Ustaz kata tak boleh panggil mak dengan panggilan ‘mama’
Adik saya baru telefon, dia mengadu…. anak dia seusia Intan (12 tahun ) bagitahu ustaz di sekolah cakap tak boleh panggil dia dengan panggilan mama sebab mama untuk mamalia.
Pengsan! Ajaran sesat dari planet entah mana.
Seumur hidup saya, belum pernah terjumpa mana-mana dalil yang mengklafikasikan panggilan emak. Tinggi sangat silibus yang ustaz ajar untuk murid sekolah rendah.
Orang Ukrainian panggil mama, Mati .
Sesiapa ada dalil atau sirah yang boleh dipercayai atau bukti CSI , MythBusters atau Clever! tolonglah jelaskan hal ini.
Qalbu (hati ) atau kalbu (anjing)?
©kujie ~ tak sihat dari pagi – nak highlight isu ini minta pendapat.
betul tu… kadang2 benda mudah jadi susah… kesan bila internet disalah guna…
Sangka baik,ustaz tu bergurau je 😉
Cuma macam tak kena dia nak bergurau dengan kanak-kanak yang belum faham gurauan dia tu.
Anak akak pun cakap mcm tu…lepas tu anak2 akak pun mula tukar panggilan mama kepada ummi. Tergagap-gagap ..ahh menyusahkan. Anak yg kecil plak kata, mama tak sesuai le ngan panggilan ummi! kenapa? sb ummi utk ustazah je.hahaha.
Ntah pape la ustaz gitu. ustaz pn ramai yg pening zmn skrg ni, yg kesiannya anak murid la yg jd mangsanya.
Abg ada kawan Ustaz. (huruf besar dipangkal tu) 😎
➡ Abg jugak ada musuh, pun ustaz…
Yg ke dua ni memang tak boleh pakai (Lillahita’aala) ❗
Agaknya yang buat fenin dan serabut ni termasuk dalam golongan yg ke dua tu la… 👿
macam2 ada sekarang ni…
Mungki Ustaz beranggapan Mama untuk panggila anak orang barat untuk penggilan ibu. Saya pun tak tahu nak komen apa kerana saya panggil ibu saya dengan panggilan emak sahaja
heran, ustaz mana la tu ckp mama tu mamalia. cukup kujie pi cek kat sekolah dan sekolahkan ustaz tu.
sy sekolah rendah dulu2 ada juga ustat bangang.
susah juga bila benda melibatkan anak kecil, panggilan itu hanya untuk menggambarkan seorang ibu, bukannya bermaksud ataupun mama itu mempunyai maksud yg tak elok, hish susah2
anak sy panggil mak dia mama, dah susah2 nak latih dia sebut mama lepas ni nak kn latih balik? oh tidak
agenda freemason kot.. 😆
hahaha..lawkala rustaz ni. mamalia perginya…
camtu taklh ler panggil ummi..itu singkatan untuk Sumi-jelly…kah3…
emak pun tak boleh..tu untuk semak tu…issk3..suh ustaz tu rungkaikan skali semua ni…
macam2 lah…cian kat anak kak jie
sampaikan salam saya kat ustad tu. moga diperjelaskan agar tak jadi isu antara lawak atau pandangan ‘ilmiah’ 😉
saya pun nak buat ‘fatwa’ la, tak boleh panggil umi kerana umi dalam bahasa jepun = laut. 😆
kalau umi dalam bahasa jepun jadi laut 😆
lauttt ooo lauttt~ 🙄
ustaz tu melawak ja kot..budak2 biasalah…
adakah IBU membawa maksud IBUKAKI? mengarut!!!! pasni kalau kawen saya nak mintak anak2 panggil BONDA la…. he he…..
adakah disebabkan 4 perkataan awal dia mama…terus jadi mamalia? buat pe la nak complicatedkan keadaan.
amma….. orang Kelantan panggil Mok kan?
merepit2lah….kalau sembang kat kedai kopi tak apalah juga
ini bagitau murid satu kelas
apa lagi…dia dah rasa bersalah, nak ikut cakap ustaz yang sanggat dihormati atau mak dia yang dok rumah tak kerja apa2 😆
*siram air sebaldi* 😆
Kak Jie yg tengah sakit kepala semalam pun terus pengsan!
ghehe
eh…Umi Aida, Umi Hafilda Umi Nazeera 😆
yang mana satu…..?
Masa adik call bagitau tu.. Kak Jie dok baring baru telan panadol…memang sakit kepala satu hari semalam
tapi dia minta highlight benda ni…cuba juga menaip ringkas
rasa mcm…eh…ape ni…. benda remeh mcm ni nak cakap kat sekolah 😐 tapis2 lah sikit
Betul…. tapi itu budak sekolah rendah, belum akil baligh
terima bulat2 apa yang dicakap… lari balik rumah berpeluh2 nak bagi tau mama dia 😆
Kak Jie pun dipanggil mama…. kalau ada pendapat janganlah dibincang dgn murid sekolah rendah
dia balik sekolah je..teruslah cakap apa yang ustaz dia cakap
tak ke pengsan mak bapa yang dah bertahun2 sejak lagi dipanggil “mama”
LOL. lawak banget la ni kak.
