Konflik Dalam Perhubungan
Motivasi

Konflik Dalam Perhubungan

Hari ni nak membebel ringkas , maklumlah masih ada kesan² wordless semalam.

Dalam kehidupan online saya, sering saya membaca /terpandang komen dari seseorang yang berbunyi begini

“Tak jemput pun “ atau lebih menyusuk kalbu ” Sampai hati tak jemput “

Komen seperti ini kerapkali saya jumpa bila seorang itu membaca berita temannya telah melangsungkan perkahwinan atau menganjurkan sesuatu majlis yang membabitkan makan² – contoh open house Aidilfitri.

Pernah baca ayat tu? Pernah tulis macam tu?

Ini adalah ayat yang perlu kita elak apabila membabitkan skil membina persahabatan atau perhubungan. Bila kita menulis seperti itu di facebook atau ruangan komen , kita secara tidak langsung memyebabkan teman kita tersebut merasa serba salah atau rasa teruk.

Menjemput kita bukan kewajipan dia sebalik memenuhi jemputan orang tanpa alasan yang kukuh adalah satu kewajipan.

Kita kena lebih terbuka untuk menerima keadaan teman kita untuk saling menjadi seorang kawan yang baik bukan hanya memikirkan kepentingan diri sendiri. Dia tak jemput kita mesti ada bersebab. Contohnya bajet yang terhad – ada sebungkus mehun tak kan nak jemput kawan sekampung.  Buat kenduri semebelih ayam 50 ekor tak kan nak jemput kawan sefacebook.

Kalau majlis perkahwinan, ramai yang lupa atau tak sedar bahawa majlis tersebut dianjurkan oleh ibubapa pengantin. Cuba belek kad jemputan perkahwinan. Kebiasaannya akan dimulai dengan nama kedua ibubapa menjemput tetamu untuk meraikan perkahwinan anak mereka. Kita ni kawan/kenalan mak bapa pengantin kah?

Memang pengantin ada menjemput kawan² mereka tetapi kita juga perlu sedar majlis tersebut membabitkan keluarga, sudah tentu keutamaan akan diberikan kepada keluarga/ sahabat ibubapa pengantin. Jadi sekiranya kita mengetahui mengenai majlis seorang teman, janganlah terus berprasangka.

Kawan yang baik akan saling mendoakan dan menjaga tutur kata.  Jangan gunakan alasan ‘kerana kami dah kenal lama’ kerana yang sering menyakitkan  kita adalah seorang sahabat bukan seseorang yang kita tidak kenal.

Ucapkanlah sesuatu yang indah untuk seorang kawan yang melangsungkan perkahwinan  ” Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan”

 

Sebenarnya dalam banyak konflik perhubungan atau persahabatan, masalah bukan datang dari pihak sahabat tetapi dari diri kita sendiri.  Bagaimana kita menghadapi sesuatu dan cara kita menerima secara positif atau negatif.  Seringkali kita menilai sesuatu mengikut kepentingan dan kehendak diri kita sendiri.

Fikirkan….

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

41 thoughts on “Konflik Dalam Perhubungan

  1. betul.yang penting cara kita menerima sesuatu perkara tu. kena selalu berfikir secara terbuka dan think positif. Kalau selalu serkap jarang jek, memang takkan tenang lah hati tu.

  2. Betul tu ,akak,tak baik memalukan atau menimbul rasa bersalah…bayangkan kalau kita lalui perkara yang sama sepatutnya bertimbanr rasa sikit…letih tau buat kenduri…semua perkara nak kena fikir,lepas kenduri hal kendara lagi,nak mengemas,nak susun itu dan ini….

  3. biasa tak kisah sgt kalau tak jemput , cuma beri tahu hendak kahwin atau dah kahwin pun dah memadai kak kujie , sbb kadang2 kalau orang menjemput pun kita tak dapat pergi 🙂

  4. cikgu bm saya dulu kata jemput – kita ambil dia, bawa ke tempat nak dituju. kalau tidak. gunakan undang. sebab undang tak perlu kita ambik dia. dia datang sediri

    tapi kalau undang negeri sembilan tu rasanya kene jemput jugak kalau tak mana dia nak datang ke majlis – ok yang ni selingan ringkas

    yang sebenarnya nak tulis ni je;
    1. gurau
    2. terasa

    saya berat kepada #1 sebab saya suka buat gitu 😆 walhal kalau undang ke jemput ke ada je alasan tak boleh nak join 🙁

  5. dah lah tgh bergundah gulana sekarang ni, baca ayat mama “kerana yang sering menyakitkan kita adalah seorang sahabat bukan seseorang yang kita tidak kenal” ok terus nanges :((

  6. kadang2 tak perasan ada jugak yang akan terlajak tulis komen macam tu.. “tak jemput pun” .. untuk ini lebih baik kita berpendirian lebih baik diam kalau tak ada benda lain yang lebih baik untuk di tuturkan

  7. Saya pula jenis yang tak kisah nak jemput ke tak terpulang. Cuma kadang-kadang suka menyakat orang biar dia rasa bersalah tak jemput..hehehe..

