Jiran Sepakat Membawa Berkat
Peribadi

Jiran Sepakat Membawa Berkat

Hampir sebulan Encik Pajero tersadai di bawah pokok ceri tak boleh nak hidupkan engin. Saya bercadang nak  masukkan dalam garaj – kesian dia , hari-hari ditaburi daun kering dan bertempek tahi burung.

Saya dah cuba nak guna jumper cable tapi kudrat tak cukup power nak buka penyepit.  :lol:

Petang Ahad adik ipar saya datang, saya minta dia tolong.  Sekali cuba je dah boleh hidup.  Lega, maksudnya tak adalah major problem.  Pada tanggapan saya masalah bateri saja.

Sebelum masuk dalam garaj, saya  cadang nak bawa Encik Pajero pusing² taman – baru gerak 50 meter saya tekan brek terus mati!

Betul² di tengah simpang.

Kemudian jiran tepi keluar, jiran depan keluar, jiran jauh pun datang – dengan isteri masing².

Sementara para suami mengodek kereta, isteri² bergossip bertanya khabar.

Jadi perhimpunan jiran tetangga di petang hari minggu.  Yang lalu lalang berhenti menoleh.  Tool box pun dibawa sekali.

Akhirnya masalah pun dapat dikenal puncanya.  Bukan masalah bateri tetapi ‘tali pinggang’ yang dah putus terbelit² dalam.

Katanya, kalau bateri, sekali dah hidup dah tak ada masalah lagi.

Untuk sementara dipasang juga supaya kereta dapat hidupm dapat  gerak balik ke rumah dan cukup untuk saya bawa ke workshop nanti.

Petang esoknya  saya  selamat memandu 3.5KM  bawa kereta ke workshop tukar fan belt baru dengan kos RM29.00 ( termasuk upah RM10.00)

Malamnya Along call ” mama, kereta rosak ke semalam?”

“Mana tau…?”

“Semalam kawan Along telefon cakap dia nampak kereta kita rosak kat simpang”

Bukan saja jiran² yang prihatin , malah kawan² anak saya pun ambil tahu.  Bangga dengan anak muda seperti ini.

Jiran saya yang baiki kereta semalam tu memang kawan baik suami.  Pernah suami SMS dia minta tolong tengokkan paip air di rumah kami yang disyaki bocor .

Masa tu juga dia call suami di Algeria.  Saya pun tak pernah buat panggilan telefon ke Algeria… kami hanya bersembang  melalui YM Video Call saja ( tapi sekarang, dah hampir seminggu tak bertemu ditalian, internet di sana ada masalah)

Kalau setakat jiran tolong potong pokok bunga kertas sebatang tu bukan isu besar le kan….kan.. tak perlulah nak kesian sebab malas. Persekitaran kejiranan kami memang mempunyai hubungan yang akrab.   Tolong menolong amalan mulia.  Ibadat bukan semata-mata sembahyang, puasa, zakat atau haji sahaja.

Gambar ikhsan Yuana ( biras )

©kujie –  ada yang tanya kenapa kereta saya rosak dalam entri Masin Mulut….sebab tu yg keluarkan cerita lengkap ni.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

36 thoughts on “Jiran Sepakat Membawa Berkat

  1. silap saya, mana kenai benda2 tu..hehe
    semlm cik abg tu baru dpt online, dia baca entri ni dia betulkan

    sy edit je..tak perasan pun bapa punya pomen datang..haha

  2. mula mula saya memang tulis timing belt…hehe
    dia tak silap, sy yg silap
    lepas tu semalam cik abang baca entri ni dia betulkan

    kehkeh…saya mana le tau ape benda.tau bawa je 😆

  3. selalunya mereka yg boleh jadi jiran yg berkualiti bila kebykan mereka terdiri dr surirmh ataupun punya masa yg banyak di rmh.

    bagi saya yg bekerja shift, masih ada had utk berjiran.

    apa2pun mmg best bila jiran2 dan kita saling kenal mengenali.
    Jom terjah post menarik dari Langkah Minda Positif ..Antara Syukur Dan Tidak BersyukurMy Profile

  4. jiran dua2 belah rumah saya cina, 😉

    eh tukar timing belt kos nya RM29 jeke? lain tak rosak ke
    biasanya kalau timing belt putus, problem lain banyak

  5. Assalamualaikum,
    Meriahnya jiran tetangga macam tu. Dulu-dulu saya pun ramah tamah juga dengan jiran tetangga, ada 2-3 peristiwa buatkan saya perlu hadkan keramahan dengan jiran-jiran. Cuba elakkan musibah. Apapun, tabik spring dengan jiran2 kak Jie…memang seronok kalau tinggal di kawasan macam tu
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Dah Kena Senarai Hitam EkMy Profile

  6. Seronok kalau ada jiran-jiran yang sebegitu kan? Sesetengah tempat tu, ada yang tak ambik kisah pun dengan hal sekeliling, masing-masing buat hal sendiri je…

  7. kita kalau baik n ramah ngan orang lain, orang lain akan bersikap sama seperti kita…. kalau buat sombong, buat derk macam badak susah la sikit….

    tu dia aih!! besaq gedabak haaa kereta kak jie…. ish ish ish….kereta saya kecikkkk ja. hehe

  8. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing…
    nasib jiran akak dari kg orang asli sebelah tu pun tak datang tolong, kalau tak dia orang angkat je pajero tu.hehe… 🙂

  9. untung kak jie…
    dah lar ddk dgn jiran-jiran yang baik..
    dapat lagi keta baru ..
    dah ke mana aja keta baru kak jie? :mrgreen:

  10. Best kalo dapat jiran yang memahami isi hati kita… TAPI ada gak jiran yang tak memahami langsung huhu 🙁 terutamanya dari…err taknak cakaplah
    Jom terjah post menarik dari aimannajmy ..Blogger Yang KecewaMy Profile

  11. hidup dalam masyarakt yang tolong menolong ni seronok, kat taman sy ni bulan lepas ada jiran buat kerja kahwin, kami sama2 gotong royong, memang seronok dpt kenal jiran2
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Hari ini dan semalamMy Profile

Comments are closed.