Peribadi

Aidilfitri 1428H / 2007

Ini adalah gambar Aidilfitri 2006 , hari raya terakhir bersama arwah bapa mertua. Setiap tahun sewaktu bersalam dengan bapa di pagi Syawal, bapa akan cium ubun-ubun semua anak cucu juga menantu bapa. Tahun ini, amat terasa akan kehilangan bapa.


Sepatutnya mengikut giliran, saya menyambuat 1 Syawal di kampung saya di Baling tetapi dalam situasi begini tidak salah jika kita bertolak ansur mengikut keadaan. Walaupun tanpa bapa, kami meneruskan juga tradisi bertahlil dan membaca doa selamat di pagi Syawal. Bezanya tahun ini kami bertahlil untuk arwah bapa. Masing-masing berlinangan airmata bila memandang emak keseorangan … selalunya bapa berada di sebelah emak.

Petang raya pertama, baru saya bertolak balik ke Baling. Perjalanan dalam hujan dengan penat dan mengantuk kami berhenti di R&R Sg. Perak. Saya memandu sampai ke Grik. Saya lebih suka memandu di waktu malam dari siang hari kerana semua anak dan suami tidur lena tiada siapa yang komplain atau mengomel itu tak kena ini tak kena….stereng di tangan saya. Kami selamat sampai ke kampung jam 2.30 pagi.


Ini Ku Adam Hakimi, anak saudara saya yang berusia 8 bulan. Kepada blogger atau kawan-kawan yang pernah mengikuti blog saya yang terdahulu, tentu masih ingat pada Adam Hakimi. Anak saudara saya dilahirkan dengan jantung berlubang. Syukurlah walaupun proses pembesaran Adam tidak sesempurna kanak-kanak lain, Adam semakin sihat. Menurut doktor walaupun lubang pada jantung Adam masih seperti dulu, Adam boleh bernafas seperti biasa. Bergantung pada keadaan akan datang, sekiranya pembedahan diperlukan, barulah doktor akan melakukannya. Sekarang Adam cuma memerlukan ubat setiap hari dan pemeriksaan tetap juga penjagaan yang lebih teliti supaya dia tidak dijangkiti penyakit yang boleh melemahkan daya ketahanan badannya.

Pagi Isnin, raya ke 3 saya sudah bersiap untuk balik semua ke Serendah. Jadual yang sendat dan padat. Kali ini kami berkonvoi dengan adik saya yang akan pulang ke rumah mertua dia di Tanjung Malim. Dalam perjalanan balik, kami singgah makan tenghari kat Medan Ikan Bakar Tasik Raban, Lenggong, Perak. Kebanyakkan menu ikan air tawar, saya cuma mampu memandang dengan air liur yang meleleh …hehehehe

Selepas Kuala Kangsar, 3km sebelum Terowong Menora kesesakan mula dirasai. Untuk mengelakkan kesesakan di dalam terowong, polis telah mengadakan sekatan di pintu masuk terowong, jadi lama juga kami terpaksa berhenti mengikut giliran untuk melepasi terowong. Kereta saya berada di lorong tengah. Keadaan sungguh aman dan sejuk dengan hujan gerimis. Kabus sayup di kejauhan dibalik bukit bukau kehijauan. Rasa lelah segala penat berkejaran dari Serendah – Sabak Bernam – Baling – Serendah.

Tiba- tiba …….

honk….honk…honk……… saya dan suami tersentak. Kami pandang di hadapan……….. dari jauh kelihatan kereta di hadapan kami telah bergerak. Rupa-rupanya kami sekeluarga tertidur di tengah-tengah lebuhraya!!!! Kereta di lorong kiri dan kanan telah bergerak cuma kereta di lorong tengah terhenti disebabkan kami sekeluarga nyenyak di tengah lebuhraya.

Kami pandang kereta kiri dan kanan dan senyum gelihati. Rasa puas sangat tidur saya kali ini. Lepas tu, rasa segar mata boleh memandu terus sampai rumah. Siapalah agaknya kereta di belakang kami yang entah berapa puluh kali membunyikkan hon untuk mengejutkan kami sekeluarga….kelakar sangat kenangan kali ini.

Terimakasih juga untuk anak cyber saya, Teratakian’z Zaity atau nama glamour di alam maya Sepiah yang setiap tahun membuat panggilan jauh di malam raya dari Melbourne. Saya cukup terharu atas ingatan dan kasih sayang yang tidak pernah putus walaupun dipisahkan jarak dan waktu yang berbeza.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

14 thoughts on “Aidilfitri 1428H / 2007

  1. laaaaaa..that means kita together gether lah berada kat jam kat terowng tuuuu…tp tak dgr lah pulak orang honk..hehe

  2. cik mika & sayda >> masa tu mmg kereta berhenti..nk tunggu polis bagi isyarat jalan..berderet2 la…lama kot…smpai semua org tertido…bapa minit tatau la..tp rasa puas sgt tito..mcm lama sgt

    mz >> geleng kiri kanan je tgok kete…agaknya dia org dok gelakkan kami sekeluarga..hik…

    pb>> harap2 pemandu lain faham..hehehehe

    mad redo1 >> belum sempat kena hon..tak pe la..

    wira >> bkn sebab tu kot..perut kenyang dgn cuaca best area Terowong tu..

  3. suatu pengalaman yang pernah dirasai, cuma tertido kat trafik light je… mujur merahnya lama, tak sempat kena hon… hehehe…

    apa-apa pun, syukur semuanya selamat…

  4. Salam Kak Jie..

    Syukur sebab semuanya selamat

    Tertidur ????

    Hi hi , itulah bahananyer bila memandu dalam keadaan letih …

    Tapi , bila terjaga, mata terus terang benderang ..

    Ada hikmat tu …..

  5. ishh..slamat x der paper kak jie…
    bahaya nya tengah2 jalan bole tido…issh…seram plak..

  6. wakakakaka….tengah highway pun boleh ek kak jie…terror lah….satu family lak tu….kikikikiki…memang lawak….

  7. hik hikk .. lawak la kak jie nih.
    leh siap tetidur dalam keta.
    kwang kwang kwang ..

    bayangkan kalau saya ada kat situ, mesti dah snap gambo akak sekeluarga

    😀

Comments are closed.