Jadual Mak Dan Ujikaji Anak
Peribadi

Jadual Mak Dan Ujikaji Anak

Cuti sekolah, ingat bolehlah update blog dengan lebih kencang……….tak juga! Malah makin tenggelam timbul adanya.

Cuti tak cuti tak ada beza pun sebenarnya..erk…tipu! Ada juga – kat rumah ada mak dengan anak saudara. Angah pun ada bawah ketiak ni. Sikit² mamamama…. sikit² mamamama….

Bezanya – kat rumah saya TV1 menjadi channel TV paling hot. Ialah..itu kan channel TV pilihan mak. Terpaksalah kita orang mengalah.

Yang tak berbeza – saya masih ada kelas setiap jam 9-11 pagi Isnin hingga Jumaat. Kelas orang dewasa tak ada cuti sekolah.

Untuk 3 minggu ini, Intan juga masih ke sekolah. Tradisi sekolah dia, murid Tahun 5 yang akan menduduki Tahun 6 ( tahun depan ) ada kelas tambahan di sekolah setiap Isnin – Jumaat dari jam 8-12.15 tenghari. Kelas tambahan anjuran pihak PIBG sekolah dengan bayaran RM 40 untuk 3 minggu , 4 jam sehari.

Kalau duduk kat rumah pun, hanya rajin berkebun di facebook saja, baik pergi tusyen.

Rutin saya masih sama – ke sekolah dan ke kelas .

**************************************************

Hari ini saya nak tanya pendapat pembaca di sini…. ini teori Angah. Dia bagi tahu ini ujikaji yang dia buat berulang kali dan inilah jawapan yang boleh disimpulkan.

Minum air dengan cara meneguk lebih puas dan boleh menghilangkan dahaga berbanding jika menggunakan straw. Kalau kita minum dengan straw – sekali sedut, dua kali sedut…. masih tak puas² tetapi kalau kita teguk terus – sekali saja terus rasa puas walaupun menggunakan kuantiti air yang sama.

Budak tu minum air pun nak dibuat ujikaji… hehehe

Jadi pada pembaca yang bijaksana – apakata selepas ini tolong sahkan ‘penemuan terhebat abad ini’ . Atau perlukah kita jemput Adam Savage dari MythBusters untuk buat ujikaji ni. Kalau Adam Savage tak nak, Grant Imahara pun boleh kot!

rindunya dengan dia orang semua ni………..nak peluk ketat²

©kujie – esok nak ke Bangi. Hari Ahad, kakak ipar saya buat ‘majlis sambut menantu’ .

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

35 thoughts on “Jadual Mak Dan Ujikaji Anak

  1. minum air dgn meneguk awet muda berbanding minum dgn straw. sebab minum dgn cara meneguk akan membuat otot2 sekitar muka berfungsi berbanding menggunakan straw.

    tapiii segan juga nak minum air buah kat kedai mkn dgn cara meneguk. hihiii…

  2. apa kata buat eksperimen ni…terjun kolam renang, nganga mulut, sah puas!! sampai bulat perut…wakaka (idea mat sentul) 😆

  3. yep. saya juga setuju dgn teori yg angah bagi. teguk lagi puas berbanding guna straw. pandai angah buat kesimpulan ye. x terpikir plak. tp slalu je perasan bende mcm ni.

  4. Salam…terimakasih kerana sudi membaca

    Angah tu banyak benda yang nak ditanya..nak dibincang…kalau memandu dgn dia..sedar tak sedar dah sampai 😆

  5. dua tahun saya ajar sains form 4, tapi tak boleh bagi jawapan..

    jawapan saya, minumlah air suam, baru puas, air sejuk memang tak puas(org² lama cakap, tapi memang betul..hehe)

    bangi seksyen berapa k.jie?

  6. he he he…. budak tu cari bahan nak berbual
    dia memang ada saja benda nak disembangkan
    nak2 kalau kita dok menaip….dia dok kat sebelah
    dok pok pek pok pek…dgn teori dgn analisis
    bila kita tak bagi perhatian..dia kata..

    ‘mama ni………..guna satu deria je…deria yg lain dah katup ke?”

    hahaha 😆

  7. Saya sahkan teori ini memang betul. Sekalu tegur, masuk dengan kuantiti banyak berbanding guna straw.

    Lagipun, guna straw perlukan tenaga sedut.. sedangkan kalau teguk, nganga mulut dan air meluncur laju..

    Boleh lah patenkan penemuan ini.. 🙂

  8. ye betul tu k.jie..meneguk cara paling puas sekali bila minum air apa sekalipun.. 😛

    rasanya yang bertiga tu k.jie dah dapat peluk ketat2..cuma menunggu yang berkumis tu je kan… 😛

  9. sebenarnya minum dengan timba lagi berkesan.. sekali “rawww”, curah dalam mulut dengan muka-muka sekali dapat minum..

    hahhahaha

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

Comments are closed.