Sesiapa tahu lokasi ini?
Saya suka balik kampung… mesti ada berbagai projek baru dengan mak. Tiap kali balik, ada saja benda baru dan belajar subjek kemahiran hidup dengan mak. Dulu kami buat opak.
Sebelum tidur – kami – ye kami anak menantu dan cucu mak bertukang di dapur riuh rendah. Sangat enjoy – ada yang kupas bawang, ada yang kupas ubi , parut kelapa….dan sebelum tidur siap satu menu – Kuih Lapis Pisang Mas. Ini cubaan pertama mencuba resepi baru.
Macam kuih lapis biasa tetapi dilapis dengan pisang mas di potong bulat.
Pagi tadi , goreng pisang berempah. Pisang mentah dipotong kiub, digaul dengan bumbu ( bilis, jintan manis, bawang putih, bawang merah, garam dan tepung )
Sebelum tidur dah kupas ubi ( ubi tahun ) dan direndam. Pagi tadi rebus dan di ketuk dalam lesung. Namanya Ghetuk-ghetuk. Kalau dibulat² dan goreng, namanya Isabela.
Kemudia buat kerabu – pegaga, selom , ulam raja dan cekur.
Siap projek bersama mertua – emak ambil bahagian untuk pertandingan masakan berasaskan ubi dan pisang. Program muslimah di kampung hari ini.
p/s – entri ini saja menunjuk² khas buat budak pandai masak, muke separa hemsem, cume girlfren jer takde lagi – a mere boy
Mak dapat 2 hadiah untuk 2 kategori.
©kujie – tiap kali bersalam nak balik semula, mak mesti ucap “terimakasih kerana balik”
meleleh ayaq liuq saya…mmg rajin betul mak mertua ngn menantunya ni…hehe
gambar jalan tu kat kalau lalu dari Tasik Puteri nak ke Kota Puteri..sebelah kanan dia kolam memancing ikan…redup je
lapis tu senang je – tepung, santan lapis2 je dgn pisang..diubahsuai hehehe
resepi org kita ni… tak de sukatan2
ikut sesedap rasa je…tu kena ada kemahiran deria ke 6 😆
buat sendiri je…senang
pisang dgn ubi kayu kan benda2 biasa kita jumpa kat pasar
erk…kat sana ada tak anis?
itulah salah satu cara mak bersosial di kampung 😆
betul ni..mudah sgt
selalu pisang mentah tu kita goreng bergaram je lan
kali ni cuba tumbuk bumbu – bilis, bawang putih lebih dari bawang merah, jintan manis dan garam…gaul2 dgn tepung gandung sikit…goreng
makan panas2…memang sedap
itulah… moden sgt namanya…
kepal2 ubi yg direbus, ditumbuk tu , digoreng 😆
yuuppp..betul
antara Tasik Puteri dengan Kota Puteri 😆
SEDAPNYA…BAGI SATU BOLEH HEHE..
Tertarik dengan pisang berempah tu, kat kebun banyak pisang, daripada asyik2 buat pisang goreng, lepas raya ni nak buat ala kak kujie ni pula… ty sis, u gimme inspirations to be more creative in food :p
rajinnya mak mertua kakjie join pertandingan.. mak saya dah lama tak join benda2 macam ni..
semua nama kuih tak pernah dengar.. dan, yang paling unik (pada saya) ialah.. kuih isabela.
teringin benar nak rasa kuih isabela. adakah seindah namanya..?
mesti emak berbesar hati tgk kak jie balik…tu yg ucap terima kasih tu…
wahh baik bebenor ngan mak mertua..bagus tu..hehe
beruntungnya kak jie ade mak mertua lagi.. 🙂
saya bermanja dengan mak bonda sendiri ajela..punnn anaknye ini tak reti2 masak..huhu!
semua benda kt atas tu xpenah mkn lagi…teringin nyaaa nk makannnn!!
pisang goreng berempah ? tak pernah rasapun..hmmm blh try ni..cam sedap je..
kak jie, first time tengok kuih tu .. nampak cam sedap .. saya ni mmg tak boleh tengok kuih tradisonal ni .. suka makan .. lagi satu gambar jalan tu mcm kat batang kali pun ada ..
gambar jalan yang lalu kota puteri tu ke kak jie? had belakang2 tu ek?
uwaaaaaaa nak balik kg jugak!! 😥 😥 😥 😥
raya haji berdua jek kat sungai buaya… dah rupa macam orang takde keluarga… 🙁 🙁 🙁 🙁 🙁
Baiknya mak cakap terima kasih setiap kali balik kampung.
part terima kasih tu yang menyentap jiwa
kak jie sebelah pisang berempah tu ada kertas…tuh hardcopy resepi ker>? 😆
hahaha. untuk budak separa hensem, pascaSPM? hehe. adoi
lagi satu…tang nama isabella tu kelakar la…tak mencerminkan kuih melayu la..tukar nama jie2 boleh kot.
hu hu hu…best nya…kalau nampak makanan malaysia…lepas makan pun rasa lapar balik.
naper buat 4 lapis…buat la 10 baru tinggi sket …but seriusly kena try ni ..nampak macam best ….lapa lak rasanye ///lapar macam mana …..lapar gilerr!!
wah muhibahnya kampung tu buat pertandingan masakan..kueh lapis tu memang sedap! pergh teringat kemanisannya…dah lama tak makan…
makan2.. tengok pun dah terliur ni
arghhh!! trifles samanosuke dibalas dengan 4 resepi maut kakjie.. tepakse mengaku kalah.. zzzz.. hahahaha
(nanti kite ade mak mertua, tgk rr nanti.. hahahha, senyum lebar bile bace entri nie.. heheh)
masuk pertandingan ke?,,nampak sedap tu..hmm
yang goreng pisang berempah tu macam sedap jer… 1st time dengar nama juadah ni…kecur liur sat..:)
nak skit..huuhuhu
untung mil dapat menantu mcm kamu..
bestnya dapat masakan orang lama mcm mil kamu.
apa nak buat arwah mil dah tak ada.alfatihah
Bila sebut opak tu teringat time kecik dulu.. Suka betul kunyah sambil tengok tv.
Seronoknya dapat proses ubi, pisang dan segala yang ada. Tie selalu bawa balik keledek dan pisang dari klate. Ubi, suami yang tanam, Tie suka buat bingka,lepat atau goreng berempah.
teringat dulu, ada satu pasar malam jual kuih lapis kacang hijau…sedap….tapi, sejak dia dah tak der, xder sape nak sambung jualan tu…sebab x pandai buat kuih tu teringat2 je la rasa dia..:( tengok kuih lapis mama tu, teringat pulak..
tengok gambar kuih lapis kat atas tu dah rasa terliur…mesti sedap 🙂