Bukan Tema Hari Guru Atau Kad Ucapan Hari Guru …Cuma Ajakan
Motivasi

Bukan Tema Hari Guru Atau Kad Ucapan Hari Guru …Cuma Ajakan

Hari Guru disambut pada 16hb Mei setiap tahun. Tema Hari Guru pada tahun 2012 ialah  ‘ Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara ‘

kad ucapan hari guru

Untuk sambutan Hari Guru tahun ini saya ingin mengajak kawan-kawan blogger saya yang comel dan handsome untuk melakukan sesuatu yang dianggap mudah sempena Hari Guru.

Beli atau buat sendiri kad ucapan hari guru dan hantarlah kepada pihak sekolah anak-anak kita.

Saya dah beli 3 – 1 untuk sekolah rendah Intan tahun lepas ( sjkc), 1 untuk MRSM Angah tahun lepas dan 1 untuk sekolah Intan sekarang yang juga bekas sekolah Along & Angah.

Menghormati guru bukan saja adab seorang murid ( anak² kita ) tetapi sebagai ibubapa, kita juga dituntut untuk menghormati guru kepada anak² kita.  Sekeping kad yang kita hantar sebagai ibubapa kepada sekolah ( bagi pihak guru) tentu saja menghasilkan impak/ aura positif  kepada persekitaran sekolah tersebut.  Perkara-perkara kecil ini juga sebenarnya amalan baik yang kita pamerkan kepada anak-anak supaya  menjadi contoh dalam kehidupan masa depan mereka nanti.

Saya tahu ramai yang akan mengeluarkan seribu satu cerita negatif atau rasa tidak puashati pada sesetengah perkara kepada guru ( saya pun, kadang²).  Ini adalah rasa normal bagi  manusia yang serba tidak sempurna, tetapi untuk sehari dalam setahun , apa salahnya kita sebagai ibubapa berbuat sesuatu yang kecil untuk  menghargai guru kepada anak-anak kita.

dah…. dah… pi beli kad!

 

Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuk akal, hati , rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku .  Ia bertujuan untuk membentuk manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering berhadapan dengan kebaikan, kejahatan, kemanisan  dan kepahitan  – Syeikh Dr Yusof  Al-Qaradhawi.

©kujie – we never know until we lose it…..

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

18 thoughts on “Bukan Tema Hari Guru Atau Kad Ucapan Hari Guru …Cuma Ajakan

  1. Saya belum pernh melakukan ini dan kedengarannya sangat bagus, setidaknya mengajari anak kita untuk selalu ingat dan menghargai akan jasa para guru mereka..

  2. Saya rindu nak pergi sekolah rendah saya dulu. Petang semalam, kebetulan lalu sana, dan singgah sebentar melihat perkembangan sekolah… Jumpa pak cik Jaga yang masih sama masa saya sekolah dulu.

    Ramai guru yang dah berpindah, hanya sempat mengirimkan salam sayang dan rindu kepada mereka melalui Pak cik Jaga tersebut… 🙂

  3. saya tak pernah terfikir tentang perkara sebegini sebelum ni..cuma ingat hari guru cuma disambut oleh anak murid dan guru..

    memang bernas dan sepatutnya para ibubapa yang anaknya bersekolah buat camni jugak sebagai penghargaan kepada guru yang mendidik anak anak kita semua..

  4. salam kak,
    Bila ingat balik zaman menakal masa sekolah dulu terasa banyaknya nak kena mintak maaf dgn cikgu.. Dan terima kasih sbb tak jemu dalam mendidik anak bangsa

  5. bagusnya kak jie..

    jangan lupa kad kt saya satu..nt saya emel alamat..hehe

    saya masih kenangkan jasa guru² yg mengajar saya dulu, walaupun pernah diketuk kepala sampai nampak bintang 😉

  6. guru2 patut dihargai atas jasa mereka..terima kasih cikgu…anak2 blm sound lagi nak belikan hadiah apa utk cikgu2 mereka…

    1. itu memang biasa, anak2 bagi hadiah dan kad kepada guru masing2
      yang kak jie cerita adalah -kita sebagai ibubapa yang hantar kad

      terimakasih cikgu kerana telah mendidik anak saya….gitulah lebih kurang

      bahagian ibubapa yg ucapkan pada cikgu

    1. kadang2 terjumpa ibubapa yang ada mcm2 rungutan dan terasa hati dgn guru anak2 dia
      sebenarnya keadaan tu tak berapa baik….utk proses keberkatan anak2 kita menuntut ilmu
      kalau pun level atau taraf ibubapa lebih tinggi dari guru kepada anak kita, kita tetap juga perlu menghormati beliau…. ini dah tertulis dalam kitab ulamak terdahulu….

  7. assalamualaikum kak jie…
    happy belated mother’s day…
    hehehe…
    lama tak tinggalkan jejak kat sini…
    <3

    1. waalaikumsalam…. terimakasih

      kak jie tau, kawan2 lama mmg gitu…kehadiran dia tak dinyatakan
      tetapi ada…sama le juga dgn kak jie
      masih mengikuti life kawan2 ttp agak payah nak tinggalkan jejak/komen

      putaran biasa dlm kehidupan

Comments are closed.