Kursus Di Kolej Komuniti Sementara Tunggu Keputusan SPM
Pengetahuan Am

Kursus Di Kolej Komuniti Sementara Tunggu Keputusan SPM

Apa nak buat sementara menunggu keputusan SPM ? Along dulu sambil bekerja sementara, dia ambil lesen memandu motor dan kereta. Bila sampai pada Angah, dia langsung tidak menunjukkan minat untuk keluar bekerja sementara.

Sementara nak tunggu 6 bulan lagi sebelum pengambilan ke IPTA/IPTS , tak kan nak duduk kat rumah main PS saja? Perlu juga buat sesuatu yang berfaedah.

takkan nak jadi tukang kebun mama je…kan?

Saya mula mencari infomasi tempat yang menawarkan kursus pendek kepada pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM.  Fikir punya fikir, tercetus idea untuk bertanya kepada Kolej Komuniti.

Dulu Kolej Komuniti Hulu Selangor berada di Bukit Sentosa.  Pergilah kami anak beranak selepas menghantar Intan ke sekolah.  Merayau mencari tanya orang itu dan ini, lokasi yang di cari tidak ditemui.

Saya dapatkan nombor telefon Kolej Komuniti  Hulu Selangor dan telefon

” kami dah berpindah ke Batang Kali sejak 2009″

Tuuuudia! sejak 2009 katanya.  Tahun 2008 saya pernah hantar Angah ke kelas belajar berenang  anjuran Kolej Komuniti Hulu Selangor di Kelab Golf Bukit Beruntung.  Masa tu masih di Bukit Sentosa, belum berpindah.

Maklumat dari laman web, tarikh permohonan untuk menduduki kursus di Kolej Komuniti telah ditutup sejak 30 Nov 2011 lagi tetapi saya bertekad untuk mencuba nasib .  Manalah tau ada kekosongan selepas pelajar yang menolak tawaran.

Gigihnya seorang mak , saya terus memandu ke Batang Kali pula.  Kalau perlu merayu, saya tak akan segan silu untuk merayu untuk  mendapatkan tempat untuk Angah.

Syurkur alhamdulillah kerana usaha kami tidak sia-sia.  Walaupun tarikh tutup permohonan telah tamat, masih ada tempat untuk kursus yang ditawarkan.

Kepada anak-anak yang masih mencari tempat sesuai mengisi masa sementara menunggu result SPM, cubalah telefon Kolej Komuniti yang terdekat.  Mungkin ada kekosongan.

Di bawah ini antara senarai Kolej Komuniti  dan nombor telefon.

