Pohon Pisang Dan Kelompok Kehidupan
Motivasi

Pohon Pisang Dan Kelompok Kehidupan

Mengadap pc dengan tingkap terbuka, mata saya tertangkap pada pohon pisang berbunga pink di taman halaman rumah. Dah lama tak berkebun cantas daun-daun kering di taman.  Buat sorang-sorang, virus malas merebak dalam badan.  Alasan ni boleh dapat markah penuh, hehehe

Bila pandang  pokok pisang tu, tercetus untuk merungkaikan pelbagai rahsia yang tersembunyi dan pengajaran yang boleh dikongsi bersama.

Antaranya, pokok pisang tidak akan mati sebelum ia berbuah.   Walaupun ditebang batangnya,  ia akan tumbuh lagi.  Saya selalu tebas / buang anak-anak pokok pisang yang tumbuh melepasi ruang terhad dan setiap kali itu juga dia akan tumbuh lagi. Tetapi bila sudah berbuah ( pokok pisang saya hanya berbunga pink dan buah seketul dua )  , kalau kita tak  tebang pun, pokok pisang akan tetap mati.

Pohon pisang tidak akan hidup sendiri-sendiri dan selalunya berkelompok dalam memberikan manfaat bagi manusia.

Apa yang dapat kita renungkan?

Seperti pokok pisang, yang tak mengenal kalah tetap akan berusaha untuk tumbuh selagi dia tidak mencapai sasaran ia diciptakan. Seperti kita juga sebagai manusia yang diciptakan , adakah kita telah berusaha untuk menunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba yang diciptakan Allah?    Adakah amal kebaikan yang telah kita buat sebelum  meninggalkan dunia ini?

Makin direnung pohon-pohon pisang menghijau ini, makin tergambar satu lagi contoh baik yang patut kita teladani.  Dalam berbuat kebaikan, contohilah pokok pisang yang hidup berkelompok dengan mengajak saudara-saudara kita yang lain untuk bersama dalam jalan kebaikan bukan sengaja mencipta isu saling benci membenci.

Manusia secara nalurinya akan hidup berkelompok dengan habitat yang sihat dan selesa untuknya.  Kita tidak boleh mempertikaikan kenapa si A boleh berbaik dengan si B tetapi bukan si C , kenap dia suka tinggal di Banting bukan di Rawang  contohnya.   Bila kita faham fitrah manusia yang akan hidup bersama secara aman damai di dalam kelompok atau kaum yang serasi, selesa dan selamat untuk dirinya kita tidak akan lagi memandang isu berpuak-puak ini sebagai sesuatu yang pelik.   Lihat saja sudut positif dari segala segi.

©kujie – memori daun pisang….

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

16 thoughts on “Pohon Pisang Dan Kelompok Kehidupan

  1. Pokok pisang memang menyejukkan mata memandang, dua pokok pisang yang saya tanam dibelakang rumah kini telah menjadi lima pokok, tapi masih belum berbuah…

    Tapi… tertarik denganjantung pisang dalam gambar di atas. Mencanak naik, sebab tu tak berbuah kot.

  2. alahaikan…

    maza skrg tgh berpantang makan pisang..
    sbbnya dah mentekedarah pisang goreng sepuluh hinggit seorg!
    sekarang ini tgh mengusap perut.. aderkkkk

  3. Baik pokok pisang ke pokok lalang ke Padi ke semua tu hamba Allah juga kan. Kita ni je kadang tak perasan bahawa banyak contoh dan tauladan yang boleh diambil dari pokok-pokok tu.

  4. :mrgreen: daun pidang, alas nasi lemak. sedap. semua benda yg ada dipersekitaran pun boleh dijadikan contoh kan kakJie.

  5. sungguh baik ulasan dari kakjie pasal pokok pisang ni, tapi banyakkan pokok yang boleh dijadikan contoh dan semuanya ada pengajaran

  6. Abang kita selalu kaitkan anak-anak yang tak jauh dari ibunya sebagai ‘anak pisang’.(yang asyik duduk beriba dengan ibunya sementara orang lain sibuk tolong rewang time kenduri.. :mrgreen: )

Comments are closed.