Assalamualaikum – salam hujung minggu.
Saya selamat kembali – semalam balik kampung mertua. Selepas memandu 2 jam, singgah shopping kat Sungai Besar dan teruskan lagi 30 minit, akhirnya sampai di depan pintu rumah mak.
Mak tengah masak ‘sambal tahun’ kerang. Kemudian mak goreng udang – udang yang mak beli dengan nelayan , masih segar masih hidup.
” Nurul pun cakap nak balik hari ni” ucap mak .
“Tak update facebook pun cakap nak balik” ulas saya tanpa sedar.
“Facebook tu apa?” soal mak balik…
“Tempat anak menantu dan cucu mak luang masa …”
ha ha ha….kita satu sekolah
tapi untuk abang atau pak uda tak pernah pun cuba untuk ber YM atau add kat face book…kan kan kan….abg @pak uda tu tak baik kot.
Kalau ke Sungai Besar rugi kalau tak beli kain batik. kain ela dan kain tudung sebab kat sana memang murah. Dulu keluarga saya tinggal di Sungai Besar selama 5 tahun dan saya bersekolah di SMK Sg. Besar
cakap facebook memang la dia tak tahu, cuba cakap FB..
huhu dah lama tak update FB, hanya baca komen dan reply itu je
awat tak ajak mak mertua join facebook sekali, lagi up to date.
belum sampai dah boleh tau mak masak apa.
oye~~ jgn lupe..cepat2 updates gmbr terkini… 😀
banyak share gambar dan note di facebook secara privacy dgn orang tertentu saja…jarang utk public
contoh…share gambar dgn suami dan anak-anak..hanya mereka yang diinvite, orang lain hide
itu salah satu cara kita mengawal facebook – bukan diri hanyut di situ 😆
nak create akain fb mak..hehe 😆
try usha facebook saya..cari benda buruk kat situ 😆
hehe..yer ke?luang masa kat fb je?hehe..apa kebaikan dia ek?
nurul updated lepas balik kmpong…
hehehe~~
nampak gaya cm nak watkan mak ac FB gak ni kak jie 😉
Tapi ada bahayanya kalau beritahu di facebook,senang kerja penjenayah nak kesan kita tiada di rumah ke tidak
Macam dah jadi budaya kan..Keluar shopping bagitau kat fesbuk..
Kerja hari ahad bagi tau kat fesbuk..Nak balik kampung,nak kawin,baru couple,baru putus cinta etc
Semua nak dipublishkan kat fesbuk..
Macam mana agaknya kalau fesbuk down untuk satu hari nanti ye ❓
Selamat menyambut Hari Raya Haji.
facebook ah jadi 1 tempat untuk memberitahu setiap perkambangan dan perbuatan kita…
tp berhati2 jugak dalam update status.amal 1o perkara yang perlu d jauhi seperti yg pernah yahoo.com kongsi dulu…
hee…
keh keh keh keh.. 😆 😆 😆 takkan la semua nak kena update kat Fecabook..perlu juga reserve untuk diri sendiri..kalau semua update kat Facebook, rasa macam ‘telanjang’..
Sedapnya udang goreng..:-9