  8. betul tul.kak..mmg kdg2 rs serba salah kan kalau kawan2 ckp gitu.. serba salah…kalau sy kengkawan x jemput sy x rs hati pun..sbb kalu jemput pun takut x dpt nak penuhi jemputan..

  9. jujurnya pernah guna ayat ‘tak jemput pun’. tapi lebih kepada gurau.. yela mungkin diorang terasa.. kena elak ni

  10. idea ini datang dari pemerhatian kat facebook.

    inilah situasi dimana perpatah ‘ diam itu lebih baik’ digunakan dari kita menulis sesedap jari yang akhirnya melukakan satu pihak lain.

    Bila kita tulis mcm tu, secara tak sedar kita sendiri telah mengjawap kenapa kita tak dijemput – semestinya dari sikap kita yang tak menjaga persahabatan tersebut. 😆

  11. sedih bila nampak orang sanggup tulis mcm tu kerana secara tak langsung dia telah membuat seorang yang lain ‘dimalukan’.

    anggap saja orang tu buat majlis kecil kecilan, bajet terhad, kita pun akan atau pernah lalui situasi mcm tu.

  12. entri ni cuma nak bagi kesedaran jangan lepas tangan nak tulis mcm tu kerana kesan pada kawan kita yang dimalukan dikhalayak ramai… dia pula terpaksa menebalkan muka nak menyusun ayat supaya keadaan tak jadi lebih rumit.

  13. eh… ni kisah lain

    dia ckp ‘ tak ajak pun’

    tu bkn utk kak jie..hehehe

    sebenarnya isu ni dah lama nak sentuh, tapi itulah kak jie bukan suka sgt nak menulis hal2 mcm ni…risau terlebih hulur cili 😆

  14. sokong dengan kak jie.Alhamdulillah setakat ni tak pernah rasanya menulis komen sebegitu.harap sama2 kita elakkan la yek 😀

  15. Jemput dan jemput-jemput 2 perkara berbeza 😆
    Kak Jie,
    Nak ngadu….
    Bahasa tak paham
    Hari2 makan kebab… balik sure debab
    FB tak leh, blog tak leh, WP tak leh, banyak website tak leh… 👿
    Ha ha ha :mrgreen: (puas hati leh bebel sekejap kat sini)

  16. hi. 😉
    saya pernah dgr tp tak pernah rasa. for me, senang sj. org tak jemput, sebab ada sebab tersendiri. tapi knp orang lain dia tak jemput? may be sebab org lain pandai buat diorang rasa dihargai. jadi asalnya sbb kita sendiri tak menjadikan kita pntg sehingga perlu dijemput. tak pe lah. jgn susahkan hati dia..lain kali ada majlis lagi, mungkin dia jemput. jgn prasangka 😛

  17. saya setuju..kdg kala konflik dlm perhubungan ini juga berkait rapat dengan ego & menjadi dendam atau kebencian

  18. Aku selalunya lebih suka tak dijemput bab makan-makan ni, pasainya tak payah pening-pening kepala nak susun ayat bagi alasan kalau tak boleh pi. Silap ayat member sentap, tak pun kita pulak yang sentap bila member jawab balik.

    Kalau takat nak jumpa, makan-makan dan bergambar, bila-bila pun boleh serbu pi rumah, kata member baik, tengah malam pun takdak masalah la…

  19. setuju dengan entri nih. tak menjemput bukan sebab orang tuh melupakan kawan tapi mesti ada sebab disebaliknya. tapi kan perkataan tak jemput pun bila dilafazkan lebih makan dalam daripada perkataan bila, tak tau pun.