Si Wani tu yang mengadu…dia call mama dia cakap ‘adik dah tak leh panggil mama, mama lagi..ustaz cakap tak boleh’
kang pengsan kita dibuatnya
bab qalbu dan kalbu tu pun ada gak baca isunya – tentang huruf ‘kaf’ dan ‘qaf’
tentang terjemahan hati, jantung dan anjing…tu letak isu saja nak suruh org p cari info
tengok depa perasan ke tak
besalah kak jie..hehehe..ada mcm2 dlm kepala nk tulis tapi malas…
baguih cek ni….nampak benda kecik tu
😆 😆 😆 😆 😆 😆 😆
aiseh ustaz ni pun.. mende mudah dah disusahkan…
bukanke semuanya bergantung pada hati, pada niat…
sepatutnya islam agama yang mudah, tapi diserabutkan dengan benda2 yang remeh.
teringat lawak bapak saya dengan cucu dia
anak buah saya panggil mak dia dengan panggilan ibu
bapak saya melawak dengan dia,
“isk, ibu tu kan utk ibu kambing…”
melalakla budak tu!!! 😆
memang LULZ untuk pagi jumaat. Mana punya ilmu encik serbanis tu pakai? atau dia nak dogmakan untuk tukar dari mama ke ummi? Baru islamik. Baru la tak ada illuminati. Baru la takde masonic. LULZ!!
x boleh panggil mama?tak pernah terdengar pula..anak saya panggil wifey mama…i love that panggilan…
kadang2 ustaz2 ni suka buat tafsiran sendiri atas sebab diri dah bergelar ustaz.
terasa saya coz nama saya marlia..so kalau anak pgl mama..mama marlia@mama lia, dah deka ngan mamalia dh tu.. 😛
ish tak pernah dengar pun benda mcm ni sebelum ni..ng kata tgh peyed, tp ustaz..hmmmm 😆
apa2 jer lah ustaz oi
rasanya ustaz tu buat lawak kot.hehehe
anak saya panggil wife saya mama.
saya da baca kat internet pasal tak boleh guna perkataan salam tu. menyusahkan betul la orang camni.internet kalau disalahguna jadi camni la.
Boleh. titik!
Lorrr… Berkurun2 penggunaan mama, baru sekarang kata x boleh.. Kalau ustaz ismail kamus kata xblh barulah caya, kalo ustaz lain kata tu, ermm.. ssh nak caye..he3
saya panggil emak je…
Pelik la Cikgu ni..org Arab pun panggil mak dia mama.. Nak kata dia guna English, mamalia in English mammals. Hemm..
Ish… terkejut kita !
Mujur tak pengsan kat sini!
Kalau anak kita panggil mummy atau ama, pun tak salah, asal niatnya bermaksud ibu. Anak-anak Tie tu panggil ikut mood. Kekadang panggil maaaa…. je, dan kalau nak bodek, panggil mummy.terutama Wanie tu.
Mengapa nak panggil ummi?
APa kata pggl amma?
Minda kecil melihat benda kecil.
Saya pakai baju melayu, seluar slack, t shirt, makan nasi lemak, dan cakap melayu. Absyar panggil emak dia ibu.
Pengsan juga!
Mamalia? Biar betul Ustaz tu? 😮 gila ka apa?
oh gitew…
kenan tukar lah ni… kena panggil ummi.. heheheh
HAHAHAHAHA lawak pulak 😆 😆 sampai xtau nk komen 😆
gelak guling2…
Pondok manalah ustaz tu belajar cuma kekadang ahli tasauf ada padangan yg lebih ketat lagi.
Tak de la nampak apa kesalahannya memanggil ‘mama’ tu. Mungkin itu pendapat peribadi yang boleh meracuni fikiran anak2. Semua itu bergantung pada niat kan.., kalau untuk memanggil ibu dengan panggilan manja.. apa salahnya
Tapi my own, suka memanggil dengan perkataan berciri kemelayuan,
macam ibu atau mak ke….
sama lah macam hari tu kecoh kata tak boleh guna ‘salam’. padahal memang lafaz salam tu dari perkataan ‘salam’, in fact its one of the 99 nama Allah. kenapa lah orang suka nak menyusahkan benda mudah?
Hah?? Mamalia 😆 memang lawak antarabangsa dari beliau.
Senario lain: Dr Maza dlm artikel dia cakap BM telah tafsirkan qalbu dengan salah.. Kata dia Qalbu adalah jantung… BI translate dengan betul qalbu=heart. Wallahualam…tetiba teringat artikel ni hehe.