Bermain Ikan Kelah Di Santuari Ikan Sungai Chiling
Percutian

Bermain Ikan Kelah Di Santuari Ikan Sungai Chiling

Lokasi Santuari Ikan Sungai Chiling terletak di Kuala Kubu Bharu.  Selepas Rasa, belok kanan ke Ampang Pecah sehingga tiba di Kuala Kubu Bharu.  Ambil jalan ke kanan arah ke  Fraser Hill.

Di buka setiap hari Jumaat, Sabtu dah Ahad sahaja dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Bayaran RM 1.00 dikenakan dan perlu mendaftar di pondok pengawal.


Untuk sampai ke lokasi , perlu menempuh  6 lintasan sungai.

LIntasan pertama – melalui jambatan gantung.  Boleh senyum dengan lebar.


Perjalanan seterusnya mendaki melalui denai sempit, anak sungai , celahan akar kayu, bongkah batu, lopak mata air atau batang balak yang merentangi jalan.

Lintasan ke 2  perlu meredah air yang agak deras memandang musim hujan ketika ini.

Lintasan ke 3, 4, 5 dan 6 yang ada sedalam paras pinggang Along.  Tak perlu bawa pakaian ganti kerana pergi dan balik akan basah meredah sungai.  Balut telefon atau kamera di dalam beg plastik untuk langkah keselamatan.

Tak perlu bawa bekal mangkuk tingkat, cukup sekadar dibungkus nasi untuk meminimumkan beban.

Akhirnya, selepas 1 jam perjalanan yang dirasakan seolah-olah meredah  30 kilometer, akhirnya terpampang di depan mata pemandangan amat indah deruan air terjun.

Hilang luluh semua penat yang digalas.  Sejuknya tempias air terjun menyapa wajah.

Kami pasukan pertama yang tiba.

Eti dah 4 kali sampai sini tau…. Mak Long Dia baru berumur 4 tahun dan mampu meredah hutan.

Inilah keistimewaannya – ikan kelah yang hidup  bebas dalam alam semulajadi.


Boleh mandi dan berenang dengan dikelilingi ribuan ikan kelah  dengan sesekali terjerit kegelian bila dilanggar kaki atau tangan.


Boleh bagi ikan ini makan, tetapi tidak dibenarkan memancing di sini…

Entri terdahulu dan video Santuari Ikan Sungai Chiling

lumur kaki dengan minyak, kejang…hiks!

Edit :  pada 2011.11.20 10:08, Eizil menulis:

Cantiknya kawasan ni, laluan untuk ke air terjun tu memang ditanda ke erk? Maksud saya kalau orang pertama kali pergi, mudah ke untuk sampai ke destinasi?

Setiap lintasan akan diletakkan papan tanda.  Ada juga pokok di laluan jalan kaki yang ditandakan dengan  ikatan safety tape ( tape belang merah putih ) sebagai panduan.

rakaman video amatur yang dibuat oleh adik …

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

21 thoughts on “Bermain Ikan Kelah Di Santuari Ikan Sungai Chiling

  1. Wah..cam best jerk..dah lama nak pergi sejak tengok kat tv pasal ikan kelah ni..geram je tengok..hehe..anak kecik2 lai..kna tunggu derang besar skit baru bleh pergi merentas hutan cengini..

  2. Dalam rancangan Pancing di TV3, pernah gak saya tengok tempat ini diceritakan. Sungguh menarik kan? Geram jer tengok.

    *ntah kenapa setiap entri terbaru KUJIE, tak pernah naik di blog list saya. Masih juga merekodkan entri “Ganti MyKad Online” tak gerak-gerak. Pelik saya. Dah delete, list semula pun sama gak. Takda tunjuk pun updating. Heran saya…

    Sori la sebab tu la saya selalu termissed nak datang ke entri terkini.

  3. ok… saya JELES dengan trip tersebut. hahaha… nak mandi air terojun yang tak perlu seberang sungai.. nak naik bukit tu pon tak lepas-lepas lagi. issshhh~

  4. Cantiknya kawasan ni, laluan untuk ke air terjun tu memang ditanda ke erk? Maksud saya kalau orang pertama kali pergi, mudah ke untuk sampai ke destinasi?

  5. wah bestnya. saya pernah tinggal 6 tahun kat kuala kubu bharu dan tak pernah tau pasal sungai chiling ni. 😐

  6. Kalau ujian pertama perlu meredah jambatan gantung sudah tentu isteri dan anak-anak saya akan mengalah terlebih dahulu sebab pernah alami situasi yang sama. Akhir sekali saya seorang yang mengunakan jambatan gantung. 🙂

Comments are closed.