Satu penyelidikan yang dijalankan di Jabatan Optometri, UKM telah mendapati kira-kira 8% daripada pemandu berlesen di Malaysia mempunyai tahap penglihatan di bawah had normal yang dibenarkan dalam pemanduan di jalan raya.
Klinik Optometri UKM, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur akan mengadakan pemeriksaan mata komprehensif yang merangkumi Ujian Tahap Penglihatan, Ujian Rabun Warna dan Ujian Medan Penglihatan secara percuma.
Tempoh pemeriksaan adalah sehingga 10 Oktober 2007. Bantuan cermin mata akan diberikan pada yang layak.
Hubungi 03-40405499 untuk temu janji dan sila sebut JOM PERIKSA MATA sebagai rujukan.
*********************************************************************************
Salah satu tip untuk mengelakkan kekejangan mata atau akomodasi semasa pemanduan untuk tempoh yang lama ialah anda harus menukar-nukar jarak penglihatan.
Bermakna mengalih fokus ke arah objek lain pada jarak berlainan boleh membantu mata kembali relaks dan tidak tegang.
Info : utusan malaysia
Jie ~ Blog saya pernah kena hijacked sewaktu saya bercuti panjang, jadi saya nasihatkan kawan-kawan supaya menyimpan secara selamat ( save ) blog masing-masing. ( Bukan saja blog, malah akaun gmail saya )
nasib baik mata saya ok, tak perlu pakai cermin mata
dah lama x g check mate la kak jie. ntah bile ada masa. start cuti pun hari jumaat nanti
😉
selamat hari raya kakjie…
memandu elok2 tau..
saya sudahi dengan ucapan:
Kalau Ada Sumur Diladang
Boleh Juga Menumpang Mandi
Lepas raya kalau masih ada kuih dlm balang
Sila sila la pos mai sini…