Edit : Baca entri 19/3/2014 – PMR Diganti PT3 Guna Sistem PBS
Edit : 01/10/2013 ( klik entri di bawah )
PBSMR Gantikan PMR Tahun 2014
Sewaktu menghadiri majlis taklimat dan orientasi pendaftaran Intan ke Tingkatan 1 Isnin lepas, Pengetua ada memberikan penerangan ringkas mengenai isu PMR yang akan diganti dengan satu sistem baru.
Saya pernah menulis mengenai teka teki nama baru PMR di sini – UPSR, PMR Dan Sejarahnya
Menurut Pengetua , PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah) akan digunapakai untuk murid Tingkatan 1 2012 yang akan menduduki PMR pada tahun 2014.
Sebagai ibu yang mempunyai anak yang akan terlibat dengan PBS, saya cari maklumat di laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia dan memuat turun beberapa fail maklumat berkaitan Penaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS)
Ada beberapa soalan dan jawapan yang penting yang perlu diketahui, antaranya:
Apa itu PBS?
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik . PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.
Bila PBS mula dilaksanakan?
PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014.
Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS?
PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.
Secara ringkasnya, PBS akan mengumpul prestasi murid sepanjang 3 tahun ( Tingkatan 1-3) merangkumi semua akvititi akademik , kokurikulum, projek, folio, sukan , sifat, sikap, kemampuan dan kepribadian.
Sistem PBS akan di keyin oleh guru mata pelajaran terus kepada KPM ( Kementerian Pelajaran Malaysia )
Secara ringkas, apa yang saya faham ialah nama peperiksaan ini masih menggunakan PMR tetapi dinilai secara PBS.
Kalau ada salah dan faham, cikgu² boleh tak tolong betulkan dan terangkan macam mana PBS ini.
Untuk maklumat lanjut, masuk laman web Kementerian Pelajaran Malaysia, klik Dasar dan pilih Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
mak mak kena alert dengan sebarang dasar baru kementerian yang bersangkut dengan pendidikan anak-anak bukan sekadar menghafal jadual pergi dan balik sekolah saja.
kenapa la pbs diperkenalkan, saya mula key in band sejak hari raya aidil adha lagi, sampai cuti sekolah tak siap-siap lagi, server terlalu slow sampai kena menghadap komputer berjam-jam
pbs memang banyak menyusahkan..kena korbankan masa dan tenaga..
SRP adalah yg terbaik …pelajar lebih menghargainya sbb jika gagal duduk rumah lah jadinya. PMR PBS membuatkan pelajar banyak bermain dan tak kisah mereka akan lulus atau gagal sbb mereka akan terus kesekolah walaupun gagal…membuang duit mak bapa ja. kata anak saya PBS maksudnya PANDAI BODOH SAMA….BETUI LAH TU…tak tau tiru ja . lebih menguntungkan bagi murid yg malas dan lembab. Saya harap kerajaan mengambil kira pendapat ibu dan bapa juga Pelajar sebelum membuat sebarang keputusan….
kami sebagai pelajar pmr tahun 2014 . Kami lihat sendiri .. bahawa .. kami tidak telus melakukan PBS . Kami meniru . Kami tidak suka akan sistem baharu . Kenapa sistem ini tidak diaktifkan selepas kami .. Kenapa harus kami yang mengalaminya .. Now .. guru kami memaklumkan bahawa kini kami ada PMR . Dan sekaligus kami ada pbs . Kami kena kejar kedua-duanya . Kenapa kerajaan mahu saingi negara lain ? Kami tak setanding negara lain . Kami lebih senang dengan adanya PMR . PBS dari segi pandangan kami ,adalah MENYUSAHKAN , MEMENINGKAN , BANYAK KERTAS SETIAP HARI , ADA BANYAK ULANGAN , MEMBODOHKAN , MELEMBABKAN , TAK GUNA , MEMENATKAN ! Guru kami sendiri tidak suka akan PBS . Kami tidak perlu ulangan . Biarlah cemerlang sekali setahun , biarlah gagal setahun . Tak perlu nak buat kami cemerlang cemerlang cemerlang hanya dengan soalan yang sama . Saya dan rakan2 saya amat membenci PBS . SAYA MOHON KEPADA KERAJAAN SUPAYA PMR TIDAK DIMANSUHKAN !