  20. salam kak jie..
    sebelum majlis berlangsung, rasanya bgtau awal2 yg kita cuma jemput family & kawan2 terdekat..dan bagitau majli cuma kecil2an..supaya tiada hati yg tersinggung..kalau ada jugak, apa boleh buat..kita takkan mampu nak menjaga hati semua pihak..apa2pun..nawaitu kita..yg selebihnya kita serahkan pada DIA. 😉

  21. Assalamualaikum,
    Ada masa ramai yang kesah bila tak dijemput, namun tak ramai yang kesah tak dapat datang atau sengaja tak datang bila dijemput. malah tak beritahupun orang yang menjemput yang dia tak dapat datang. Akhirnya, makanan berlebihan dek “pembatalan jemputan tanpa pemberitahuan sebegitu”.

    Saya pernah PUTUS KAWAn hanya sebab tidak memenuhi undangan perkahwinannya nun yang beratus batu jauhnya kerana ketika itu sangat terdesak “tak cukup kos hidup”. Saya tetap doakan mereka bahagia dunia akhirat, namun akhirnya sedar bahawa…situasi saya tidak dimengertikan walaupun dia sering melafazkan sayalah kawannya dunia akhirat. Redha sahajalah. Buat apa nak simpan kawan yang tak sedarpun kawan dia sedang susah kan? Ramai lagi orang ;ain sudi jadi kawan kita —-> ayat pemanis lidah untuk menyembuhkan luka 😉

  22. Setuju dengan Kak Jie. Orang tak menjemput tentu ada sebab. Lagipun lebih baik mendoakan orang lain dengan kebaikan daripada mengecilkan hati orang..

    ** Dah selalu tak dijemput bila bahagian lain buat jamuan. Tapi kalau PC rosak cepat pulak nampak bayangan saya.. :mrgreen:

  23. Saya rasa orang tu ada sedikit masalah kefahaman untuk faham bahasa Malaysia.Banyak orang yang macam ni saya jumpa, termasuklah kawan2 facebook.

    Mereka lebih mudah terasa hati bila bab kenduri kendara ni,seperti yg Kak Jie cakapkan lah “bajet yang terhad “.Tapi mereka tetap anggap kita ni banyak duit,padahal budget kita ciput jer.

  24. Di dalam kehidupan ini,kekadang kita sbagai manusia ada banyak kekurangan diri.Biasalah tu, kalu terlepas pandang. orang yang tak dijemput pun sepatutnya berjiwa besar.kan kehidupan ini penuh makna,kenapa nak timbulkan perasan bersalah pada pihak lain.Lagi pun kalau lah namanya sahabat kita sendiri kena ambil tahu apa yang kawan kita lalui…hidup ini terlalu indah dan singkat untuk bersedih…life goes on…. 😀

  25. setuju dengan k.jie. memenuhi jemputan adalah lebih dituntut. kalau dah jemput pun ada juga yang tak datang tanpa sebarang alasan yang munasabah.

    biasanya komen”tak jemput pun” akan disusuli dengan ayat lain macam “dah lupa kawan lah tu” “ye lah orang tu tak ingat kita” “jemput VIP je” benda jadi panjang, seterusnya buat kawan terasa hati

  26. Boleh jadi jugak terlepas pandang. Banyak kali dah camtu, tapi bila org cakap “Eh tak jemput pun”, memang akan rasa bersalah, seolah2 kita memang lupakan orang tu

  27. itu hari masa pergi umah kak jie pon ade orang cakap saya tak jemput… ape fffff? dah la salah pimpoint kat orang lain.. then saya nak jemput? hahaha… even langsung tak terasa hati.. owh tapi ape kah sekali lagi?

    dah terang-terang tulis kat blog kak jie.. sape nak datang.. dipersilakan datang, kak jie tak buat makan-makan… tup tup ade makan… ade plak orang hangin.. dem.. nampak sangat yang beriya bagi alasan cenggitu sebab nak makan. hahah.. padan muke kantoi sudah.

  28. Kalau tak dijemput, kemungkinan besar kita bukan “serapat” yang kita sangka… mungkin kita sendiri yg menyebabkan jadi begitu..

  29. sebab tu entri diakhiri dengan ” Bagaimana kita menghadapi sesuatu dan cara kita menerima secara positif atau negatif. Seringkali kita menilai sesuatu mengikut kepentingan dan kehendak diri kita sendiri”

  30. jemput ke tak jemput pada saya takde hal. tak butthurt pun. tapi kalau nama kawan. kalau kawen bagitau la. just bagitau pun dah okay. kalau tak bagitau, mmg sentap. hehe.

Comments are closed.