Bila Kali Terakhir Terima Surat Peribadi
Peribadi

Bila Kali Terakhir Terima Surat Peribadi

Hari Sabtu – walau tak bekerja, masih seronok untuk luangkan masa mengemas rumah lebih dari hari biasa. Mungkin sebab hari² biasa pun saya sibuk macam budak tadika, kelas dari 9-11 pagi.

Semua surat cinta yang dikumpul tiap bukan dibuka, ditebung lubang untuk difailkan. Susun sana susun ini macam kerana kat pejabat saya mula terfikir – bila kali terakhir mendapat surat peribadi.

Kehadapan kekandaku yang dirindui dan diingati selalu. Adinda kirimkan warkah ini tanda ingatan semoga kekanda yang jauh di sana sentiasa sejahtera di rahmati Allah hendaknya….

Tiap bulan  terdapat beberapa surat rindu di dalam kotak surat

  • 3 surat cinta dari bank ( akaun semasa ) – Eon Bank, RHB Bank,Maybank
  • 2 surat cinta penyata kad kredit – Bank Islam dan Hong Leong Bank
  • Celcom, Tm , Astro , Tenaga Nasional dan Syabas
  • KWSP
  • 6 bulan sekali surat cukai dari Majlis Daerah
  • Kalau terlewat bayar hutang rumah dapatlah surat dari Citibank, Maybank  & Bank Muamalat
  • Beberapa surat tahunan seperti insuran kereta, rumah , public mutual, ASB & ASN.

Semua surat berkisah dengan duit!  Materialistik sungguh!

Semua surat bercetak komputer – susah nak jumpa surat bertulisan tangan. Dah hilang seni tulisan tangan.  Surat terakhir yang saya tulis dan terima rasanya sudah melebihi 20 tahun dulu.

Macam mana nak dapat surat kalau kita sendiri pun tak menulis, kan? :lol: Lagi pun  tak perlu menulis surat kalau ada teknologi lagi pantas dan mudah.  Nak tahu apa² perkembangan kawan², belayar dalam talian jengok saja facebook atau blog masing².

©kujie – Intan ajak pergi kedai gambar, nak cuci gambar.  Kawan-kawan di sekolah masing² bertukar gambar untuk kenangan. Semua gambar dalam komputer.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

19 thoughts on “Bila Kali Terakhir Terima Surat Peribadi

  1. kepada kekanda yang dirindui, bil untuk kekanda bulan ini berjumlah RM sekian sekian…tak perlu balas surat ni kekanda, cukuplah sekadar membalasnya dengan RM sekian-sekian sebagai tanda kekanda juga merindui dinda… 😆

    pernah tullis surat cintan cintun…taruk bedak nak bagi wangi… 😳

  2. Dulu lain, sekarang lain. Dulu bujang sekarang dah beranak pinak…hahaha…jangan marah kak, nanti cepat tua…
    Jom terjah post menarik dari pemerhatidunia ..Cinta Dan WaktuMy Profile

  3. Kak long masih selalu dapat surat peribadi dari pelajar yang bertanya khabar, tapi melalui email ajelah. Nak jumpa yang bertulisan tangan tu, rasanya dah lama tak dapat. Dalam kes Kujie, kalau sekarang ni Kujie tulis surat cinta bertulisan tangan, tentu cerita tu dah basi bila sampai ke Algeria sebab tak sempat pergi pejabat pos dah boleh buat bersua muka dalam internet. 😛
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Puisi Cinta pada 1111My Profile

  4. Surat tulisan tangan, bertahun gak tak dapat, dan skangni, kalau tulis surat pun guna komputer gak, kalau nak nampak informal sket, tukar font yang pepelik sket. 😀 nak menulis pun kekadang kekok, stakat tandatangan jer lancar… huhuhu
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Pakej hosting bersama domain percumaMy Profile

  5. Dah… Kak Jie bayar online. Mesti bayar dgn cepat, kalau tidak kesian majlis daerah kami dapat penyapu lagi…. 😆

Comments are closed.