Operasi Menyelamat Si Cilik
Kucing

Operasi Menyelamat Si Cilik

Hari Ahad lepas, kami anak beranak keluar ( beli belah keperluan Angah ) dan pulang lewat petang. Buka saja gate rumah, terdengar suara halus mengeow dengan belasnya.

Rupa-rupanya ada si kecil yang terjatuh di dalam lubang sedang mengeow minta pertolongan. Si ibu berlegar-legar sekeliling dengan mata sayu. Sedihnya!


Lubang ini sempit dan dalam. Angah pun tak sampai tangan untuk mencapai anak kucing yang menyembunyikan diri di celah lubang ( yang bertanda anak panah) ,  Kalau masuk ke dalam lubang, tak cukup ruang untuk membongkok.


Ini alat-alat penyelamat. Sebab anak kucing tersepit di celah  lubang, terpaksa gunakan penyepit untuk menarik keluar kaki dia. Jaring digunakan supaya anak kucing tidak terjatuh ke bawah lagi.


Selepas berhempas pulas hampir 10 minit, akhir si kecil ini berjaya juga di keluarkan. Diam seribu bahasa.

Jantung berdetup kencang – antara sejuk mengigil dan takut.


Mandikan dan bersihkan badan yang berselut. Diam tak melawan.


Gunakan pengering rambut untuk keringkan badan si kecil ini.


Selesai saja, cepat² saya lepaskan di luar rumah bersama bekalan secawan susu. Kucing besar itu bukan ibunya, itu Stokin , kucing jantan. Stokin dah gemuk dan Tuxedo pun dah beranak tapi tak pasti mana hilang anak-anak dia. Ibu muda , mungkin tak pandai jaga anak lagi kot.

Saya ada beberapa ekor kucing yang hidup di sekeliling rumah tetapi bukan kucing peliharaan untuk dibelai-belai atau dimanja-manja.  Kucing ini mendatang entah dari mana dan terus kekal.  Saya tak benarkan kucing masuk ke dalam rumah, terhad untuk diluar dan saya bagi makan apa yang ada.

Kami pernah menyelamatkan burung di MAHA – Misi Penyelamat MAHA 2008

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

14 thoughts on “Operasi Menyelamat Si Cilik

  1. Dia sangat kurus. Nanti bila selalu dapat makan dari Kak Jie, mesti dia jadi comel dan gemuk ! Tak sabar nak tunggu dia membesar… 🙂

  2. Saya pula tumpang rasa puas dengan cerita ni. Pasti yang berusaha lebih lagi. Itu keindahan jiwa manusia. Suka pada kebaikan dan redha dengannya. Begitulah Allah mencampakkan rasa kasih mengasihi sesama makhluk. Andai hilang yang itu…pasti sukar jadinya…

  3. Saya pun ada gak pengalaman dalam ‘Operasi Menyelamat Kucing’ satu ketika dulu.
    Pada masa tu kucing tu jatuh dalam telaga, operasi agak sikit. last2 cari baldi ikat dengan tali panjang suakan kedalam telaga tu. Selamat la kucing tu reti masuk dalam baldi, tidak susah la nak turun kedalam tu.haha..

  4. comelnya anak kucing, ibu kucing pun sayang anak tak tinggalkan anak biarpun anak terjatuh.

  5. Semoga Allah membalas budi baik Kak Jie dan anak2,kalau anjing sekalipun, kita pun dituntut untuk menolong. 🙂

  6. Wah operasi menyelamat berjaya. Hati-hati kak Jie kerana melihat lubangnya agak dalam kalau berseorangan bahaya nih.

    Teringatkan kawan sekerja membuat operasi menyelamat burung Raja Undang cedera dipejabat tempoh hari.

  7. hehe.. kak jie macam mak saya tak bagi kucing masuk rumah tapi masih bagi makanan.. apepun, tahniah berjaya mempertahankan satu nyawa..

Comments are closed.