Cara Buat Jus Rozel
Resepi

Cara Buat Jus Rozel

Rozel atau Roselle (Hibiscus sabdariffa) yang sering didakwa mengandungi vitamin C yang tinggi.  Jiran saya bagi dalam 20 kuntum.

Masa saya kecil² dulu, sebelum pokok ini dikomersialkan.  Daun muda dimasukkan dalam masakan sebagai asam.


Saya rendam sekejap di dalam air garam untuk hilangkan debu² dan makhluk halus ( serangga ) . Jangan lama-lama kerana warnanya mudah terbit walau sekadar dipegang.

Untuk buat jus, buang biji ditengah² dan ambil kelopak buah rozel sahaja. Biji boleh ditanam.


Jerang gula bersama air sehingga gula larut. Padamkan api. Masukkan buah rozel tersebut. Tak perlu dididihkan.

Kelopak buah rozel boleh dikeringkan untuk dijadikan halwa.

Kalau nak rasa jus rozel segar baru dipetik dari ladang, datanglah …..

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

47 thoughts on “Cara Buat Jus Rozel

  1. salam tuan, tuan ada ke anak atau benih pokok rosel? saya minat nak mintak 😳 dah lama nak tanam pokok ni terutama yg spesis kaliks tebal nii

    kalau tuan tak keberatan laa
    email saya: realmabong@yahoo.com
    saya di KL/Selangor

    .mabong

  2. Pokok2 rozel saya baru mengeluarkan hasil & skrg ni sibuk kutip & dibuat pati & jem… Dpt sambutan yg menggalakkan dari kwn2.. Sesapa nak try boleh la oder. Sekitar sbrg jaya, butterworh, kulim & sg petani boleh delivery hehehehe… Cuba la, mmg berkhasiag! Nak beli anak pokok pun boleh…. Ni no fon saya 0122655130

  3. Rozel merupakan spesis bunga raya. Kandungan vitamin C memang tinggi serta sesuai untuk dijadikan jus serta flavour bagi makanan.kalau buat jem pun ok juga 😀

  4. makan mentah setakat sebiji dua bolehlah, kalau ada 20 biji….pilihan yang lebih baik mesti buat jus, kan.

    jem/marmalade tak pernah cuba, jadi tak dpt nak komen

  5. macam2 cara kot boleh buat
    ni cara kak jie…mgkn orang lain ada cara dia tersendiri

    tapi yg pasti…..akhirnya jadi jus dan semua org boleh minum 😆

  6. mungmin tempat lain depa panggil nama lain…. tapi buah ni dulu2 petik makan gitu2 je… tapi nak habiskan sebiji tu berkerut jugalah muka…sebab masam 😆

  7. sama je lah..petik, kopek dan telan
    tapi kalau dlm 20 kuntum tu..nak buat jus nak bagi orang minum, rasa perlu siram2 sikit..hehehe
    tapi tak boleh lama2….cepat betul terbit kaler dia

  8. rozel mmg dicipta dgn rasa mcm tu … mcm juga rambutan, durian atau nangka…. tanpa bahan kimia, dapat rasa yang original. tak pasti juga selain rasa yang pernah minum ni ada rasa yang lain..sebab tak pernah minum selain yang home made.

  9. buah yg rebus tadi lepas buat jus tu, tapis, toskan boleh je dimakan terus…mcm halwa juga.

    mmg ada pun org jual buah yg manis ni

  10. kalau ada yg fresh, kita buat apa yg ada dalam dapur.
    tak pernah cuba jus dari hpa sebab kerap dpt buah rozel ni, jiran2 selalu bagi..skrg ni kak jie pun dah tanam 😆

  11. lor….nak buat jus ni paling…paling mudah.

    cuma kadang2 kita nak panduan je…nak gula dulu ke nak air mendidih dulu ke.. itu je…keputusan akhir jadi juga jus rozel nya

  12. salam kak jie, zah ambil gambar dan link kan ke blog akak ya..:) rentetan dari jus ini buat susu zah banyak, sykur dan terima kasih…zah mahu kongsi dengan org lain juga. 🙂

  13. sy suka makan buah dia sedap sgt2…aritu pi langkawi order air ni, pas tu dlm dia siap ada buah lg…ingat kn air ajer…sedap2… 😀

  14. masa kecil dulu.. makan macam tu jer.. tak kira debu apa pun..
    pernah minum jusnya..
    mantan guru besar rajin sedekah buah ni..
    🙂

  15. bila baca entri ni buat sy teringat kat mak mertua sy sbb dkt kg memang mak mertua sy tanam rozel ni banyak kat sekitar rumah

    tiap kali balik mak mertua akan buatkan rozel dan isikan dalam botol mineral 500ml/1 liter yg pekat…utk kami bawa balik kl

    dekat kl, isteri hanya perlu bancuh dgn jus rozel tu dan letak dlm peti ais satu bekas air…tinggal sy amik minum je

    memang best rasanya…..

Comments are closed.