Sejahat jahat teman yang memaksa engkau bermuka muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu memcari alasan – Ali bin Abi Thalib r.a
Bersahabat dengan yang lebih rendah budi, iman itu sangat bahaya sebab persahabatan itu pengaruh mempengaruhi, percaya mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat atau memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dan dosa kekeliruan itu yang dengan itu kami pasti akan binasa kerananya.
Sedang seorang tidak dapat memperbaiki diri sendiri, kecuali dengan kacamata orang lain, tetapi jika justeru kacamata orang lain itu pula mengabui kita, maka bahayalah yang pasti menimpa pada kita.
Kongsi apa yang dibaca dalam bab 53 ( Terjemahan Al- Hikam ) Syaikh Ibnu Atho’illah.
p/s – kalau kita faham kedudukan ini, jangalah keluar entri lagi bab menpertikaikan kenapa orang tak nak kawan dengan kita. Dia yang kita harapkan itu mungkin memilih bukan kita.
©kujie – perlukan cermin bukan ajaib.
tazkirah yg baik.. lau org tak nak kawan dgn kita, de la sebab tu.. lau tak puas hati gak, pergi la tanya, tapi jgn kecewa dan marah dgn org tu cukuplah..
peringatan yang penting juga
walaupun ringkas..
Terima kasih kak Jie ! 🙂 Suka yang ini .
kawan ibarat minyak wangi dan tukang besi gitew..
kalau kawan itu pakai minyak wangi, kita juga dapat harumnya..
kalau berkawan dgn tukang besi, maka bahangnya akan tempias kpd kita juga..
hahahha
berkawan dengan penjual minyak wangi..bau wangi sampai tak payah mandi..hee.. 😛
manusia kak, memang macam2 kan. kekadang mereka ni memilih. nk kawan dengan orang sandard2 je..tapi kita pun kena fahamlah, kalau orang dah tak sudi biarkan je..biarlah enggang sama enggang dan pipit sama pipit
ha..ha..ada jugak yang buat entri lawak cenggitu…orang xmau kawan udah la..xyah nak pikir2, saya sendiri pown mcm tu..masuk bagi salam..baca2 entri..kalu minat singgah la selalu, orang xmau kawan pown xper (x balas kunjungan)…tapi kita tetap datang kebelognya kalau ada sesuatu yang indah n sedap u disedut..jom seduttttttttt
yup betul. setuju.
orang kata berkawan biar beribu….tapi sahabat sedikit takper… kawan berbeza dengan sahabat….
saya plak kata… berkawan biarlah memilih, tapi jangan terlalu memilih, kelak tersalah pilih, hati pun pedih….
dan berkawanlah kerana Allah…itu sajer…
loike it.. 🙄
topik ringan macam ni bolehlah kongsi
yang berat kena direct face to face dgn guru
kena penerangan lebih terperinci utk faham
betul kita mesti pandai memilih kawan, kawan yang baik membawa kita ke arah kebaikan bukan ke lembah kehancuran.
Bak kata pujangga, andai berkawan dengan tukang minyak wangi, anda akan mendapat harumannya, dan sekiranya berkawan dengan tukang besi, mungkin akan terbakar pakaian atau terkena bau busuk.
cari kayu baik untuk dijadikan kerusi teguh
Mualana dan wali kebanyakan tinggal di pondok dan madrasah. Kebanyakan manusia hebat ini lebih suka tinggal dalam suasa agama yang terkawal kerana katanya iman mereka tidak cukup kuat untuk melawan godaan syaitan tetapi kita lebih suka menjauhkan tempat-tempat begini. Adakah iman kita lebih kuat dari maulana dan wali ini??
lama tak baca hikam.
teman berbagai ragam, jadi kita harus pandai untuk menyesuaikannya
Ramai sekarang berkawan online dan terjerumus dengan kes jenayah samada jenayah seks atau sebagainya. kan?
Tengok berita fasal facebook buat rasa ngeri saja. dan membaca blog kdg2 membolehkan kita mengenali seseorang juga, mungkin akan jadi satu trend untuk buat kawan baru dan kembangkan komuniti.
tazkirah yg baik, nice!
mmm… betul… kena pilih gak… takut kena kawan makan kawan…