Awal pagi saya, Angah dan Intan sudah bergerak keluar dari rumah. Memandu waktu pagi minggu memang selesa, sejam kemudian kami dah sampai ke Serdang.
Tempat yang dituju adalah Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor.
Tak susah pun untuk sampai ke MEAPS, cari saja Hospital Serdang. Lampu isyarat selepas Hospital Serdang, ambil arah ke kanan.
Selepas disambut oleh Encik Tommy Ooi ( yang juga menghantar sms memberi panduan arah ) , saya mendaftar dan mendapatkan pas rasmi sebagai Official Blogger. Pertama kali saya turun ke event sebagai blogger rasmi, duduk bersama pihak media perdana seperti Bernama, tv3, tv1 dan beberapa lagi akhbar utama.
Memandangkan masih ada banyak masa sebelum majlis rasmi bermula, saya ambil kesempatan untuk menjelajah pasaraya My Agro Hypermart terlebih dahulu.
Komposisi produk yang dijual di pasaraya My Agro Hypermart adalah 60% produk usahawan IKS dan 40% adalah FMCG/super brand.
Bukan saja produk yang berasaskan makanan terdapat di sini, barangan keperluan pertanian pun ada. Bab-bab tools ini saya suka – mungkin sebab selalu ikut suami ke bahagian ini.
Sebagai sebuah pasaraya produk IKS tempatan pertama di Malaysia, My Agro Hypermart ditubuhkan untuk membantu usahawan IKS memasarkan produk mereka di dalam pasaran tempatan.
Produk sejuk beku disusun teratur dalam ruang yang luas dan selesa. Senang nak pilih.
Beberapa minit sebelum majlis perasmian bermula, seorang lagi Official Blogger, Puan Bee pun sampai diiringi suami dan 3 anak daranya. Lawak sungguh… Puan Bee boleh sesat padahal saya dapatkan peta untuk ke MAEPS ini dalam blog dia.
Di ruang terbuka di luar bangunan pameran MAEPS, berlangsung Karnival Asas Tani 2012. Cuaca pagi minggu sungguh baik. Bau durian dan cempedak memenuhi rongga hidung dibawa angin yang bertiup.
Selepas majlis perasmian pasaraya My Agro Hypermart oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani , Yb Datuk Seri Noh bin Haji Omar, berlangsung pula majlis tandatangan perjanjian kesefahaman antara Rukun Saksama bersama FAMA, Asia Shangtex dan beberapa usahawan IKS yang terlibat.
tuuuu…nampak tu! Terliur tengok dia tergolek depan mata. Tapi saya tak makan pun , tak sanggup nak beratur dan menghormati Intan yang tak makan daging. Dia merengek tak bagi kami makan daging juga.
Selepas menggalas perut dengan murtabak mini, popia mini, bebola daging dan secawan jus mangga , saya masuk ke bahagian Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M).
Seronoknya tengok longgokan ikan segar yang berharga lebih murah dari harga pasaran. Saya tak beli sebab rancang untuk ke tempat lain selepas ini.
Memang murahkan… penjimatan lebih lebih 55%. Puan Bee beli bawang besar 1 beg 5 kilo dengan harga RM4 sahaja. Murah berbanding harga di kedai lain.
Selesai semua dan tulang kambing golek pun dah tak nampak, kami berpakat untuk balik. Sebenarnya bukan balik ke rumah, saya terus ke Bukit Mahkota, Bangi melawat kakak ipar juga anak saudara yang baru-baru ini sakit sehingga terpaksa mengambil SPM di dalam wad hospital.
Sempat singgah Nilai 3 beli beg sekolah Intan. Alang-alang dah berada di kawasan berhampiran, gunakan masa dengan sebaiknya.
Mak mak multitasking, sekali jalan boleh settlekan macam-macam aktiviti. Hari minggu untuk diri sendiri, anak-anak dan saudara mara.
Sebelum balik sempat masukkan 7 keping borang untuk cabutan bertuah. Setiap pembelian RM 20 dapat 1 borang. Saya sendiri ada 3 borang, Puan Bee bagi 2 ( guna nama Angah ) dan 2 lagi diamanahkan oleh blogger @JawsIsmail.
Seperti biasa, tiap kali saya turun event bersama blogger, tak pernah pulang dengan tangan kosong walaupun sekadar memenangi hadiah saguhati bukannya hadiah utama TV LCD 40″, iPhone 4s atau pun iPad2. Ini hadiah saguhati yang bernilai RM30 yang dimenangi semalam.
Saya pernah pergi majlia e-Qurban dapat hamper cabutan bertuah, pergi GLC Open Day 2011 di KLCC dulu pun dapat hadiah cabutan bertuah juga.
Syukur Alhamdulillah , perjalanan sepanjang hari minggu ini yang berkat kerana mendapat keizinan suami biar pun suami saya berada lebih 10,500 kilometer dari Malaysia.
