Pulut Ayam  Padang Besar
Percutian

Pulut Ayam Padang Besar

Kami sampai ke Padang Besar lebih kurang 2 petang selepas mendaftar di homestay di Kuala Nerang.

Selesai kempiskan beg duit , recharge tenaga dengan Pulut Ayam yang menjadi Brand Padang Besar. Sebelum ini hanya mendengar cerita dari orang tentang sedapnya pulut ayam, tak terfikir macam mana rasa dan rupa.

Wow! Memang sedap. Mesti cuba. Pulut, ayamg goreng, bawang goreng dan sos dengan harga RM 4.50

Selain Pulut Ayam, Pulut Durian pun sedap dengan harga Rm 7

Akhir sekali, kami mencuba Pulut Mangga .  Harganya Rm4

Semualah sedap… Pulut kat sini sedap, saya beli beras pulut 2 kilo.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

60 thoughts on “Pulut Ayam Padang Besar

  1. Berbanding makan pulut durian, saya labih suka makan pulut dengan serawa… hehe (^_^)

    Tapi pulut ayam tu memang rasa nak kena pi cari ke sana tu.. huhuhu

  2. Jarang makan pulut berlauk camnie…. kak jie dah kasi idea baru untuk saya buat slot HAZMAN vs FOOD laa… thanks…. biasanya orang cakap makan pulut nie cepat rasa ngantuk….

  3. pulut durian,pulut mangga dah try.. panas badan balik kampus.. kitorang ada program kat sane.. balik2 sume demam gara2 pulut.. 😆

      1. bukan setakat wangi. besar2 kalah beras. masa saya makan pelik betul tengok pulut besar camni. tapi memang sedap,tak macam pulut2 biasa…

    1. sempadan kedah dgn sempadan perlis bukan jauhhh…lagi pun dah alang2 kat sana. kalau nak ikut jauh , jauh lagi perjalanan kami pergi sana – 400+ km lebih tu

  4. bagi peminat pulut macam saya ni apa pulut pun semuanya sedap belaka..
    walaupun hanya pulut dengan kicap pun memang menyelerakan..

    1. samalah…kalau pulut sambal bilis tu memang selalu masak, anak2 suka

      ini pertama kali makan pulut kat sempadan….pulut dia sedap

      jenis kot….gred A

  5. pulut ayam tak pernah rasa tapi pulut mangga memang sedap. dapat lagi mangga manis ranum.

    1. sebelum ini ada kawan yang bercerita pasal pulut ayam ni…dan syukur sebab kami singgah di gerai yang betul…dapat merasa

  6. Assalamualaikum,
    Pulut mangga…masih terkonang2 tak sempat belasah kat Bangkok dulu…bila balik makan sini, rasa macam tak puas, mungkin sebab mangga tak manis sangat kot. Kena pergi Perlis jugak ke baru puas hati?

    1. Waalaikumsalam

      pulut mangga tu bergantung pada jenis mangga, kan… lemak berkrim saja

      durian , sebab diluar musim jadi berganda-ganda rasa sedapnya tu…

      perlis bukan jauh pun….kalau dah teringin nak makan pulut mangga tu , apa salahlah…lagi pun boleh buat aktiviti lain…membeli belah :p

  7. pulut dan mangga..pertama kali makan rumah pak sedara kat perlis..adeh tak boleh telan,tapi sedap…pulut ayam tu mmg tak pernah cuba.

    1. biasa buat juga pulut durian tapi durian tu dibuat bubur..bukan dikopek dan makan fresh mcm ni

      yang pulut ayam tu, kali pertama juga jumpa

    1. kongsi anak beranak tu………… semua jenis yang dijual kat kedai tu kami order

      nak merasa….jauh2 pergi , mestilah dapatkan pengalaman baru

    1. kan………. memang sedap… durian pun
      tapi di luar musim, agak mahal

      tapi berbaloilah sebab dia melancong, kan…kehkeh

  8. saya orang perlis he3 slalu gak makan tanbah2 dengan mempelam harum manis he3

    1. kalau tak leh makan banyak, kita merasa…. jgnlah merasa pun seperiuk, tu memang cari nahas le tuuuu

  9. saya nak komen benda lain,tpai bila terbaca “Titiplah sebaris kata bukti kehadiranmu ….”

    terus larik idea nak komen.puitis sangat.hehe

    1. erk……….. tersentuh pula kak jie dgn komen ni

      tapi………… kat dapur ni dah tak de pulut, lain kali ye…hehe

    1. pulut dia sedap…mungkin sebab beras pulut yang baik, fresh dan gred A+

      kami beli 2 kilo beras pulut..nak try buat sendiri

  10. Assalam…
    Memang sedap…
    Kalau kempiskan beg duit kat wang kelian, lagi berbaloi-baloi murahnya…
    Tak bawak balik harum manis ka?
    la ni musim harum manis…

    1. waalaikumsalam

      kami pi sini sebab , itu je tempat /nama yang teringat
      nak tanya org pun senang

      jumpa jpj buat sekatan jalan pun boleh tanya, mana jalan nak pi

  11. aduiii memang nampak sedap lah… pulut ayam belum pernah makan yang biasa dengar pulut ikan masin dan pernah rasa, itu pun sedap….huhu jadi terliur ni…hehe

Comments are closed.