Mengukir tawa dan kepedihan, semua mimpi yang kita perjuangkan
Peribadi

Mengukir tawa dan kepedihan, semua mimpi yang kita perjuangkan

Kisah kawan lagi….

Sewaktu balik ke kampung menyambut akhir Ramadan sebelum Syawal minggu lepas, saya sempatlah berjalan² di Pekan Selasa.  Di Kedah, Pasar Mingguan dikenali dengan berbagai-bagai nama seperti Pekan Nat, Pekan Sehari atau Pekan Sari dan diikuti nama hari pasar mingguan tersebut. Tempat saya ada Pekan Ahad dan Pekan Selasa.,

Pekan Nat lebih popular disebut. Perkataan Nat berasal dari bahasa Thai yang bererti ‘Janji’ atau ‘menetapkan hari’. Pekan pula bererti ‘bandar kecil’ tempat pertemuan. Jadi Pekan Nat boleh didefinasikan sebagai persetujuan untuk bertemu antara dua golongan iaitu penjual dan pembeli bagi menjalankan perniagaan. – sumber mykedah2.com

Tengah beli tulang dan daging untuk masak gulai umbut pisang, saya bertemu pandang seseorang. Eh… macam kenal! Tapi saya ni perempuan, tak kan menonong saja nak tegur orang. Akhirnya sidia menegur saya.

“awak Ku….”

Dia kawan sekolah rendah tahun 1974 hingga 1979 . Hampir 30 tahun dan dia boleh kenal saya? Kebiasaannya lelaki tak banyak berubah berbanding perempuan tetapi kawan sekolah rendah saya ini ada memori yang kuat kerana kami menjadi rakan sekolah sehingga tahun 1980 kemudian saya berpindah sekolah. Saya tak ramai kawan sekolah kerana kerap berpindah – 3 sekolah menengah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Dua hari selepas itu, saya terima satu sms dari seorang lagi kawan lama tetapi bukan kawan sekolah.

” maaf, saya tak ingat siapa ni” sms terus terang saya untuk dia.

” kita belajar trengkas sama-sama”

Saya agak mesti dia dapatkan nombor telefon dari kawan sekolah rendah tadi.  Pelik juga , bagaimana mereka saling kenal mengenal sedangkan saya kenal mereka dari dua keadaan dan tahun berbeza.

” kami kawan satu tempat kerja”

oh! dunia makin mengecut atau kita yang makin mengembang!

Saya ceritkan hal ini pada Angah…

” secret admirer mama dulu kot” suka ye nak usik mama!

Zaman saya sekolah dulu mana pandai ‘bercinta monyet’.  Sampai sekolah menengah pun amat jarang ada pelajar bercouple.  Hubungan persahabatan sangat tulus dan tiada dijangkiti anasir jahat yang memesongkan nafsu.

*************************

owh facebook – nak planning apa kalau sendiri lagi…huhuhu!

©kujie – terima berpuluh2 sms ucapan raya, terimakasih dan maaf ada yang tak save nombornya – saya bertukar telefon.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

28 thoughts on “Mengukir tawa dan kepedihan, semua mimpi yang kita perjuangkan

  1. a ah.. lagi-lagi dengan ada kemunculan facebook, kekadang tak sangka orang yang kita kenal ni pun rupanya ada dekat je..cuma tak perasan.. hehe

  2. kenangan lalu mengusik jiwa…
    biasalah tu..kadang2 terkejut juga masih ade yg kenal, padahal dah berbeza dah saiz badan..hehe.. 🙂

  3. Selamat hari raya…

    Kak Jie tak pernah cari kawan melalui fb , sorang pun tak pernah.

    terjumpa kawan lama adalah secara fizikal dan kejutan indah…hehehe

  4. slamat belated raya! ehe~

    dunia makin mengecil? haha
    tp bes la jumpa balik kwn2 lama
    ramai kot sy in touch balik dgn kwn2 time skolah rendah tru fb
    nasib baik ade fb; klo tak… mmg klo terjumpa mana2 tu, ada la hihihi~

  5. dunia nie mmg kecik jek kan kak?hehehe~
    tapi dekat fb tuh boleh menemukan semua kwn2 sya blik~
    itu menjadi dunia nie lebih kecik~hehehe :mrgreen:

  6. Andai mulut tersalah kata,perbuatan
    tidak desenangi,janji tidak terlaksana
    yang termakan dan terminum ,moga di maafkan
    dan dihalalkan..Selamat Hari Raya maaf
    zahir dan batin..

Comments are closed.