  1. Kolej Komuniti Arau, Perlis  04-986 9800
  2. Kolej Komuniti Baling, Kedah  04-470 8768
  3. Kolej Komuniti Bandar Bharu, Kedah 05-716 9539
  4. Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Kedah  04-918 2502
  5. Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor  07-822 5800
  6. Kolej Komuniti Bandar Tenggara , Johor 07-896 1361
  7. Kolej Komuniti Bayan Baru , Pulau Pinang  04-835 1111
  8. Kolej Komuniti Bentong , Pahang  09-231 9460
  9. Kolej Komuniti Bera, Pahang 09-250 2530
  10. Kolej Komuniti Bukit Beruang , Melaka 06-233 2770
  11. Kolej Komuniti Bandar Bahru, Kedah 05-716 3539
  12. Kolej Komuniti Betong ,Sarawak 082-471 830
  13. Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Pulau Pinang 04-537 8349
  14. Kolej Komuniti Jeli,Kelantan 09-946 6669
  15. Kolej Komuniti Jerai, Kedah 04-447 1051
  16. Kolej Komuniti Kemaman ,Terengganu 09-8959 9330
  17. Kolej Komuniti Klang,Selangor 03-3373 2030
  18. Kolej Komuniti Kota Melaka,Melaka 06-336 1220
  19. Kolej Komuniti Kota Tinggi, Johor 07-882 1434
  20. Kolej Komuniti Manjung, Perak 05-688 4526
  21. Kolej Komuniti Muar,Johor 06-953 3966
  22. Kolej Komuniti Nibong Tebal,Pulau Pinang 04-508 2284
  23. Kolej Komuniti Pagoh ,Johor 07-686 9601
  24. Kolej Komuniti Pasir Mas,Kelantan 09-718 5902
  25. Kolej Komuniti Raub, Pahang 09-232 0399
  26. Kolej Komuniti Santubong,Sarawak 082-432 691
  27. Kolej Komuniti Semporna,Sabah 089-782 300
  28. Kolej Komuniti Shah Alam,Selangor 03-5511 4030
  29. Kolej Komuniti Tanjung Karang,Selangor  03-3269 2840
  30. Kolej Komuniti Tanjung Piai,Johor 07-686 9600
  31. Kolej Komuniti Chenderoh,Perak 05-773 3773
  32. Kolej Komuniti Gerik,Perak 05-791 6199
  33. Kolej Komuniti Hulu Langat,Selangor 03-8737 0037
  34. Kolej Komuniti Hulu Selangor,Selangor 03-6057 1717
  35. Kolej Komuniti Jasin,Melaka 06-263 1616
  36. Kolej Komuniti Jelebu,Negeri Sembilan 06-613 8381
  37. Kolej Komuniti Jempol,Negeri Sembilan 06-454 0075
  38. Kolej Komuniti Kepala Batas,Pulau Pinang 04-579 2300
  39. Kolej Komuniti Kok Lanas,Kelantan 09-788 0400
  40. Kolej Komuniti Kuala Kangsar, Perak 05-777 3770
  41. Kolej Komuniti Kuala Langat,Selangor 03-3120 2030
  42. Kolej Komuniti Kuala Terengganu,Terengganu 09-620 4200
  43. Kolej Komuniti Kuantan,Pahang 09-572 1313
  44. Kolej Komuniti Kuching,Sarawak 082-313 321
  45. Kolej Komuniti Kulim,Kedah 04-490 0412
  46. Kolej Komuniti Langkawi,Kedah 04-955 5909
  47. Kolej Komuniti Ledang,Johor 06-978 9295
  48. Kolej Komuniti Lipis, Pahang 09-310 1380
  49. Kolej Komuniti Mas Gading,Sarawak 082-763 730
  50. Kolej Komuniti Masjid Tanah,Melaka 06-384 3703
  51. Kolej Komuniti Pasir Gudang,Johor 07-254 3150
  52. Kolej Komuniti Pasir Salak,Perak 05-655 2300
  53. Kolej Komuniti Paya Besar,Pahang 09-549 8811
  54. Kolej Komuniti Rompin,Pahang 09-414 0333
  55. Kolej Komuniti Rembau, Negeri Sembilan 06-685 8672
  56. Kolej Komuniti Sabak Bernam,Selangor 03-3216 3235
  57. Kolej Komuniti Segamat 2,Johor 07-949 8227
  58. Kolej Komuniti Segamat,Johor 07-943 1633
  59. Kolej Komuniti Selandar,Melaka 06-525 3122
  60. Kolej Komuniti Selayang,Selangor 03-6136 8200
  61. Kolej Komuniti Setiawangsa, Selangor 03-8737 0037
  62. Kolej Komuniti Sungai Petani,Kedah 04-441 2909
  63. Kolej Komuniti Sungai Siput,Perak 05-597 1440
  64. Kolej Komuniti Tampin, Negeri Sembilan 06-431 6029
  65. Kolej Komuniti Tapah, Perak 05-401 0072
  66. Kolej Komuniti Tangga Batu, Melaka 06-3152952
  67. Kolej Komuniti Tasek Gelugur, Pulau Pinang 04-351 1385
  68. Kolej Komuniti Tawau,Sabah 089-913 400
  69. Kolej Komuniti Teluk Intan,Perak 05-622 2134
  70. Kolej Komuniti Temerloh,Pahang 09-270 1552

senarai lain, sila rujuk portal rasmi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

kolej komuniti

Setiap Kolej Komuniti menawarkan kursus yang berbeza, telefonlah sendiri dan tanya kursus yang ada. Kolej Komuniti Hulu Selangor menawarkan  2 program – Program Pengendalian Pelancongan dan Program Rangkaian Komputer.