betul tu…100% setuju
Penilaian tidak telus, kena di kaji semula
memang memening la PBS ni , kesian murid2
hoi change 2 xm lahhh
plz change pbs 2 xm again stupits…
Pbs senang je.hafal je terus buat.faham tak?
pada pendapat saya pbs patut di dilumpuhkan kerana jika seseorang pelajar itu x dpt buat maka gurunya pun akan buat lainlah kalu pmr guru drpd skolah lain yg jage dan cek krtas
wow……………!!!!!!!!i’m so happy bcz not have pmr yes!!!!!!!!yes!!!!!!!!yes!!!!!!!
pbs ni kelemahan yg paling ketara ibu bapa tidak tahu pencapaian keputusan anak.sebagai contoh anak saya di tingkatan 1 sekarang..mulai januari hingga oktober saya tak pernah tgk lanhsung apa pencapaian pelajaran anak..kenapa kementerian tidak mengamalkan sistem ini ?..jika keadaan ini berterusan mcmana ibubapa boleh mengenalpasti kelemahan dan kebolehan anak.sementara itu dipihak guru jugak belum bersedia ttg isu pbs ini..peringkat ppd juga kabur..tiada penkelasan lengkap..mungkinkah pbs akan menyebabkan wujudnya budaya pelajar emas,perak atau ganhsa dikalangan guru..sedikit sebanyak perkara ini mesti wujud..atau lebih tepat budaya membodek guru..elok buat kajian dulu..ini melibatkan masa depan anak-anak kami
Sebagai ibu bapa, semuanya mengharapkan yang terbaik bagi anak-anak. Pihak kementerian pelajaran melalui bijak pandai mereka telah mengatur dan menyusun strategi untuk sukatan baru yang pastinya lebih baik daripada sistem terdahulu.
Untuk sistem PBS boleh tak masuk sekolah teknik/vokasional selepas form 3 ?
satu perubahan yang positif bila menekankan kepada ko-ku …
lagi satu,masa tingkatan 4 pelajar sepatutnya bebas memilih aliran.. biasanya lepas PMR, sape dapat 8A masuk kelas sains tulen, sapa dapat 1A masuk kelas ekonomi.. rekacipta etc… tak praktikal.. tak selaras dengan hala tuju lepas SPM..
thanks sharing kak jie, dapat jugak tau nih untuk adik yg PMR 2014 nanti. tapi tengok yang ini lebih bagus daripada sebelum nih yang lebih berorientasikan akademik.
sistem ni bagus, jadi kita tidak bergantung kepada peperiksaan yang menghafal je..jadi minda pelajar lebih terbuka..cuma suatu perkara yang saya harap, cikgu lebih bersikap profesional sewaktu memberi markah..kalau libatkan emosi kemungkinan akan libatkan keputusan pelajar..
jika intan adalah kumpulan pertama untuk sistem BPS ,
anak saya kakak tu kupulan pertama untuk sistem KSSR ,
risau sebab (jadi mangsa ujikaji)
tapi BPS ni betul-betul membuatkan murid perlu menjaga perangai di sekolah lah kan ? sebab semua kuasa dintangan cikgu nya ..
hehehe susah tu untuk budak2 nakal ..
tapi sistem ni akan bagi pening kepala pada guru kelas dan cikgu mata pelajaran. Dan semuanya dari cikgu aje sekarang. Nak bagi lulus atau tidak..dari cikgu aje. Jangan ada mak bapak rasuah cikgu sudah la..
kuasa cikgu pegang, jangan nak lawan ….hehe
utk budak2 nakal kena fikir patploh kali
Akhirnya, pelajar kita akan dinilai secara total dan bukannya hanya melalui keputusan akademik sahaja. Bagus dan memang sudah masanya kita membuat perubahan kepada sistem pendidikan yang sedang diguna sekarang ini.
moga perubahan menjadi lebih baik dari sebelum….yang kak jie risau
Intan adalah kumpulan pertama ( thn 2014 )
macam dalam makmal untuk diujikaji je
Baguslah peperiksaan bukan kayu pengukur semata-mata kerana turut diambil kriteria elemen lain. Cuma satu yang harapkan jangan ada jurang antara murid yang pintar dan yang lemah. Semua murid perlu mendapat hak untuk belajar bukan kasta antara yang pintar dan lemah. Yang lemah dibantu dan pintar digilap baru saksama.
