Jatuh Ditimpa Tong Gas
Peribadi

Jatuh Ditimpa Tong Gas

Alhamdulillah – walaupun main redah saja ke Hentian Duta, Angah dapat juga tiket 11.30 pagi dan dia selamat tiba di Sungai Petani 4.15 petang. Anak itu – macam² ragamnya. Harap² dia akan membiasakan diri berpuasa pertama kali di asrama. Segala ‘pesanan penaja’ melodi merdu makcik² dah saya alunkan sepanjang perjalanan sehingga tenggelam lagu Baby Justin Bieber dari radio dalam kereta.

Hampir 2 petang baru saya sampai di rumah …. singgah Tesco Selayang kejap. Tak beli apa pun – cuma sepasang baju untuk Intan.

Credit: Patti McConville

Dekat-dekat pukul 5 baru saya bersiap-siap  masuk ‘work station’ seorang domestic engineer . Menu pertama – masak pengat.

kaizen menulis:

jap2… pengat/serawa/kolak? mende tuh? <— siyes aq tak tau… hehehe  pengat tuh dari pisang ek? macam pernah dengar, tapi serawa/kolak?kat sabah xde~ ngeh3

ishak menulis: pengat pisang..makan ngan sos cili….

Tu tengok tu….budak² jantan ni. Sorang tak kenal pengat/serawa/kolak – boleh dimaafkan la juga sebab mungkin asing di Sabah. Yang lagi sorang tu……..ia ia je macam tau, siap makan dengan sos lagi!   Nasib baik masuk blog makcik², dapat juga kenal jenis makanan.

Masa tengah masak – tup!  Elektrik tak ada.  Bukan masalah besar bagi saya – boleh masak  nasi atas dapur  gas tak guna elektrik. Bolerh bebuka puasa gaya candlelight dinner.

Pengat saya dah nak  99% siap , saya intai bontot periuk nampak nyalaan biru tulen Gas Petronas makin beransur mengecil, Segan silu nak melentuk meliuk. Ahhh………..sudah! Hujung² nyawa juga ni.

Sudah jatuh ditimpa tangga tong gas!

Dial nombor telefon bangla roda tiga penghantar gas – hampir pukul 7 baru dia muncul.   Pertama kali beli gas memasak selepas kenaikan harga 15 Julai 2010 lepas.  Alhamdulillah , dapat juga kami berbuka dengan sempurna.

Moral Of The Story : Ambil tindakan segera selepas terdetik lintasan hati suruh beli gas simpanan ( saya ada 3 tong gas kosong )

Trivia dari mymesra.com.my

LPG merupakan singkatan untuk ‘Liquefied Petroleum Gas’ yang dihasilkan daripada gas hidrokarbon yang terdiri daripada Propana (C3H8) dan Butana (C4H10). Di dalam keadaan suhu dan tekanan yang asal, LPG berada di dalam bentuk gas. Untuk memudahkan proses pemyimpanan dan juga pengangkutan, ianya telah diubahsuai menjadi cecair melalui proses pemampatan ataupun penyejukan. LPG pada asalnya tidak mempunyai warna dan bau. Walaubagaimanapun, untuk tujuan keselamatan, sejenis bau telah ditambahkan kepada LPG bagi memudahkan kita mengenalpasti sekiranya terjadi sebarang kebocoran gas.

©kujie – Kembalikan aku berpijak di bumi nyata .. menjunjung langit redhaMu sentiasa

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

44 thoughts on “Jatuh Ditimpa Tong Gas

  1. Dari hari pertama beli gas hujung bulan 12 tahun lalu sampai sekarang belum bertukar ganti lagi.. ahakz.. orang bujang kan.. hehe..

  2. tu la pasal..bukan main berdebor tgk tajuk tadi.. huhuuu..
    kak jie kalo pasal tajuk memang champion..ada je twist tau!!