Setakat ini ada sebanyak 178 program pengajian Kolej Komuniti yang telah mendapat Perakuan Akreditasi yang didaftarkan dalam MQR

Angah ambil Program Rangkaian Komputer dan akan mendaftar masuk pada 10/01/2012 selama 5 bulan.  Yuran pengajian hanya RM 10 sebulan dan elaun rm 250 akan diberikan kepada pelajar yang layak.

Dapat elaun dapat kemahiran. Best kan!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

72 thoughts on “Kursus Di Kolej Komuniti Sementara Tunggu Keputusan SPM

  1. salam…saya nak tanya sama ada Kolej Komuniti Segamat ada tawarkan kursus jangka pendek bagi kemahiran trengkas. Jika ada, saya ingin membuat permohonan..terima kasih

  2. kalau ambil kursus jangka pendek boleh.. smpai ke diploma ke.. dan bagaimana nak daftar yea.. saya minat lukisan pelam senibina.. tapi umur 19 boleh masuk tak..

    1. Ambil SIJIL KOLEJ KOMUNITI dulu. kalau nak ambil lukisan plan senibina kena

      syaratnya – Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV) atau setara dengan:
      i) Kepujian dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran.

      Ada 3 kaedah memohon menjadi pelajar sepenuh masa kolej komuniti

      i-Permohonan melalui UPU atas talian (ONLINE).
      ii-Permohonan di atas talian (ONLINE).melalui e-pengambilan kolej komuniti pada pautan berikut:
      iii- Secara Datang Sendiri (walk-in)

      Terdapat EMPAT (4) program yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti iaitu:

      Diploma Kolej Komuniti (DKK)
      Sijil Kolej Komuniti (SKK)
      Sijil Modular Kebangsaan (SMK)
      Kursus pendek di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat

      kalau tak salah saya, diploma ada 2 saja

      Diploma in games art ( Kolej Komuniti Selayang )

      Diploma in televommuncation technology ( Kolej Komuniti Kuala Langat )

      Syaratnya kena Lulus Sijil Kolej Komuniti dalam Program Sijil Sistem dahulu…

      paling mudah kena pergi sendiri ke Kolej Komuniti terdekat tanya kos tersebut ada ke tidak…sebab tak semua kolej tawarkan kos yang sama.

      SIJIL PELUKIS PELAN SENIBINA ada di :

      KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN, KEDAH.
      KOLEJ KOMUNITI JEMPOL, NEGERI SEMBILAN.
      KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS, P.PINANG.
      KOLEJ KOMUNITI KUANTAN, PAHANG.
      KOLEJ KOMUNITI KUCHING, SARAWAK.
      KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM, SELANGOR.
      KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT, JOHOR.
      KOLEJ KOMUNITI ARAU, PERLIS.
      KOLEJ KOMUNITI BETONG, SARAWAK.
      KOLEJ KOMUNITI JASIN, MELAKA.
      KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
      KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2, JOHOR
      KOLEJ KOMUNITI TANJUNG KARANG, SELANGOR.
      KOLEJ KOMUNITI TAPAH, PERAK.
      KOLEJ KOMUNITI TELUK INTAN, PERAK.
      KOLEJ KOMUNITI PENAMPANG, SABAH

  3. saya seorang lepasan pelajar diploma pengurusan sunber manusia , boleh di usia sebegini saya mengikuti kurus kelas bahasa inggeris ,di kolej komuniti ini , kerana saya ingin mendalam dalam mebelajar bahasa inggeris .

  4. saya seorang pelajar Diploma Pengurusan Sumber manusia, boleh kah saya mengikuti kelas bahasa inggeris di kolej komuniti ni ? keran asaya ingin lebih mempelajari lebih mendalam dalam bahasa inggeris ni . di kenakan bayaran ? barapa ?

