Kontest Menang Sepasang Tiket Liverpool
Blogger

Kontest Menang Sepasang Tiket Liverpool

Saya tak pasti siap yang tweet entri tersebut. Saya klik dan klik akhirnya membawa kepada tuan rumah yang menganjurkan contest dengan hadiah sepasang tiket untuk menyaksikan perlawanan Liverpool di Malaysia pada 16 Julai 2011.

Liverpool?  WE ROCK , yeah!

Nampak saja perkataan Liverpool terus buat keputusan untuk turut serta. Kami sekeluarga bukanlah penyokong bermusim. Bila kalah berpaling tadah. Kami penyokong bukan kerana kedudukan liga tetapi sebati sejak lebih 20 tahun.

Ok..berbalik pada syarat² contest.

Syarat & Cara penyertaan:

1. Mcm kontest2 lain, kene lah follow belog DILAKOCHAN. – done! Saya follower ke 100 Networked Blog. Dia tak letak syarat nak follow yang mana satu. Harap² betul.

2. Upload kan gambar paling eksklusif korang (atau bersama gang / 2 gambar cantum jadi satu) dengan JERSEY TEAM FAVOURITE. Tak kisah lah korang fans MU ke, CHELSEA ke, ARSENAL ke.. Markah lebih sikiiiiit la kalau sarung baju LIVERPOOL kan! =)) & Letakkan CAPTION yg menarik! Done ! Bukan sekeping malah berkeping²,


Tiada syarat, tiada ketetapan mesti berbaju serupa tetapi tiba² bila tengok gambar, baru tersedar…. mereka boria!


Semangat sepasukan kami bukan di atas padang semata.  Kita boleh adaptasikan dalam kehidupan seharian bersama family.  Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.  Begitulah kentalnya semangat kami sekeluarga  seperti Liverpool.


You will never walk alone……ke lurah sama dituruni.  Tiada pasukan lain yang membuat rutin latihan selasak ini…hahah..hanya kami pasukan Liverpool.

 

 

Kepercayaan kepada rakan sepasukan adalah asas penting untuk sama-sama mencapai kejayaan.  Dalam bolasepak atau dalam kerjaya, saling bergantung sesama sendiri dapat mengukuhkan kekuatan pasukan.

Saya suka gambar² ini walaupun sudah 3 tahun berlalu.  Kami memang selalu ikut suami bila dia kerja luar hujung minggu.  Mungkin sebab itu, Along sekarang sedang belajar di KLIUC Diploma Geomatic Engeneering , meneruskan kerjaya suami.

Mereka bukan saja berkongsi pasukan bola yang sama, malah mewarisi kerjaya serupa.

3. Katakan: “Aku/ Kita/ saya nak pergi saksikan perlawanan liverpool bersama sama dilakochan & the gang sebab ……… ”
(Tiada Limit Patah Perkataan) Done ! Bab membebel serah padaku.

Saya nak pergi saksikan perlawanan liverpool bersama sama dilakochan & the gang sebab we never walk alone, jadi tak sesuai kalau nak pergi seorang diri.  Kalau pergi sama², semangat nak menjerit tu membuak² dan sekurang² kita boleh bersandarkan rasa kecewa jika kecundang di tengah padang.

Kalau menang, nak sorak ramai², pun best!  Kalau kalah, nak balik naik tren pun tak malu.  Betul tak….?

 

4. Hebahkan kontest ini kepada rakan. (Tag minimum 2 rakan blogger lain). Done ! Harap² mereka juga peminat Liverpool.

 

Saya nak tag dua orang yang berkenaan :

  • Blogger A – Blog yang banyak menulis mengenai perkongsian pengetahuan, pandangan dan perbincangan tentang cabang dan portfolio pelaburan.
  • Blogger B – Seorang blogger yang menceburi bidang Khidmat Sokongan Perkhidmatan Kejuruteraan Biomedikal.

5. Namakan entry korang dengan KONTEST MENANG SEPASANG TIKET LIVERPOOL! Done!

Hadiah yang ditawarkan!

SEPASANG PASS untuk tengok team liverpool training pada 14 July 2011 berserta SEPASANG TICKET menyaksikan perlawanan LIVERPOOL di Malaysia pada 16 July.

Saya amat jarang masuk contest – tapi nampak saja tiket Liverpool terus bersemangat.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Kontest Menang Sepasang Tiket Liverpool

  1. Terbaik. Nak beli faham-faham je lah. Kalau ada contest macam ini memang berebut nak masuk. Nak tengok Steve G.

  2. Pergh ~ penyokong tegar ni.. siap satu keluarga.. hehe.. ades.. kalau saya yang kawin nanti, silap2 gaduh kalau bukan satu team.. haha.. eh? advance sungguh pemikiran.. hehe..

  3. pernah nampak family yang anak bujang dia boleh anak mama sekali tgok youtube pasal gol2 menarik..

    semalam dia boleh buka lfc…kendian baca rumor2 pasal bola kt situ…erhh…dgn mak pun boleh nak sembang bola 😆

  4. Waaaaaah.
    Baru perasan Kak jie peminat Liverpool juga. 😀
    Good luck. Nak join tapi saya tak suka bergambar dengan jersi liverpool.

  5. kesian Along… sebab rakan sebaya kebanyakkan minat MU..so faham2 jelah kalau kumpul kt kedai mamak 😆

  6. fuh ni best gileer nihhh :mrgreen: nanti buat kujie football club…krugger jadi goalkeeper dia…

Comments are closed.