Segak Setia Pengawal Istana Negara
Percutian

Segak Setia Pengawal Istana Negara

Setiap kali melalui kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong ini, Intan minta untuk  berhenti melawat.   Dia teruja melihat banyak  bas persiaran membawa pelancong berhenti di sini.

Istana Negara patut dimasukkan di dalam senarai tempat yang sesuai membawa anak-anak bercuti di Kuala Lumpur.

beratur dengan pelancong asing untuk ambil gambar disini

Akhirnya petang Ahad 2hb Mei 2011, hajatnya terlaksana. Dalam perjalanan balik dari Serdang kami berdua membelok memasuki  perkarangan Istana Negara yang terletak di Jalan Istana bertentangan dengan Jalan Syed Putra.


Kebetulan tepat jam 4.30 petang kami berpeluang melihat para pengawal istana melakukan rutin tukar giliran bertugas.


Amat kurang pelancong tempatan di kawasan ini. 99% adalah pelancong putih gebu – China, Taiwan atau pun Korea.

Mengikut sejarah, bangunan Istana Negara adalah rumah kediaman   seorang jutawan, iaitu Encik Chan Wing yang dibina dalam tahun 1928 .

Pada waktu pemerintahan Jepun (1942-1945 ), bangunan ini telah digunakan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun.  Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan ini telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor dan diubahsuai sebagai Istana Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sehingga tahun 1957 sebelum dibeli oleh Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan Istana Negara.

Akhirnya… sampai juga saya menjejak ke tepi perkarangan Istana Negara yang menjadi  salah satu tempat menarik  untuk dilawati di Kuala Lumpur.  Intai dari luar pagar sudah mencukupi , sekurang² saya pernah ke sana walaupun dah 1000 kali melalui jalan ini.

Lokasi Istana Negara, Kuala Lumpur

 

Intan tanya ” makcik, pakcik dah pernah pergi sini?”

 

Edit :  Akhirnya 29/4/2012 – kami berjaya memasuki kawasan Istana Negara –  Menyingkap Istana Negara Disebalik Pameran Raja Kita

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

44 thoughts on “Segak Setia Pengawal Istana Negara

  1. Assalamualaikum…….. sangat menarik, menarik gaya penyampaian laman ini. Tahniah!

  2. malu dengan soalan intan.. selalunya lalu depan jer.. mungkin penah pergi, tapi masa kecik2 dulu. skg tgk2 je.. kdg2 nmpak pengawal atas kuda.. lalu je pun, tak singgah.. hahaa.. malu..

  3. ianya dulu memang kediaman seorang pelombong bijih besi yang dah kaya, zaman tu memang rumah dia ler yg besar raksasa je ada. dia warga cina, miskin, berhijrah ke sini dan meletopp

  4. alamak…pertanyaan akhir tu membuatkan saya tersedar seketika… dan berazam untuk singgah seketika… 🙂

  5. Assalamualaikum,
    Saya pun belum pergi…entah-entah dah sampai 1 juta kali apa lalu lalang depan pagar tu…

    Errrr intan kawad sebiji je macam pengawal tu…SENAMMMMM DIRIII hu hu hu

  6. Tak ingat le dah pergi ke belum. kalau pergi pun semasa lawatan sek men dulu. dah tak ingat…sama mcm tak pergi jugaklah.hehehe

  7. maza sudah tinggal di KL ini hampir 15thn.. tapi sekadar lalu lalang sahaja di muka pagar istana negara dgn motor kapcainya.. huhuhu

    err.. kalau tak silap tahun lepas atau dua tahun lepas negara kita diberi penghormatan oleh Sultan England dengan menjemput askar kita mengawal salah sebuah istana hebat mereka.. hehehehe

    dengar kata, peluang ini hanya diberikan kepada negara2 Commonwealth.. hmmm?!
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  8. oh..baru tau diorang nak tukar shif pun ada acara nya jugak eh? hehe….lansung x pernah pg…

  9. 😳 Malunya bila ramai foreigner yg pegi. Sebab saya dah plan beberapa kali nk singgah tapi belum terlaksanan hasrat di hati

    patt: akak, sy tak pandai la nk tukar ikon yg mcm org marah kt tepi ni. cemane nk tukar? buruk la die wat muke cm tu. maaf kak sy budak br dlm dunia blogging ni

  10. Elok juga tu. Tak lama lagi cuti sekolah. Agak-agak tak berjalan jauh, Insyaallah, boleh jengah-jengah ke sana.

  11. sbg rakyat Malaysia sendiri pon saya tak pernah pergi lagi. rasanya lebih ramai suka singgah ke Midvalley daripada ke Istana Negara 😉

  12. adeh.. terasa! beribu kali lalu tak pernah singgah situ :mrgreen:
    cuma jeling2 bas persiaran yang banyak kat situ… semalam 1st time saya jejak kaki ke TUDM sg besi yang selama ni cuma nampak signboard dari jauh jer.. 😆

  13. cuba ambil sedikit masa utk menikmati apa yg kita ada skrg….cewaahhh…org dah pergi bolehlah ckp kat org yg belum pergi…hehehe

  14. tujuan entri ni d publish mmg nak suruh kawan2 g melawat….huhuhu

    sbb mmg tau ramai yg tak pernah singgah 😆

  15. satu hari..kena berhenti juga sekejap
    sekurang2nya boleh sama level dgn pelancong asing tu yg dtg jejauh dah jejak 😆

  16. Nak kena cari info jadual waktu acara2 tu… belum jumpa. Nasib baik main terjah hari tu dapat jumpa acara tukar pengawal tukar shif

  17. memang seswai untuk bawa anak2. Time ada kuda pun best gak tengok depa kawad.

  18. tak pernah lagi menjejakkan kaki di perkarangan Istana Negara…dan amat jarang sekali ke Kuala Lumpur…kali terakhir melalui susur jalan ke Istana Negara sewaktu ke Hospital Kuala Lumpur hampir 2 tahun lalu…tahun ini rasanya belum sekali pun jejak ke KL…

Comments are closed.