Saya check keyword dan ternampak pengunjung dari Jepun ini mencari kes bunuh terbaru di Malaysia.
Dari sumber ondscene ( rujukan kes jenayah dan kemalangan) , kes bunuh yang misteri baru berlaku pagi ini 3hb Ogos 2010 jam 11 pagi di KM455-7 , Lebuhraya Plus arah Utara selepas Restoran Jejantas Sg Buloh .
Kes membabitkan bekas Adun Permatang, Kuala Selangor Dato Abdul Aziz Mohd Nor , yang ditemui maut dengan kesan tembakan di kepada di dalam Toyota Caldina yang terbabas . Seorang wanita, dipercayai pembantu peribadi beliau, Siti Rohana Ihsamat, juga ditemui maut di dalam kenderaan ini juga dengan kesan tembakan.
Sepucuk pistol jenis revolver ditemui di dalam kereta ini bersama lesen memiliki senjatapi dan peluru yang disahkan milik Dato Abdul Aziz. Siasatan mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan tersebut. Kereta Toyota Caldina tersebut milik Siti Rohana dan dipandu oleh Dato Abdul Aziz semasa kejadian.
Kes bunuh yang misteri.
Al-fatihah dan takziah untuk keluarga .
Berita terkini akan di update di ondscene.blogspot.com – terimakasih Encik Sham kerana sempat membalas email saya walaupun kerja 25 jam sehari… Blog dah ringan macam gula-gula kapas!
Itu le, Islam dah ajar kita, hubungan muhrim / bukan muhrim. Tak kira le apa kerja, jawatan.Harap-harap takada la berlaku perkara yg dilarang Allah.
Islam tu syumul.Dah ajar dari bangun tidur,mandi, makan,keluar rumah,kerja hinggakan masuk jamban pun diajarkan.Tu yg kita duk ……. dgn isteri/suami kita tak payah dicerita la…
banyak spekulasi tentang pembunuhan nie kak jie~
tapi saya rase, mesti pemandu tuh sebenarnye pembunuh~
Ada beberapa kemungkinan terhadap tragedi ini. Kita pun tidak tahu. Mungkin, scandal, mungkin perbalahan perniagaan atau motif politik. Hanya Allah saja yang mengetahui. Walauapa pun kita sebagai orang Islam hanya mampu mendoakan ke atas arwah berdua. Fikirkan yang baik. Satu ketika dulu mereka berdua ini pemayung warganegara. Jasa mereka tetap kita kenang.
dunia dah nak kiamat..mcm ni la jdnya
cemburu..mgkn frust..
Eiman, lu fikir la sendiri…nak lari macam mana tembakan 2 das di kepala dan 1 das di kepala dato
Ada unsur2 cemburu tak di sini?
ya, takziah untuk kedua keluarga
moga roh keduanya diterima Allah dan diampunkan segala dosa jika ada
nasib kita tak tahu lagi ya, kujie
Saya sebenarnya curious nak tahu apa yang terjadi
macam-macam kes sekarang ni.. nyawa macam takde harga.. Risau betul..
de terbaca kat paper.. macam2 la skg.. ape pun, takziah utk ke2-2 keluarga
kesan 2 das tembakan pada wanita tu rasanya la…kalau dalam paper Metro.
Mungkinkah musuh politik punya angkara?..Kejam!
Takziah!. Dato Aziz seorang hamba allah yg amat baik hati,pemurah,happy,pencetus kemajuan pada yang pernah mengenali.
kejam betul..xkan kes ni orang dalam kete 2 jugak yg buat..adui..xpaham dgn manusia skang..kurang sorang adun kat selangor ni..
mudah2an kes ini segera diselesaikan….
psst: kalau org cina tu, tempat misteri tersebut ada harapan didirikan batu tanda… kasik datuk tak ganggu anak cucu katanya.. heheheh
ish kejam nyer..kenapalah pembunuhan ni kejam sangat…
ada lg sorg kat dlm kete tu..detektif x-po melaporkannya
Manusia semakin kejap sanggup buat apa sahaja demi dunia
baru tadi tengok berita ni kat tv3, pastu terus buka blog ondscene tu, sbb tak puas hati tgk berita 🙂
apa yang berlaku sebenarnye ek huhuhuhu
cam termiss byk cite sebenarnye nie
apa2 pun kita yang hidup nie.. setiap perkara jdikan iktibar.. yg hidup ni sama2 doa-doakan roh dato’ aziz dicucuri rahmat..
sungguh misteri kes pembunuhan tersebut.. kalau tembakan dari dalam kereta mesti orang tu samada mati sama atau sempat lari lepas kemalangan tersebut.. ish…
jenayah skandal ke pe tu…..satu ari keje x tahu berita…
dunia sekarang ni, biasa la menda2 gini..dunia dunia..
macam2 jenayah sekarang.
owhhh…….
salam kak jie 😀 macam mana nk cek keywords tu? 😀