InsyaAllah – panjang umur saya akan selamat tiba di Butterworth jam 3 pagi 5hb Sept 2010. Saya balik ke Baling, berdua dengan Intan menaiki bas Transnational dari Hentian Duta. Semua tiket perjalanan ke Baling dah habis dan Butterworth adalah piliah selepas tiket ke Sungai Petani juga habis. Nasib baik adik saya akan menjemput di Butteworth.
Dari rumah saya bawa kereta dan simpan di Stesen Keretapi Rawang, teruskan perjalanan dengan KTM Komuter hingga ke Stesen Putra dan ambil teksi ke Hentian Duta.
Kenapa tinggalkan kereta di Rawang?
Saya akan balik semula dengan keretapi yang dijangka tiba jam 4.50 pagi 8hb Sept 2010. Tiada sesiapa yang akan menjemput kami balik ke rumah nanti. Balik semula bertiga dengan Angah. Along masih ada kelas sehingga Selasa.
Doakan segala perancangan dan perjalanan kami anak beranak dilindungi Allah ye kawan-kawan.
Kepada kawan-kawan yang akan mula bercuti – hati-hati di jalanraya. Sebelum keluar dari rumah, berdoalah dan sewaktu dalam perjalanan berzikirlah dan berselawat. Setelah berusaha dan merancang ( rehat yang cukup dan kenderaan yang disenggara baik ) , barulah tawakal dan berserah pada Allah.
p.s – rasa mcm entri ni terlalu pendek untuk tajuk sepanjang itu..
©kujie – jumpa lagi!
Baca tajuk entri ini membuatkan saya terkenang sajak Kekasih Usman Awang 😀
selamat hari raya kak jie.. moga selamat pi n balik… 🙂
selamat pulang bercuti hari raya kak jie. selamat hari raya, salah dan silap harap dimaafkan.
Peminat Dewa 19 jugak ke? Selamat Hari Raya…maaf kalau komen kekadang tak masuk chord
Hati2x kak dijalan.. selamat sampai ke tujuan.
selamat pulang bercuti kak jie.. saya balik penang raya ke4.. huhu.. bali ganu dulu tahun ni.. moga semuanya selamat ye..
Selamat berhari raya.. moga selamat sampai..
semoga selamat sampai dan pulang…. dan tak lupa selamat hari raya buat satu keluarga….
Kebiasaannya jika bertindih, disebabkan CSS yang digunakan tidak dikod dengan baik, cara penyelesaian, tukar kod CSS yang digunakan untuk elemen pada tajuk tersebut.
Baru dapat buka web kak jie, kalau ikut jadual perjalanan kak jie tuh, patutnya dah sampai aa ni… 🙂
berhati, berhati di jalan raya!!
raya nanti kat kolumpo jer la ye
dah sampai ke kujie? mesti keletihan dengan perjalanan yang panjang tu.
semoga nanti kembali dari sana juga selamat hendaknya dan segala urusan di permudahkan.
Rasanya kak jie dah selamat sampai.. insyaAllah
moga dipermudahkan kak jie..
P/s:silent reader udah lame
selamat hari raya kak jie….wargh…….!!aku jugak yang kerja lagi! 🙁
salam aidilfitri kak jie!
Moga selamat dalam perjalanan Jie.Selamat Hari Raya Eidul Fitri
semoga selamat sampai….
Semoga Allah permudahkan perjalanan pergi dan balik.
Banyak-banyak doakan kaum muslim, doa musafir mudah dimakbulkan 🙂
nak sampai dah ni…nanti boleh gi melawat…ada kat kedah gak ni…pokok sena..tau?
Semoga selamat sampai Kak jie~=)
Banyak transitnya tu kujie, harap komuter tak buat hal hehe.
Rasanya tak terlalu awal untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya. Semoga bertambah erat hubungan sesama keluarga. Kurangkan TV, banyakkan ziarah 🙂
yey,tak sabar nak balik kampung…tapi yang tak bestnya drive lama..letih sehh….
Selamat Hari Raya buat doktor…teruskan menulis, dan yg lebih utama, teruskan menjadi seorang perawat selama mana masih ada upaya…
semoga perjalanan pulang dan kembali nanti akan sentiasa dilindungi oleh NYA, insyaAllah
Assalamualaikum kak jie, maafkan saya di sebabkan komen saya ini tiada kaitan dengan entri ini. Saya ingin bertanya sesuatu dengan kak jie tentang blog.
Menulis sesuatu tajuk yang panjang-panjang untuk sesuatu entri didalam blog saya, akan menyebabkan tajuk tersebut akan kelihatan bertindih. Tetapi apabila saya melihat tajuk entri kak jie ini apabila ditulis panjang-panjang pula, tidak pula bertindih. Adakah saya perlu menukar code didalam blog saya? H1, H2 atau H3
semoga semuanya selamat kak jie
p/s : amboi, lagu selimut hati gitu..hehe
Aminn kak g.. semoga selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali. kita balikkampung jugak fari rabu, 8 hb.. selamat hari raya aidilfitri..