Isteri adik ipar saya dah balik dari Manila malam tadi. Hujung minggu ini hospital di rumah saya ramai pelawat.ย Sesiapa yang nak datang tak perlu bawa buah, dah ada sebakul.ย Afdal rasanya bawa fefero rochel atau biskut almon london, semperit atau pun biskut mazola ke.. musim raya, kan?
Update ringkas untuk hari ini sehingga …………. ( tidak dapat dipastikan , bila )
Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua. Selamat mengerjakan ibadah korban untuk sesiapa yang berhajat. Sejak tinggal di sini, saya tidak balik beraya ke kampung lagi kerana suami saya sebagai AJK Surau sejak sebulan sudah sibuk dengan jadual perancangan untuk hari berkorban nanti. Surau kami akan menguruskan 9 ekor lembu untuk korban. Sibuk dia merancang jadual pengagihan tugas. Saya sempat mengusik… nak tahu raya haji dah dekat, tengok abang sibuk mengasah kapak, parang dan pisau. ย Sekarang ini semua pisau dan parang kat rumah saya tajam macam pedang. Ada sesiapa tak percaya….hehehe..mai kita test!
Dari sudut sejarah, korban adalah peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang mengorbankan anaknya, Nabi Ismail a.s. untuk disembelih atas perintah Allah s.w.t., bagi menguji keimanan yang kemudian ibadah itu disyariatkan pula ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya. Ia akan terus menjadi tarbiah bagi mengagung dan membesarkan Allah serta meningkatkan keimanan.
Disebalik syariat sembelihan korban pada setiap tahun sepanjang hari tasyrik bermula pada 10 hingga 13 Zulhijjah itu perlulah kita sama-sama menghayati konsep dan hikmah dalam ibadah itu sendiri.
Sekarang ini seolah-olah wujud budaya melaksanakan korban dengan menyerahkan ternakan sembelihan kepada masjid-masjid tanpa mengambil tahu urusannya. Ada peserta korban tidak hadir dan tidak terlibat dalam kerja-kerja penyembelihan, melapah mahu pun mengagih-agihkan daging korban.
Wang ringgit bukan segala-galanya.
Antara perkara sunat bagi orang yang melakukan korban:
Tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Sabda Rasulullah: Barang siapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban. (riwayat Muslim)
Kepada yang memandu balik kampung, hati-hati dijalanraya … anda mampu mengubahnya!
Selamat Hari Raya Haji Kak Jie..
agak2nye sempat lagi tak nak ucap selamat hari raya aidiladha?
hehehe…
selamat hari raya aidiladha…
katakss last blog post..Selamat Hari Raya Aidiladha
tak berani nak test2 Jie, parang kat rumah dia tajam bebeno… hik hik
salam aidiladha, saya beraya kat KL jer.
Perkara sunat tu intan baru tahu… Thanks Kak Jie! ๐
intans last blog post..SALAM AIDILADHA
[quote]Wang ringgit bukan segala-galanya.[/quote]
a nice remarks for all bloggers haha..happy eidul adha!
selamat hari raya aidiladha… untuk kak jie sekeluarga..
eidas last blog post..Mata kucing
Bagaimana persiapan Aildiladha..?
Zubli Zainordins last blog post..Memahami Kepemimpinan PAS Selangor
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.
Salam hormat. Maaf, iklan sikit. Jom sertai kuiz novel. TERIMA KASIH.
ALAF 21 FCs last blog post..Lagi ulasan / komen tentang Kau Tetap Di Hati – Liza Zahira
Salam eidul adha… Banyak pengorbanan?
kruel74s last blog post..Choices…
alamak kak jie..kesian orang sakit tuh haaaaa…nak jalan mesti payah tuh….saya dulu patah tangan 2 kali…tros insaf..skang ni memang berhati2 kalau main bola atau buat kerja2 berat…risau patah lg..walaupon tak membahayakan nyawa…tp leceh segala benda kalau dh patah2 ni. ๐ฏ
|1f34|-|1r3s last blog post..Increasing your blog traffic part 2
samat ari raye aildiladha mama~ *sayang mama* ๐
syus last blog post..Tiring night~!
Akak tak sibuk2 ke cm abang akak??
nk raye ni musti bersilat kat dapur kan???
ChekguBHs last blog post..Break kejap…
sedapnya ferero rocher.. utk pesakit ke, untuk Kak Jie tu?? hehee.. semoga adik ipar Kak Jie cepat sembuh sebab ada nurse yang pandai masak sedap kat rumah ๐
Salam Aidil Adha buat kakjie sekeluarga ๐
Slmt hari raya Kak Jie… maaf lahir batin. Kalau ke JB, datanglah beraya di rumah saya. Bawa sekali lemang dan rendang… ahaiiii….
deos last blog post..Tak besar-besar
salam aidil adha kujie… marilah berkorban danjgn sampai ada yg terkorban plak…
shaxxs last blog post..Buckle Your Family Size Up
Salam Kak Jie…
Su datang ni nak ucapkan selamat menyambut hari raya korban buat kak jie. Doakan agar cuaca baik-baik aje ye kak jie. Su nak balik kg ni… bimbang kalau banjir sblm sampai rumah. huhu…
suaras last blog post..Penyakit misteri: Sihirkah puncanya? (Kisah 2)
Tentu sibuk ye melayan pelawat yg menziarah pesakit dan juga tetamu bertandang berhari raya. Berkorban masa dan tenaga jugak tu…yg penting keihlasan hati.
Slmt hari raya aidil adha ๐