kelas KRK ( Kelas Rancangan Khas ) murid yang pandai di asingkan, sekolah sesi pagi.
cuma satu kelas , dengan alasan mereka ada kelas tambahan kemudiannnya
eeemmm…. yang dah pandai cikgu bagi kelas tambahan
sanagat menyokong kalau dalam sistem peperiksaan terdapat elemen lain untuk menetukan gred… projek kelas, individu, kehadiran, sahsiah dan sebagainya sepatutnya dimasukkan kedalam gred purata bagi setiap murid…barulah menghasilkan modal insan terbaik…
apa apa pun harapan agar sistem PBS menjadi satu platform terbaik utk anak anak kita pada masa depan
ternanti nanti juga macam mana gred / penilaian PMR 2014 nanti. Dengar Pengetua cakap, kami pun tak dapat nak bayangkan macam mana PMR nanti…………. seriau jadinya.
Apa ada pada sistem kalau sekolah pun dah berbeza beza fasiliti…prasarana kemudahan untuk membangunkan modal insan ini bukan cakap politik sekadar pandangan peribadi..tak caya pegi jalan jalan tengok sekolah anak orang lain sama.
contoh mudah
sekolah satu sesi……… dah bertahun tahun tak ada pun
sama saja……….. dua sesi juga
( sebab intan tak suka sekolah waktu petang )
Betul tu kujie otak dah sampai tengahhari baru nak start belajar sepatutnya pagi pagi baru fresshhhh belajar tolonglah jangan bagi alasan kalau sekolah tak cukup cikgu tak cukup kalau nak buat sistem pembelajaran kenalah seiring pembangunan sekolah dan sekolah waktu pagi sahaja cam ner nak korikulum sukan kalau padang sekolah pun tak sama standard prasarana kelas tak sama standard tahun nie masuk pagi tahun depan masuk petang bukan tak setuju sistem berubah ubah tapi tengok sama sekolah sekolah yang daifff sesangat apa pun nie pandangan peribadi yang dilihat dari mata kasar saya yang suka jalan jalan tengok sekolah sekolah bestari dengan tak berapa bestari
sistem yang asyik bertukar..kadang2 pening kepala nak paham dengan benda2 baru ni..
bukan semua ibubapa sedar pun
masa Pengetua bagi taklimat tu, sekali imbas
banyak benda dia nak cakap….. sebab tu kak jie cari info kat laman web kementerian
kalau ibubapa yang ada kesedaran IT ni, senanglah sikit nak mencari info2 terbaru kan..kalau yang langsung tak kenal internet, macam mana la kan..
Kementerian baru sedar selama ini matlamat utama dalam falsafah pendidikan kebangsaan tak tercapai. Dah berpuluh tahun.. alhamdulillah sekarang baru sedar. Bukan cuma intelektual sahaja yang diutamakan, 3 lagi elemen penting iaitu emosi, jasmani dan rohani perlu diambilkira dalam menentukan kecemerlangan pelajar. Harap-harap ia berjalan dan tiada campurtangan politik dalam menentukan dasar.
mana sekolah satu sesi?
riuh betul dulu …..
Kena ingatkan anak siapkan kerja kursus yang diberi. Jangan kontrakkan pendidikan anak kepada guru dan tuisyen sahaja.
terimakasih.. mcm tu lah pesan Pengetua masa takmimat
Senang hati golongan guru lepas nih dan boleh tarik nafas lega sebab dah tak perlu fokus kepada sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan…..
