu
sampai bertanyakan anggota UPP yang berkawal..hihi
Assalamualaikum,
Dah lama berangan ambik gambar macam Intan tu…ntah bila impian akan tercapai
waalaikumsalam
dia ada ambil beberapa gambar lain untuk simpanan peribadi
semua tu ditapis tak boleh disiarkan kat blog…hehehe
tapi kalau view lapang mcm ni, mmg best nak bergambar
walla wei……… seronoknyer…….
seluas mata memandang……..sangat terpegun
Bestnya.. dah lama tak bercuti-cuti macam ni…
uruskan keluarga dan kerjaya memanglah mcm ni
tak sempat nak fikir utk bercuti
tak apa…anak masih kecil mmg mcm tu
sama dgn kak jie dulu2
bila dah besar², masa utk diri sendiri
Lokasi KL menjerit ker
aah la…time tu rosyam nor naik TZM pusing-pusing macam dalam gambar ni bawak lisdawati
alamak……… tak tengoklah citer ni
Adakah ini bermakna air tebu bakal naik harga di Perlis?.. hahaha… ‘lame joke’
bukan saja di perlis…………..seluruh negara…haha
Bahasa jiwa bangsa… Huhu…
Tuhan dah tentukan… Segala yang baik akan dibalas sebaiknya… 😀
sebelum ini memang jarang gunakan peribahasa tu….tak tau pun
kebetulan masa buat entri ni, buatkan sikit carian info di dewan bahasa dan pustaka, terjumpa sesuatu yang berguna untuk dikongsi
..nampak cantik gambar ladang tebu tu. luas ..
lagi cantik sebab itu kali pertama sampai
tanam tebu tepi bibir kak jie
janji manis pun tu…
Kalau pi perlis tak kan nak tengok bendang sedangkan ladang tebu kan ada.
Boleh tera tu kak jie 😛
tapi bukan seluruh negeri perlis tu ada ladang tebu… kena pegi Chuping saja….chuping dekat telinga tu…hiks!
kali terakhir pegi Perlis tu masa tahun 2006 masa bujang lagi..lalu jugak la kat ladang tebu chuping ni..memang seluas mata memandang..teringin pulak nak pegi kembara lagi kali ni dengan anak isteri pulak..
jangan lepaskan peluang kalau ada
bawa isteri lagi lah best
sebab laluan tu akan berakhir di Padang Besar, tempat idaman wanita
eh tebu tu nampak macam serai pun ada..haha..
tu la… kami siap tanya kt UPP yang jaga sekatan jalan tu
” encik….. tu tebu yang buat gula ke”
hahaha…. tak malu sungguh
kalau lalu belah2 utara mmg ila asik tegok pemandangan jer ..cantik hijau..
hijauuuuuuuuuuuuuuuuuu je, kan
tapi musim2 petani bakar jerami, agak berjerubu dgn asap hitam
tanam tebu tepi telinga? hahahaha
marah org perlis kalau baca ni
hihi…….orang perlis dah biasa kena perli bab ni
Pernah sampai Perlis,tapi tak bergambar tepi ladang tebu,sebab naik kereta orang segan lak nak suruh berhenti.
rugi tu… sebab ladang ni felda dah nak tanam getah… tapi bukan keseluruhan ladanglah…
Mengundang kenaikkan harga gula. Kena bersiap sedia dari sekarang. Biasakan makan dan minum yang tawar-tawar aja.
masalah budaya juga ni
gambar kedua tuh cantik, rasa nak ikut je jalan tuh. baru tau rupanya tebu untuk buat gula nih lain, bukan tebu biasa tuh. gambar pertama tuh ladang tebu macam sawah padi hijaunya.
masuk saja kawasan ni……….. memang sayup seluas mata memandang adalah ladang tebu………….nampak latar hijau dan langit biru dengan tompokkan awan gebu..cantik sgt
power tu peribahasa… pernah lalu kawasan ni lama dulu…
pilih peribahasa yang jarang kita guna…….utk dikongsi yang ada kaitan tentang tebu
saya pun baru balik dari lawatan ke utara..entah entah berselisih kereta sbb saya pun ke Chuping ke majlis pernikahan officemate saya..mmg nampak pemandangan bukit tu..
cuma tak lajak ke tanah besar sbb tak sempat.. 😀
kami pergi padang besar dalam pukul 1.45 ada di kawasan ini
balik time azan asar – bermalam di kuala nerang
Nak suruh pelajar Kak Long baca biar dia tengok macam mana rupa pokok tebu gula dan juga belajar banyak peribahasa. 🙂
memang pokok tebu dia lain…. macam pokok serai pun ada
tapi yang kecik lagilah
ada bahagian yang dah besar
tempat ni mmg cantik…saya suka berenti amik angin kejap kalau lalu sini….sungguh luas ladang tebu depa…
pengalaman pertama kali bagi kami…memang seronok
Salam,
Teringin nak ambil gambar macam gambar 1st tu, cantik sangat viewnye, kalau buat aksi melompat pun best heeee 😀
adaaaa…………… ada mcm² aksi terlampau kami anak beranak, tapi seganlah nak letak. dah tua gendut pun dah iahhh….hahahahaha
yang letak kt sini dah ditapis le tu…kehkeh
tebu ni untuk buat gula…kenapalah kat sarawak ni orang tak keluarkan gula jugak eyh
mungkin sebab tak sesuai dgn keadaan cuaca atau jenis tanah
Owh ni tebu untuk buat gula, macam 1st time tengok. Arghh bestnye jenjalan 😀
hahaha..kami pun tatau
otw tu akan jumpa sekatan jalan oleh UPP – unit pencegah penyeludupan tepi ladang tebu ni
kami siap berbual tanya pegawai upp tu…ini ke pokok tebu?
dia ckp…betullah…berhentilah masuk tengok. sebab itulah berani berhenti dan masuk ladang tebu tu..kalau tidak takut juga menceroboh kawasan persendirian.
tebu dan peria kalau dimakan bersama-sama yang mana lagi dominan ye?hehe
tebu kalau makan ngan peria..nak merasa masuk hospital gamaknya