  5. Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia!
    Saya Pegawai Penerangan/Pegawai Perhubungan Awam di Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor. Kursus pendek ditawarkan oleh 86 kolej komuniti di seluruh Malaysia sekarang mengikut permintaan dan keperluan komuniti. Yuran hanya dari RM5-RM20 setiap kursus.Pelbagai kursus pendek telah ditawarkan :bidang masakan: pembuatan kek,roti,pizza….
    jahitan :baju kurung/baju Melayu/Langsir..
    Bahasa: Bahasa Inggeris/Bahasa Mandarin/Bahasa Korea….
    Komputer:Asas/Photoshop/Pembinaan Website/Autocad…
    Byk lagi sila melayari website kami atau kolej komuniti lain…semua kolej sama ..boleh menawarkan pelbagai kursus pendek dgn kadar yuran sama..
    Sila rujuk link di bawah utk maklumat kursus pendek selanjutnya:
    http://www.kkbpenawar.edu.my/lamanbpenawar/index.php/kursus-tawaran/kursus-pendek/maklumat-kursus-pendek.
    Kolej Komuniti juga memainkan peranan untuk membantu lepasan SPM yg mendapat keputusan kurang cemerlang seperti hanya lulus Melayu dgn Gred f(8) untuk melanjutkan pengajian sehingga ke tahap sarjana muda di Universiti Tempatan!Elaun sudah naik ke RM300/sebulan,iaitu RM1200 semester dengan yuran hanya RM200 semester. Pengangkutan disediakan secara percuma kepada pelajar setiap hari ulang-alik dari kolej ke asrama/tempat penginapan/rumah asal.Sekarang terbuka untuk permohonan bagi pengambilan Sesi Nov 2013, boleh call pejabat 07-8225800 ext 230 untuk pertanyaan selanjutnya. :)Harap bantu!

  6. assalamualikum.saya suka dengan bidang jahitan sejak kecil lagi.

    1. hai Nur
      sekiranya anda mencari peluang belajar utk dapatkan diploma kolej innovatif
      ada menawarkan tempat belajar disini.
      kursus diploma 2 1/2 tahun
      pendaftaran yang murah
      loan belajar dari ptptn dan mara
      asrama yang sangat selesa di sediakan
      pengangkutan dari penginapan ke kolej disediakan
      peluang pekerjaan disediakan selepas tamat diploma
      peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara
      berminat boleh hubungi saya 0196589636 Rusdi

    2. kalau berminat nak belajar di KYPJ atau di MICOST boleh email saya untuk keterangan lanjut.. profoundknowledge@rocketmail.com
      kursus kemahiran pun ada antaranya Automotif, Kimpalan, Elektrik dan Juruestetik (make-up). Kursus kemahiran ni ambik masa 6 bulan untuk tahap 1 siap ada elaun sara hidup… Terima Kasih!

  7. salam.sy ni umo pon da tua da..bley ag ke join kursus pendek kt kolej komuniti ni yeaaa….

  8. pada lepasan spm je ke..yang dah lama tinggalkan zman persekolahan leh x?i likes study..kata org nk cari ilmu biar sampai ke negeri China.hehehe

    1. entri ini base pada pengalaman dan kisah semasa anak saya
      baru lepas spm
      mgkn kalau dia ada pengalaman lain akan dtg, saya akan kongsi ye

  9. dulu saya plan lepas SPM nak buat kursus komputer.. typing and so on.. tambah skill.. tapi kena plak PLKN.. tak jadi… habis2 PLKN amik lesen kete motor pastu tepat2 je settle masuk matrik.. tak sempat nak buat short course ni.. memang penting..nanti kat resume kita ada additional skill..

    1. betul tu. anak kak jie ada satu kemahiran lebih dari rakan sekolej sekarang. dia ambil rangkaian komputer dan sangat berminat. bila minat kita boleh mencapai tingkat yang lebih baik kerana ada usaha.

