Tenghari tadi saya sempatlah bervideo call dengan suami sebelum dia pergi kerja . Kita di Malaysia 1.00 petang dia baru jam 6 pagi.
Insyaallah esok kita akan mula berpuasa. Cepat benar masa berlalu. Kita terlalu sibuk dengan hal-hal yang berkaitan dunia sehinggakan tidak sedar masa berlalu terlalu pantas. Bayangkan sekarang ini seolah-olah banyak perkara belum sempat diselesaikan, tiba-tiba masa sudah berlalu.
Kami ambil kesempatan untuk sesi syahdu mohon ampun dan maaf satu sama lain. Maaf ye bang…salah silap yang zahir dan batin, yang terang dan tersembunyi, yang nyata dan tanpa sedar….yang dok mengata abang dalam hati….. yang dok merungut itu ini…maaf ye….
Habis sesi derai airmata – suami minta saya tolong bayarkan zakat pendapatan sebelum Ramadan. Sucikan harta sebelum kita merebut meraih keberkatan Ramadan. Sebahagian bayar melalui pusat zakat dan sebahagian lagi saya tunaikan zakat melalui ustaz saya.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan pada harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian.” – (Surah al-Zariyat, ayat 19)
Untuk pertama kali, hari ini saya buka portal Lembaga Zakat Selangor untuk membuat pembayaran zakat secara online. Sebenarnya untuk memudahkan cara bayaran, pusat pungutan zakat telah menyediakan berbagai kaedah pembayaran zakat seperti
- Pembayaran zakat melalui potongan gaji
- Kaunter pejabat pos
- Kaunter bank yang telah dilantik
- Perbankan internet
- Kaunter LZS di seluruh Selangor
- Kad Kredit – Master Kad Bank Islam dan At Taslif AmBank
- E-Zakat Pay melalui www.e-zakat.com.my
- Mesin ATM
- Kawanku Phone Banking
- SMS – melalui telefon mudah alih
- Terminal OnePay
- Kiosk maju masjid
Masih ada seribu satu alasan untuk mengelak atau dikecualikan dari menunaikan salah satu rukun Islam ini ke?
Kali ini saya memilih untuk membuat bayaran zakat melalui perbankan interntet melalui Public Bank Berhad. Mudah saja caranya –
Login ke akaun Public Bank sepeti biasa. Pilih Payment/Recharge > Other Payment > Zakat Payment
Pilih saja pusat bayaran zakat negeri yang dikehendaki. Sebelum itu kena request PBeBank.com Authentication Code (PAC) yang dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan.
Ikuti langkah² yang diarahkan sehinggakan tiba di bahagian Confirmatian dan ada nota niat zakat : Inilah wang sebagai menunaikan zakat yang wajib bagi diri/wakil untuk tahun ini kerana Allah Ya’ala.
Selesai langkah² yang keempat – boleh klik print. Bacalah doa yang dititipkan selepas kita menunaikan zakat seperti ini : “Semoga Allah Ta’ala membalas dengan sebaik-baik pada apa yang kamu berikan dan melimpahkan berkat pada hartamu yang tinggal”
Walau bagaimana pun Lembaga Zakat Selangor TIDAK menerima bayaran zakat fitrah serta fidyah puasa (klik untuk mengira kadar fidyah ) melalui internet banking.
KADAR ZAKAT FITRAH 2010
Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang – RM7
Terengganu – RM5, RM7 dan RM8
Johor – RM5 dan RM7.50
Sabah – RM6.80
Negeri Sembilan – RM6.50
Melaka – RM6.50
Sarawak dan Perlis – RM6Sumber : BERNAMA
Canggih juga diaorang boleh ambil alamat hanya melalui akaun kita. Resit memang penting, karang tak pasal-pasal kena cas lagi masa bayar income tax.
zakat bukan perlu tetapi zakat adalah Rukun Islam
zaman kecik2 kita belajar 5-1 = 5
tapi dalam Rukun Islam – 5-1=0
tahun ni kak jie jadi wakil suami – bayar zakat pendapatan dan zakat fitrah dia
semalam telefon pejabat zakat tanya macam mana nak dapatkan resit rasmi… mereka beritahu akan diposkan kepada kita dalam masa seminggu.
tanya juga, mcm mana dia boleh pos sedangkan dalam proses isi form bayar zakat tu tak minta pun alamat…dia dapatkan alamat dari bank ( melalui alamat akaun bank )
cara sms adalah cara pilihan, kalau kita ada kemampuan untuk bayar melalui cara2 lain – kita buatlah
mcm kak jie bayar secara online bersebab
suami tak ada / jauh – jadi di rumah ada internet
bayar onlinelah daripada kak jie perlu keluar ke pejabat zakat yang jaraknya 40 km
zakat ni memang perlu
bnyk info berguna…. thnks kak jie 😉
Saya baru nak bertanya macam mana nak bayar zakat kalau yang lelaki tiada di sini .
Sebenarnya saya tak tahu pun nak bayar zakat macam mana . Sebab selalu ayah yang uruskan .
Yang saya tahu tanya ialah , “Ayah , dah bayar zakat ke belum?”
canggih…nak kira fidyah pun boleh online….nasib baik da abis ganti…amin… 😛
kak jie perempuan ..duduk di rumah suami jauh – jadi cara online adalah cara yang sebaik2 utk kak jie waktu ini.
dulu suami yang utuskan bab2 zakat dia – dia sendiri ke pejabat LZS 😆
moral of the story = ada byk cara, kita sesuaikan dgn keadaan kita sekarang – jgn jadikan satu alasan
teknologi semakin canggih..tapi cara amil lebih bagus kak… 😆
dunia sudah maju..tiada alasan utk melambatkan byr zakat..tahniah kak jie…
nak cuba tengok-tengok lembaga zakat Johor, senang juga bayar online.
wow.. blog akak ni best..
semua orang pikir pasal naju raye je skrg kan..
zakat penting jgk.. nice entry..
selamt berpuasa dan menjalani ibadat puasa kak jie
macam-macam cara kita boleh bayar zakat. tiada alasan kepada kaki-kaki yang liat nak bayar tu
tak cukup hisab utk tahun ini.. hutang berkeliling pingang.. huhuh
sedekah! insyallah..
zakat fitrah wajib bayar.. akan ditunaikan dlm waktu terdekat ini juga walaupun lebih afdal sebelum solat raya.. huhuhu..
salam jie….camat berposa…semoga kita sama-sama mendapat keberkatan darinya…
semalam dlm kosmo ckp, msh kurang org membayar zakat melalui sms..kalau sy pun, tak kot membayar dgn sms..baik bayar zakat dgn cara biasa..macam lagi sesuai dan betul kot..huhu
Harta ini bukan milik kita 100%. Semuanya milik Allah dan milik mereka yg memerlukan dan sebahagiannya milik kita.
thanks for shariing.. biasanya bayar kat masjid..
memang teknologi banyak memudahkan manusia, harap lepas ni tiada lagi rungutan pasal payah nak bayar zakat pendapatan 🙂
macam2 cara skg ni boleh lau nak kan..