Bila tak sihat ni, anak tekak lebih mengada². Macam² yang terlintas depan mata rasa nak makan.
Sedang santai² depan tv, terpandanglah satu iklan mengiurkan meleleh air liur – iklan sogood™! Entah bila KFC tukar slogan sogood™ ? Dah tak jilat jari lagi ke?
Promosi KFC O.R. Chicken Chop . Merembis² air liur menitis, macam dah sebulan tak makan.
Kebetulan semalam beg sekolah Intan putus talinya, jadi adalah alasan untuk keluar ke Rawang beli beg sekolah baru. Terimakasih beg.
Dari rumah dah setting dalam kepala otak ni, daging ayam terkangkang dalam pinggan dan sos mushroom likat pekat.
Yes…saya dapat semua tu walau tidaklah sesempurna seperti yang digambarkan dalam iklan. Kata embah – dont to put too high expectations , iklan tu tipu mata je tu.
Promosi satu set RM 9.90 kalau untuk 2 orang sediakan wang secukupnya berjumlah RM 21.00. Jangan buat² lupa, bukan saja cukai pendapatan yang nampak, cukai masuk dalam perut juga 6%.
Apa yang tak kena?
Sebelum ada yang komplain gambar tak jelas, silalah hantar hadiah harijadi kamera DSRL DSLR dengan kadar segera.
Yeahh… pandai! Nampak pun.
Makan chicken chop tanpa pisau! Dia cuma bagi sudu dan garpu plastik . Hilang semua feeling sogood™ sebab takut dengan barangan plastik yang melentok² segan silu nak tekan kuat takut patah.
Bayangkan nak potong daging ayam dengan sudu dan garfu plastik – tak mencapai kepuasan yang maksimum. Takut patah!
Saya bangun dan minta pisau dari kaunter.
“Pisau tak de kak…………”
Pengsan tak ?
Tahun 80’an, saya tak berani nak melangkah masuk KFC kerana dari sebatu dah boleh dengar bunyi laga sudu, garpu, pisah berdenting jatuh ke lantai. Takut nak makan sebab tak reti nak berpisau dan bergarpu.
Saya rasa budaya makan dengan pisau dan garpu dipelopori oleh KFC waktu itu. Pertama kali saya belajar² guna pisau dan garpu dan entah berapa puluh kali juga jatuh berdenting ke lantai. Tapi tak rasa malu sebab majoriti juga ‘rakan sekuliah’.
Tiba-tiba hari ini, setelah 38 tahun di Malaysia, ( KFC pertama dibuka di Malaysia tahun 1973 di Jalan Tunku Abdul Rahman ) , semua pisau tidak disediakan lagi untuk pelanggan. Sungguh pelik.
Kalau saya minta pisau nak makan kat kedai Makcik Gemuk Taman Cempaka tu mau juga kena hambat dengan senduk.
Saya minta pisau untuk makan CHICKEN CHOP di KFC!
Mungkinkah KFC cuba membudayakan kita dengan makan chicken chop menggunakan jari?
Saya izinkan KFC gunakan image ini untuk dimasukkan dalam iklan promosi mereka tanpa apa² bayaran.
Sila letakkan Terms & Conditions : Bawa peralatan sendiri
Trivia : Aduan Pengguna Yang Pernah Saya Buat
- Doktor curi tulang benda hitam di lebuhraya Setia Alam
- Mcdonalds Balas Aduan Pengguna Saya
- King’s Confectionery Balas Aduan Pengguna Saya
Eh… saya bukan makcik kepoh kuat komplain , saya pun akan menulis dengan pandangan tanpa prejudis seperti
Ada satu lagi aduan tentang iklan promosi Watson’s – entri tu terdelete. Kita tunggu KFC nak balas aduan ini atau tidak. Boleh masukkan dalam list akan datang.
Entri ini di cc kepada kaunter customer feedback www.kfc.com.my
Jangan pandang pelanggan anda sebelah mata, anda tidak tahu siapa mereka!
EDIT : Ramai yang mempunyai pengalaman dapat pisau dan garpu besi, bergantung pada cawangan . Tetapi cawangan yang saya kunjungi tidak menyediakan keperluan tersebut.
EDIT 27/04/2011 – Pihak KFC telah menghubungi saya dan memohon maaf atas layanan staff mereka tempoh hari. Pisau ada tapi staff cakap tak ada.
dh betul tu, takde orang hantar gak eh? hehee
laaa..baru nak gi lepas isteri habis berpantang..takkan gi KFC bawak pisau kot..hehe
Saya suka sangat2 entri camni.
Dapatlah diperbaiki segala kekurangan yang ada tu.
Thanks a lot for sharing… 😉
haha. bawak peralatan sendiri mmg sungguh terrible. tak apalah. saya rela makan drumstick je. ekekeke
assalamualaikom kak kujie..
ade skali tu masuk ke ep si kat area jaya supermarket tu sbb anak2 kelaparan.. time tu promosi briyani set so oder le. katenye cik adik tu nasik briyani abih. ok.. ade ganti x nasik yg abih tu? cik adik dgn muke cuke kate xdek, kasi ayam jek. paneh ati teman.. tp sbb anak2 tgh kebulor beli juge dinner plate utk deme. muke cuke tu mmg byk kt ke ep si yg penah dikunjungi.. aiisshhhh!
KFC cawangan ni sesuai utk anak saya aiman sebab dia makan chicken chop guna jari2 dia ja….
sangat tak sesuai makan chicken chop tanpa pisau.. kesian tgk kena makan ceggitu.. huhu..
Sayapun sempat try semalam..nasib baik dia kasi pisau/garfu besi..kalau takk..sahhh sahh sayapun anginnn….
kak jie.. kalau senang..g je banggunan KFC kat Jalan SUltan Ismail ni..
perghh baru terliur nak pi makan chicken chop kfc hohoho.. kena beli take away la kot.. err tapi kat rumah pon takde pisau utk makan chickenchop jugak haha… slumber makan pakai tangan kat rumah takpe hohoho
lorhh! teruk tui tak sediakan pisau.. dah lama sungguh tak makan dekat kfc ni huhu
mujur baca sini. (kes tak tgk tv). pasni standby sudu garpu pisau senduk bagai, vote for kfc!~~
Kesian Intan susah bebenor hendak makan. Kalaulah anak dara tentu sudah hilang keserlahan keayuan penangan sudu dan garfu plastik.
Ada sesetengah restoran KFC ada menyediakan sudu dan garfu besi. Kalau hendak menikmati dengan aman pergi KFC di Carrefour Kota Damansara memang lengang