  10. a’a bagus masuk kolej kominiti tuh untuk kursus pendek. saya pun kalau ada kesempatan join jugak kelas pendek buat kek dan kelas jahitan diorang buat untuk komuniti.

    1. tahun 2013 kak jie dah kurang join kelas pendek tu sebab bertembung dgn jadual pengajian.

      tapi memang seronok sebab kita dpt ilmu dah kemahiran dengan harga yang murah. pengajar juga baik

  11. kursus2 pendek inilah rutin kerja harian isteri saya di kolej komuniti temerloh.

    oh yer, lokasi kolej komuniti memang agak pelik jika dipandang pada namanya, sebagai contoh kolej komuniti temerloh tapi lokasinya di mentakab, kolej komuniti jasin lokasinya di merlimau…pelik tapi itu benar…haha

  12. Sepupu Iza yangg tengah tunggu SPM la ni dah dapat panggilan MARA untuk buat A level. Persediaan ke luar negara katanya walaupun result SPM lambat lagi. Semua kos under mara. Dah start minggu ni pengajian dia.

  13. Kursus pendek macam ni ramai bekas pelajar/ibu bapa tak tahu (sayapun tak tahu juga).. ni dah ada info bagus juga dikongsikan. Kalau kolej komuniti menyediakan kursus jangka pendek untuk mereka yang sudah bekerja pun elok juga.. contohnya macam guru-guru yang ada cuti lebih sikit boleh ikut kursus perniagaan, pengurusan, etc.. boleh manfaatkan masa cuti.

    1. sebenarnya ada banyak program pendek bersesuaian namanya komuniti
      ada program 2 hari spt menjahit, memasak, buat kek, cokelat dsbnya
      kena call atau tinggalkan nama…
      bila ada program, dia akan call kita

      1. ada juga kursus 2-3 hari rupanya.. tu lah selama ni tak ambik tau pasal kolej komuniti ni.. insyaAllah lepas ni bolehlah saya cuba telefon.. mana tau ada kursus yang sesuai.. thanks Kak Jie 🙂

  14. Dulu selepas mengambil SPM orang tua saya menghantar kelas komputer belajar Word, Excel dan Database. Seronok bila masuk kolej jadi pembantu kepada pensyarah kerana pengajian komputer baru lagi dipekernalkan ketika itu. Saya sungguh cekap mengunakan command code berbanding sekarang semua main klik mouse sahaja. 🙂

    1. hehehe… betullah tu
      masa zaman kak jie , belajar trengkas dan menaip
      kemudian masing2 pergi kelas komputer belajar word, excel semua tu
      skrg ni… intan masa tahun 6 dah lulus kelas komputer asas, bersijil lagi sbb sekolah dia mmg ada kelas komputer yang diajar oleh pihak lain.. seminggu sekali , ada ujian ada sijil

      zaman angah skrg..belajar network, belajar set up komputer. boleh buka cc

  15. Baru tahu nih. Adik saya ada yang baru lepas SPM. Bagus kalau hantar belajar bab-bab kemahiran nih…. Tenkiu Kak Jie

    1. terimakasih – telefon saja kolej yang terdekat
      kemungkinan ada kekosongan lagi walaupun tarikh tutup permohonan dah lama tamat.

  16. bagus sgt tu ambik kursus kemahiran … zmn skrg dan akn dtg ni insyaAllah…takkan sia2 skill bagai ni 😉 gudluck ye …

    1. ada banyak peluang sebenarnya, kadang2 tak terfikir nak mencari
      mengharap benda2 ni dtang depan pintu rumah…mmg ketinggalanlah

    1. benda2 ni otometik kita akan cari bila dah sampai masa
      contoh..masa anak nk masuk tadika, kalut kita cari info

      1. yup sokong , kalau tak kena mengena malas ambil tahu , tp bila tiba masanya kita pun akan lalaui benda yang sama sibuk2 cari info .akan dtg ni ..

  17. daripada duduk melengung baik masuk kursus camni kan?

    anak2 buah saya pilih masuk kursus cidb.. takde sorang pun tunjukkan minat nak kerja sementara..

