Tenghari tadi dalam perjalanan hantar Intan ke sekolah, dapat panggilan dari pihak courier. Depan pintu katanya…. ada bungkusan untuk Puan.
Memandangkan saya berada kurang 2 kilometer dari rumah, saya minta encik pos tinggalkan saja di depan rumah, gate tak berkunci. Dia minta pengesahan kad pengenalan. Selesai.
Sampai depan rumah saya nampak kotak gambar love warna pink macam ni. Saya ingatkan buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia tulisan Lucius Maximus yang telah ditempah sejak 24 Dis 2011. Rupa-rupanya bukan… ada kotak besar!
Nama pengirim Cikgu Nasir. Cikgu mana le pula……
Buka saja kotak terjelir lidah si cicak tokek. Terkejut anak beruk kejap. Simpan paper ni nak baca kejap lagi.
Kemudian ada lagi… macam ruangan Cik Sri Siantan pula tanya tentang masalah cinta terhalang. Ni pun simpan nak baca kejap lagi..hiks!
Adoilah……. cikgu ni ada masalah cinta ke?
Tadaaaa………………. akhirnya 3 bungkus serunding tergolek dibalut suratkhabar lama.
Saya sms ke nombor yang tertera pada alamat pengirim ” Salam, ni no tel suami Cikgu Panji ke? Serunding dah sampai “
Main serkap jarang saja sebab saya ni pembaca blog Cikgu Panji dan tau suami dia Cikgu Nasir anak perempuannya nama Ain. Tak ada yang lain orang Kota Bharu ni.
Memang betullah , kiriman dari Cikgu Rumah Kuning… cikgu ni nak buat kejutan hari jadi ke ape…lambat lagi. Suspen je tak letak identiti sendiri.
Terimakasih cikgu, semoga hari jadi cikgu yang lepas tertunai hajat untuk dapat benda yang boleh disangkut kat bahu tu… :p
Nasib baik tak kena serangan jantung……….. korang lain kali kalau nak kirimkan hadiah Honda Insight siap beriben , tolonglah inform dulu, takut nanti saya pengsan patlima jam!
murah betul rezeki akak!
syukur, klu beli mahal gak tu…
zaman makin pantas… jauh pun boleh hantar itu ini
wah serunding daging!! sedap2! paling best kalo dapat buat nasi goreng serunding.. perghhh mau tambah 4-5 kali
nak kena tunggu semua family ada, baru best masak2
ni tak berapa nak ada, makan pun ala kadar je
Kiriman tanda terima kasih.
Pembetulan,
Tiada yang menghalang cinta kami. hehehe
terimakasih cikgu
maaf saja usik nak panjangkan entri
nak menerai kamera baru…kehkeh
gigih kakjie buka kotak tu..
nampak cermat orangnya..
😀
kotak dia cantik…kaler pink lovey dovey lagi
wah,serunding dari klate ko tu?hehehe..sedap make nga nasik putih..
dgn roti pun sedap ni…
jangan habiskan yer…simpan sebungkus untuk orang jauh.janji tau ….sebungkus jer.terliur ni.
owh…mesti
along je yg giler serunding ni….
tu dia..3 bungkus sekali..ni stok berapa hari agaknya ye..
jiran setangga sesama blogger bertukar juadah..zaman dh berubah
surprise present kot kak…lawak sungguh cikgu tu….
sebenarnya saja je kak jie buat cerita bagi panjang
suratkhabar je pun…hehehe
Hari ini saya musykil dengan kak Jie kenapa entrinya asyik tersasul sahaja. “…ditempah sejak 24 Dis 2012”
hehehe………..kenakan kak jie balik ye
biasalah… kita mudah lupa apa yg dibelakang :p
Bila terbaca tajuk kat google reader terus klik,ingatkan orang putus cinta bagi cicak tokek kak Jie hehehe…serunding kelantan memang sedap nak pulak daging tu dari daging kerbau,urat kasar2….makan dengan nasi panas sedap tu 🙂
kadang2… nak fikir tajuk utk menarik minat org klik bukan mudah
kena bagi yg pelik2…hehehehe
serunding tu, tak tahan…. mkn dgn nasi panas, sedapnya
hmmmm..mmg sggh kreatif…bgkusan surat khabar pn blh dijadikan bahan utk tulis blog..tp yg pasti serunding tuu mmg sodap….
sebenarnya nak mengetes kamera baru…hikhik
awww syoknya tiba2 dapat parcel!
kalau saya dapat banyak tu tah tahun bila boleh abis
tak nak buat kejutan kt kak jie ke
pergi nasi ayam trapik lite tu ke…keheh
lama dah kita tak jumpa ni
lawak…..lawak….nice kak!!!
blogdowh
terimakaksih krn singgah
kahkahkah. ayat paling akhir “pengsan patlima jam” tu yg paling tak tahan. 3 peket serunding kalau dimakan oleh famili kecik ella boleh makan 3 tahun, kak. hihihi.
sapa tak pengsan kalau depan rumah ada hadiah mcm Insight tu…hehehe