Pemilik Blog Ini Wanita Bukan Gadis
Peribadi

Pemilik Blog Ini Wanita Bukan Gadis

Dia mungkin tak cukup gedik – nickname tak gambarkan ciri² DNA feminin tetapi percayalah tuan blog ini berkromosom XY.


Dalam minggu ini saya terima banyak email mengenai kes semak saman trafik dengan pendahuluan kata

” Salam Bro….. “

Mungkin mereka baca entri Dapat 24 saman dengan jumlah RM 4700.00 dan terus anggap hanya lelaki saja yang ‘kaki rempit’.  Normalkan kalau lelaki yang selalu dapat saman trafik.  Pembaca mungkin tak sempat nak check Biodata pemilik blog .

p/s… ada orang copy paste entri tu… direct segala internal backlink pun diangkutnya – lain kali kalau nak copy paste , baca entri saya yang ni dulu – Kalau Nak Copy Paste, Buatlah Secara Bijak )

Perbezaan antara lelaki dan wanita bukan saja telah didokumenkan hasil dari pelbagai ujikaji tetapi sering juga menjadi bahan lawak jenaka dan ejekan sesama sendiri. Perbezaan itu meliputi struktur otak masing² juga cara mereka bertindakbalas terhadap peristiwa dan rangsangan.

1. Saiz otak. Biasanya, otak laki-laki adalah 11-12% lebih besar dari otak perempuan. Perbezaan saiz sama sekali tidak ada hubungannya dengan kecerdasan, kerana memang bentuk fizikal tubuh lelaki yang lebih besar.

2. Hubungan – Perempuan cenderung untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan daripada lelaki, bekerja berkumpulan, lebih banyak menggunakan isyarat non-verbal seperti nada, emosi, dan empati sedangkan lelaki lebih berorientasikan tugas, tidak banyak bercakap dan suka menyendiri. Lelaki lebih sukar memahami emosi.

3. Reaksi terhadap stres. Lelaki bersifat suka “melawan atau lari” dari ransangan terhadap stres sementara peempuan menyelesaikan masalah stres dengan strategi “cenderung dan berteman” (tend and befriend) Bila seorang perempuan itu stres, dia boleh mengurus diri sendiri dan anak-anak atau rakan-rakan (cenderung) dan membentuk ikatan kelompok yang kuat (berteman).

Perbezaan ini tidak boleh memporak perandakan dunia. Perbezaan ini berlaku untuk menyeimbangkan fungsi lelaki dan perempuan di dalam keharmonian dunia.

sumber image : 9gag.com

©kujie – hilang deria di twitter!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Pemilik Blog Ini Wanita Bukan Gadis

  1. tak boleh..ni mcm rahsia pihak tertinggi
    kak jie tau pun selepas kawan2 geek buat siasatan menyeluruh

    kesilapan dia satu je..dia ada akaun nuffnang! heh! :mrgreen:

  2. ada sorang blogger fofuler – dia gurl tapi nak nampak macho, boleh guna bahasa 18SG dia create identiti sebagai laki….

  3. dulu denaihati tu kak jie ingat dia perempuan..hehe
    theme juga main peranan sebenarnya…. theme kak jie tak nampak ‘keayuan’ seorang wanita 😆

  4. Otak perempuan ni sememangnya agak berseni dari lelaki ni.
    p/s: kes lelaki nak jadi pompuan, yang pompuan nak jadi lelaki macam mana pulak?

  5. saya copy guna mata jela…paste dalam hati dan ingatan…
    tapi yang blogger mengaku gurl tu tak ok…laki buat la laki..ish2…

  6. hoho..bahaya2..
    copy paste ni memang la..
    tapi kan..macam saya dulu blurr jugak yang yanmieonline.com tu perempuan ke lelaki..haha
    nasib dah tau yg tuan punya wanita..

  7. lucu lah masalah berbangkit kak jie nih.. siap kene confirm kan kromosom..hahaha..

    lpas nih mungkin akak boleh pertimbangkan untuk letak gambar akak kat banner 😉

  8. Bukan… spamlog, black seo Kak Jie tau..
    ada banyak lagi..contoh dari toolbar.blinkx.com , dogpile.com , start.facemoods.com, search.mywebsearch.com

    Kak Jie boleh bezakan backlink tersebut.

    Ini bukan kes PERMALINK , ini kes internal backlink dalam entri Kak Jie, dia copy paste…….jadi internal backlink tu ada kat blog dia.

    yang ni blog personal…. blogspot.

  9. hahahah kokye pun baca smpi habis, copy pasta yg tak sihat.. btw info tu terbaik ah! br tahu lelaki rupenya suka escape dr pk2 masalah ni cis.. haha

  10. Salam. Kakjie, saya ada google pasal entry tu. Rasanya tu semua guna Black SEO. Even kalau saya tekan, die hanya akan refresh page tu je, bukan redirect ke page kakjie. Berlainan pulak dgn Ping site, kita tekan link tu, redirect ke blog kita.

    masroy.net , zeuder.co.cc , htphotocopier-machine.com

  11. eiela tau pemilik blog nih wanita berdasarkan hidup biar sedap tuh. tapi ada jugak blog namanya sekamar rindu rupanya pemiliknya lelaki, yang nih eiela pun tertipu. perbezaan lelaki dan perempuan memang banyak.

  12. eh…itu bukan tujuan kak jie buat blog
    sesiap boleh copy paste… tak ada larangan
    tak bagi kredit pun tak apa…

    tetapi ada caranya

    blog ini ada plugin SEO Smart Links… ada beberapa keyword berkaitan akan jadi internal backlink. Kalau copy direct…internal backlink tu juga akan dicopy paste.

    ada cara bijak utk copy tanpa angkut segala internal backlink….. kebaikannya bukan untuk kak jie

    kebaikan utk tuan yg copy tu…jgn terkanoti dgn kawan2 yg lain

    sebab kak jie pernah tgok… ada org tu copy paste, ada internal backlink satu keyword…kawan2 dia baca entri tu…siap komen…” ni copy paste ni”

    kan malu………..bukan kak jie yg rugi…dia yg tercalar kreadibiliti.

  13. memulo dolu pong saya ingat empunya blog ini lelaki!hehehehehe
    *klakar laa gambor tu kak kujie!*

  14. salam…

    Jika dulu lebih mudah utk melihat perbezaan berdasarkan fakta ini tapi hari ini semakin banyak yang kita lihat apa yg berlaku seakan berlawanan dgn fakta tersebut…mcm terbalik pulak.

  15. Main copy paste tu lah yang boleh nak kena saman ni.
    Cuba fahamkan ayat dalam cebisan paper tu, tapi sampai sekarang blur lagi..haha

Comments are closed.