Semalam juga sewaktu di MAEPS saya mendapat panggilan pengesahan untuk satu lagi projek sebagai blogger untuk hujung minggu ini. Rezeki dari Allah, saya percaya sungguh!
Entry berkaitan :
- Kujie2.com sebagai Official Blogger di Karnival Asas Tani 2012
- Cabutan Bertuah iPhone 4s Dan iPad 2 di My Agro Hypermart
I personally wish to take note of this specific
blog, “Majlis Perasmian Pasaraya My Agro Hypermart Dan
Karnival Asas Tani 2012 | Hidup Biar Sedap” on my personal
website. Do you really mind in the event I personallydo?
Thanks ,Maximilian
I saw
Argh, harini nk g agrohypermart..tahniah kepada dato jamal dan krew
Saya ada juga keinginan jadi official blogger, belum dapat jemputan mana-mana lagi.
Cuma saya tersentuh apabila pengarah Majlis Buku Kebangsaan singgah di entri mengenai Pesta Buku tahun lalu.
job ini ditawarkan selepas pihak terlibat meneliti statistik blog dan isi kandungan yang bersesuaian dengan pasaran mereka.
wah langsung ke Nilai 3, da dekat ngan umah saya tu ..heheh tapi harga barang2 semua murah la..
pergi rumah kakak kat Bukit Mahkota sebenarnya…. dah dekat Nilai3, ambil peluang singgah kejap
round round cuci mata
Wah rezeki Kak Jie tidak pernah pulang dengan tangan kosong. 🙂
hehehehe…risau kawan kawan blogger tak ajak lagi lain kali
asik diaaaaaaaaaaaa je yg menang…mana aci, katanya
Tak dapat pergi sebab berkunjung ke rumah kahwin. Takperlah nanti ada masa boleh melawat My Agro mart nih. Nanti kalau dah besar, pe kata buka cawangan merata rata di seluruh malaysia…
barangan kt my agro hypermart ni keluaran iks, nampak bersih dgn pembukusan yang menaik.
kita yang beli pun tanpa was was
Wah..hebatnya Kak Jie… tumpang bangga.. rogi tak pi sama heheh. Rogi jugak tak jumpak Kak Jie…mmm…takdak rejeki 🙁
tu la pasai.. kak jie siap pi tanah jajahan dia.. beli beg sekolah intan
wah,,mesti best shopping kat sana. tengok barang-barang semuanya tersusun je. mesti berbaloi..
ruang hypermart pun luas… senang nak bawa anak yg aktif :p
menarik ni…lepas ni leh la tukar tempat shopping barang dapur…
tempat dia selesa… ruang parkir pun mudah
Saya sorang ja yg tak pergi – pasal jauh sangat.
(2-3 bulan lepas masa duk kat Shah Alam taknak pulak depa buat menda ni – alasan kukuh tu…)
Dapat rasakan macam mana sempoinya bila duduk kat Meja Media , pasal saya sendiri pernah jugak serba sedikit buat benda2 macam tu dulu .
Harga ikan kat tengah2 Daratan Semenanjung boleh jadi semurah tu, sedangkan kami kat tepi laut ni masih RM 10 sekilo … hmmm … Rezeki depa la.
lor … mcm tu pula
tapi ikan kt area rumah kami pun mahal
tu yang kat pasar ikan rakyat saja…memang berbeza
murah sungguh….
nak kena pi sana bawa bekas ais
he he he…dapat juga hadiah yer…..teringin kat aroma durian.
abang balik nanti, masih ada durian kot….
Saya pergi dalam pukul 6,org dah tak ada,sempat makan satay dan pekena abc kat depan kedai ikan tu..kedai kat parking banyak dah nak tutup. 🙂 tak der rezeki nak jumpa 🙂
oooo…. datang petang, kami dah balik
tapi kemudian lepas maghrib datang semula.
pasar ikan rakyat tu betul2 murah… kalau dekat mmg nak pi beli ikan kat sana
wah cukup lengkap review kak jie , sy tk berapa lengkap , ank dara tk sihat dalam hati tk de taman .. hikhik ..
entri utama mesti lengkap…entri2 sampingan tu secara personal utk reader…
alahai ramai gi hari Ahad…saya gi hari Sabtu ..ruginya klu idak leh jumpa bloggers famous amos aa
saya pun tak janji dgn sapa2…. free hari ahad.
lagi satu…hehehehe..nak cabutan bertuah tu
saya pun pegi gak pagi semalam. masa tuh ada org tgh berucap. Lama sangat kot dia berucap, ktorg jejln dalam kedai tu then terus ke bawah coz kat bawah plak.
Kalau tak mesti dapat jumpa k jie kan
kak jie ada kat meja Media tu…kul 2 baru balik.
kemudian dtg lagi lepas maghrib
saya pun pergi jugak, tp dah lewat petang baru smpi. =)
wah… ramai blogger pergi rupanya.
tercari cari juga rakan2 blogger nak sembang² kt sana