eh…. dari file yg kak jie muat turun dari laman web kementerian tu ada banyak step atau panduan yang perlu . kena ikut subjek yang ditetapkan juga
laaa..dah bertukar rupanya. baru tahu yang pmr dah mansuh. outdated betul saya ni
sistem baik pulih, katanya
ramai pun org tak sedar
kak jie sebab ada anak yang akan terlibat, jadi kena mencari info
utk senang faham
pening kalau tengok garis panduan… kekekke… cam mane la kalau amirul dah sekolah nanti. mau mama dengan abah dia pon kene sekolah jugak 😀
tak apa… sampai masa tu nanti, kita boleh ejas sendiri utk menyesuaikan diri dgn keadaan masa tu
harap kementerian bukan melaksanakan dasar pelajaran anak2 hanya bersifat politik….tukar menteri …tukar dasar.negara akan tungang langang akhirnya.haraf tidak yer.kajian sudah di lakukan pengalaman dah dilalui….laksanaakan dasar demi agama, bangsa dan negara.amin
risau juga sebab anak kita ni kumpulan pertama yang ‘dicuba’ menggunakan sistem ini
mcm tikus di dalam makmal sains.
dah tak boleh main2 la kat sekolah..ponteng jauh sekali..kalau buli ke gaduh ke pancit tayar kete cikgu ke..mau failed PBS..dan kena la sentiasa buat baik dengan cikgu..boleh dapat markah bonus =)
ada bagusnya jugak..bentuk peribadi diri yang lebih murni..hormat guru..hormat kawan..hormat orang sekeliling..sentiasa aktif..
bagus dari segi untuk lebih mendisipkan murid hormatkan guru
tapi budak yang degil tegar, nakal yang biasa menipu ibubapa………. cikgu yang serba salah, yang akan simpati nak bagi markah macam mana.
cikgu bukan suka nak gagalkan murid dia….
Dari pembacaan diatas bagus juga PBS ni…kalau yg baik untuk anak2 kita mesti sokong 🙂
sebenarnya, kalau nak lengkap kena muat turun file kat web kementerian. ada banyak file.
kau x tahu bertapa seksanya pbs nie..membuatkan pelajar lalai..kalau kau nak tahu tukar lah jadi 14 yrs..buat x henti2..boleh mati tau x!! byk kerja utk murid ngan cikgu lg ada lah…memusnahkan pelajar ja.bdx tu pandai trus jd x pandai sbb binatang PBS nehh…
1.Guru tidak berinteraksi dengan ibu-bapa berkenaan masalah murid.
Tiada perjumpaan guru-ibubapa seperti system lama.
2.Keputusan peperiksaan akhir tahun tidak diserahkan kepada ibu-bapa
untuk semakan kelemahan dan kemajuan murid.
3.Sisitem penilaian yang tidak telus. Murid yang banyak bercakap
mendapat markah yang lebih berbanding murid yang bijak tetapi kurang
bercakap.
4.Anak guru mendapat kelebihan daripada system ini, kerana ada sikap
pilih kasih dan penilaian bersifat subjektif.
5.Guru-guru sendiri tidak faham tentang system yang diperkenalkan
terutama apabila ibubapa mempersoalkan kenapa anak saya ditukarkan ke
kelas yang lebih rendah tahun hadapan. Ini kerana system penilaian
yang terlalu subjektif(Menguasai dan tidak mengusai dan Band)
6.Pelajaran Metamatik pun perlukan pelajar bercakap secara verbal
barulah mendapat Band 6. Apa ni? Matematik kiraan la…
7.Bukan semua pelajar suka bercakap, sifat manusia dijadikan
berbeza-beza. Kalau kita ada anak pun, bukan semua anak kita rajin
bercakap. Ada yang pendiam.
Susah klau tiada PMR
betul apa yg awak cakap tu saya sokong 1000%
betul tu saya rasa sistem yang baru ni iaitu berasaskan pbs akan menyebabkan pelajar malas nak belajar dan belajar sambil lewa sebab ada markah dari segi lain yang akan meluluskan mereka. setiap pelajar tak sama. Allah jadikan manusia tak sama. Kalau semua sama siapa yang nak jadi yang tak sama tu?. Setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan tersendiri dan jangan paksa mereka apa yang kita inginkan mereka jadi. Sepatutnya kita beri peluang, kalau mereka tak mahu terserah pada mereka. Percayalah satu hari nanti apabila mereka sudah besar, mereka pasti akan memilih juga apa yang mereka suka. Ada manusia yg suka belajar, ada manusia yang suka bersukan, ada manusia yang suka menyanyi dan lain2. Ini lah pendapat saya, fikir – fikirkan lah. Setiap manusia adalah berbeza – beza