    1. hari tu cari juga kat web cidb
      budaknya yang tak mau, nasib dia nak pergi ke Btg Kali je, dekat
      boleh naik komuter je

  18. Nak seribu daya kan kak jie!
    Bagus lah tuk angah, dpt knowledge, dapat sijil! Sblm sambungke IPTA

    Kite pun dulu buat sijil dkt Kolej Komuniti dlm sistem maklumat.
    Org kata advantage dkt org2 yg ada sijil dr KolejKomuniti ni..

  19. byk peluang belajar kat Malaysia ni…antara nak ngan tak je…

    kemahiran mmg bagus utk masa depan kita….

    1. betul tu………jangan nak pensan pula kt sana!

      hehehe……. lagi best, dapat elaun

      kena check kolej tu tawarkan kursus apa je… kursus berbeza. kak jie pilih yg dekat² je, tak perlu nak duduk asrama lagi. ulang tiap hari. ( nak kepit anak bawah ketiak le ni…kehkeh )

  20. Angah dah masuk KOLEJ la … Advance 6 bulan dari kawan2 sebaya dia …

    Siap dapat elaun lagi tu … All The Best, Angah ! Moga ada yg dapat dikutip dari pengalaman di sana nanti.

    p/s ; zaman kita baya depa dulu, ada tak benda2 mcm ni … ? Lupa la …

    1. sebenarnya dia dpt program spc-mara, cuma kos yg ditawarkan tu dia tak minat. dia silap minta masa isi form dulu. kalau pelajar spc mara, januari dah masuk program fast track kar universiti – awal satu semester dari pelajar lain.

      p/s – zaman saya dulu ambil kursus menaip dan trengkas. persediaan nk minta keje peon kat gomen. lepas spm mana lagi nak pegi….kecuali budak super genius, ipta/ipts sgt terhad.

        1. masa tick kos dan uni tu , tak byk infomasi
          maklum dok asrama tak dak internet
          sekali bila dah panggil… fikir sana fikir sini, bincang itu ini
          dia nak kos lain, yg kat malaysia je

          so..kak jie dgn gigih pun memandu ke uni yg dia nak tu
          tanya itu ini nak dptkan gambaran jelas

          mcm tu lah kalotnya mak mcm kak jie.. hehehehe

      1. sy sebnarnya rasanya 2thn lepas mengikuti kak kujie ni.. masa tu anak sy dpt mrsm.sibuklh cari info dn sy jumpa laman k kujie ni masa tu anak kak kujie nk masuk mrsm jugk.(angah).skarg ni pulak nk cari tntg info spc.ygpelik nya sy dpt tahu anak k,kujie dpt spc pd buln Nov lagi.tpi anak sy baru2 ni tahu. ada senarai nama dlm laman web yg dia dpt dari kwn2nya bdk2 mrsm je tapi masih blum dpt surat tawaran lagi dri Mara.Aank sy dpt kt MSU buat medik tajaan mara.itu yg sy tngah bingung..dpt ke x dpt…bila cll mara spt yg k kujie kata tu..putus…boleh sy tahu apa nama angah dn dpt spc kt mana?

      1. terus sebak kat dada bila zie sebut mak dulu pun macam tu…sebab dulu mak la yang paksa abg ambil borang upu seminggu sebelum tarikh tutup dan sempat hantar tiga hari sebelum tarikh tutup.agak nya macam tu la juga perasaan mak yang ingin melihat anak nya berjaya.sekarang baru faham…saya saaaaaayang mak…..

    1. kak jie lalui hidup mcm org lain juga…dari tatau kena ambil tau sebab perlu tau..kehkeh
      mak2 sanggup nak buat apa saja utk anak2 dia
      lagi2 kalau benda ni baik.

      yg penting, usaha. dah tau tarikh tutup, usaha pergi atau telefon,sekurang2nya tidaklah menyerah awal

  21. wah,bagus jugak ni..5 bulan pastu dapat ilmu baru..tak sia-sia la tunggu nak masuk IPTA nanti..

Comments are closed.