  3. urps lupak pulak yang pengat pisang tu menda..lepas makan waktu berbuka kelmarin pengat pisang..baru ingat itu pengat pisang..tapi dah cuba gak makan ngan sos..sedap jugak

  4. memang kena standby 1 tong gas kat umah, senang nanti kalau tiba2 gas abis..setakat ni takde tools yg bole detect atau bagitau bila gas nak abis :mrgreen:

  5. kena sediakan tong gas lebih kat rumah, paling tidak pun 1 tong cukuplah… time kita kesuntukan memang perlu sangat2. Kat tempat saya rm31 kalau toke cina anta sampai dapur. errmmm…

  6. Haha… kelmarin Tie pun kehabisan gas. Mujur ada extra setong lagi. Kalau tak tentu kena suruh drebar pecut ke kedai… :mrgreen:

  7. kat sini kalau hantar sampai dapur memang charge rm2 lebih ,sebab tu gi beli sendiri, lagipun kedai tak sampai 1km dari rumah 🙂

  8. itu pun dah bagi kat adik satu
    dulu2 suami kak jie kerja selalu kerja outstation
    tiap tempat dia pergi, dia beli tong gas baru
    last2 berkumpul kat rumah… 😆

  9. Salam Kak Jie,
    Owh, kalau waktu sahur kena la tonggengkan tong tu kot kot saki baki gas ada lagi. Kak jie kalau perangat lauk ada pakai microwave? Selamat menyambut Ramadhan.

    Minggu lepas adik saya meninggal. Ramadhan tahun ni suram la sikit. Kesian kat mak. Kalau raya baling, singgah la rumah

  10. Jdinya, bau gas yang kita bau tu, memang sengaja la ditambah ek kak jie. huhuhu baru saya tahu. tinggal bape orang je skang kt umah akak lepas anak laki masuk asrama?

  11. duduk dgn mak mase puasa mmg best..mcm2 boleh suruh mak masak..heehehe..

    tp klu duk hostel tu best jgk…drp x pndai msk ley jd pndai..mcm kita..hahhaa

  12. hehe, lucu la kak jie. (duk bayang kena timpa tong gas tu lagu mana agaknya ya haha)

    ei, menjadi gak pengat pisang, makan sejuk pas simpan dalam fridge pun best gak tu. err, ada lebih lagi tak mintak sket hehe

  13. teringat waktu kat rumah sewa ketika belajar dulu. gas abis waktu mula nak memasak.. last2 makan kat kedai jawabnya..

  14. nasib baik ada kedai mamak yang jual gas kat sini..telefon je, dalam 10 minit sampai..hehe

    mangkuk saya dah emel..takde pengat pun dalam kotak inbox?

  15. Waktu terbaca tajuk artikel kak jie kat rss reader tadi, terperanjat jap… huhuhu… ingatkan ada kecedaran fizikal yang berlaku… 😳

  16. hahaha..teringat plak bila datang peninsular nie..macam2 makanan pelik wujud..tapi paling best yang kaler hijau gulung2 tue…hahaha

  17. manis campur pedas.. tak dapat bayangkan kak jie..
    :D,

    jatuh di timpa tong gas..
    suami saya selalu sebab dia kerja angkat tong gas..
    sian dia..

  18. sedapnya makan pengat… teringin plak nak makan….

    takper… seminggu nak raya nanti boleh makan… lagi satu nak suruh mak masak bubur pulut hitam kegemaran saya…hehehe lama tak makan….

  19. Pengat, kolak dan bubur dan seangkatan dengan nya memang favorite saya tapi dah lepas 4 hari puasa member belum buat lagi mungkin dia terlupa kot….gini besok beli kat bazar ramadhan je lah lagi pun 3-4 hari ni musafir.

  20. no tel dia mmg dah lekat kat kabinet dapur… 😆

    terfikir…kalaulah gas habis time bersahur..erk! telan air liur je lah :mrgreen:

Comments are closed.