Isu Semasa, Peribadi

TM Sengal!

Salam, Hari ini nak cerita kisah semalam, kisah yang hangit macam biskut semperit.

Entah angin ribut malam tadi, streamyx tiada sambungan. Lepas buat sambungan semula dan setting bagai-bagai tu, dah ok tapi server pula langsung tak dapat. Sebenarnya ini adalah pertama kali terjadi so mengelabah juga .

Mula-mula saya pergi Start > Run > taip CMD > ok
Keluar box hitam tu, taip ipconfig > Enter
Pergi pada Control panel > Network & Internet Connections > Internet Connections > Righ klik Local Area Connection > ( shortcut right klik kat kiri bawah destop tu )
Properties > highligh Internet Protocol ( TCP/IP) klik Properties > tick Use the following IP adress. Ip address dan Subnet Mask tu isikan dari Ip yang kita dapat dari box hitam masa kita ipcongfig tadi.
Kemudian OK. Restart komputer.
( Peringatan Khas : Tutorial ini untuk amatur macam saya saja)

Kemudian, posmen datang…terimakasih Lestat, kad yang besar dan cantik telah diterima. Simpan alamat elok-elok, senang nak kirim kad jemputan kahwin nanti!
Bersama kad tersebut terselitlah juga bil telefon & multimedia terbaru. Surat inilah yang buat saya hangin satu badan semalam sehingga terpaksa mencemar duli menjejak kaki ke TM Point. Mulai sekarang, semua bil akan dicamtumkan sekali ( bil internet dan telefon dalam satu bil ) Yang ini saya tiada masalah, tapi masalahnya …

Tetiba selepas setahun TM mengecaj perkhdmatan internet untuk akaun TMnet 1515 (Dail up). Terus terang saya cakap , selepas saya menukar dial up kepada streamyx, belum pernah sekali pun saya mendapat bil dan saya membuat bayaran mengenai perkhidmatan ini, kenapa tetiba ada? Dan yang lebih pelik….sejak setahun ini tiada pula caj tertunggak? Kalaulah saya mendapat bil tersebut sejak dulu lagi, tentu saya akan cepat-cepat membatalkan perkhidmatan tersebut kerana saya telah melanggan perkhidmatan streamyx! Saya belum gila untuk melanggan 2 perkhidmatan sedangkan saya boleh menggunakan wireless router.

Perkara ke2 yang saya tak puashati adalah mengenai Pakej Lets Talk 68. Selepas saya menggunakan pakej tersebut selama 3 bulan, saya menyedari bahawa saya telah membayar tanpa menggunakan perkhidmatan tersebut kerana pakej tersebut hanya apabila kita membuat panggilan nasional sahaja. Setiap panggilan yang dibuat kepada telefon mudah alih tetap dikenakan caj!
Lagi satu, tiba-tiba ada caj bulanan RM 1. Sewaktu pegawai perkhidmatan menelefon saya mencadangkan pakej tersebut, berpuluh kali saya tanya, adalah saya perlu membayar caj lain seperti sewa ke apa-apa…jawapannya tidak! Hanya perlu bayar RM 68 itu saja!!

Tiba-tiba ada pula caj bulanan seringgit! uikkk………. nak duit raya cara mudah ! Sepatutnya pelanggan diberikan rebet hari raya, tetapi tm pula yang kumpul duit raya dari pelanggan. Zaman sekarang, berapa keratlah yang masih menggunakan talian tetap? Mak ayah saya yang di ceruk ulu Baling pun pergi menoreh getah bawa telefon bimbit tau. Talian tetap sentiasa ada gangguan ( curi kabel) Mak ayah saya tetap dikenakan sewa bulanan walaupun dalam sebulan hanya sehari mendapat perkhidmatan. Dah penat nak buat aduan.

Saya telah menukar kembali talian tetap saya kepada yang asal….puas hati!

Sebol said ” Kak Jie, hari ni anak kak jie tak de nak tanya soalan apa2 ke ? seronok lak jawap soalan budak “
( soalan budak upsr, suke la ko ye….)

Jawapan Kak Jie ” Dia tanya, bila nak bank-inkan duit raya dia, masukkan dalam akaun mama ye?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

14 thoughts on “TM Sengal!

  1. salam.. dude, tm mmg sengal pon. ada ke patut dia hntar bil merah tu.. walhal setiap bulan bil berbayar. ini berlaku selpas tm dah cantum bil tu lah. menyusah kan org betul.

    >>> hehehe…ramai org yg terkena pengalaman pahit dgn tm..

  2. oo wira, sebenarnya dari packege lets talk tu kakjie tukar ke package asal yg macam biasa ni..hehehehe…perasan ko erk..

    balik baling bila wira..kampung hang tang mana?

  3. talian tetap ke talian asal?talian asal tue talian apa kak jie?guna operator lain ke?

    gi motong pun bawak hp ye kak jie..mmg rugged pun org2 tua Baling nie

  4. bila ada tipon nie kak jie… mmg kena cek detail dia. kekadang ampeh ke bil TM nie.. lambat sebulan je kena cut. truk2. mcm sengkek gile TM nie sebenonyer. (geram sbb line 1515 tu ada charge tahunan wpun pakai setahun sekali)

  5. streamyx mmg biul kadang2….tak de saingan ..monopoli mcm tu la..nk wat lagu mana.

    pakcik…. seblm ajar tu kena la hulur sampul ijau dulu

    kiki … nk kensel pun..kena gak cukupkan sebulan notis…bkn kita isi form hari ni, hari ni gak tukar package..kena tunggu cukup sebulan dia…

  6. mama, hari tu pun TM de call promote benda alah tu…lepas tu ayah kiki berminat…tp kitaorg adik beradik tak nak…sbb rasanya rugi aje..sbb kitaorg tak byk call tempatan…lps tu baru ayah kiki kata nak cancel benda alah tu…

    pstt..mama jgn lupa bank in duit raya :p

  7. sy skg ni sampai skg tk dpt guna streamyx…dh sminggu dh..bila sy tel alasan kabel kena curi…geram tul sy ni
    -azisham- (maleh nk sign in)

  8. saya kat umah ni kak jie talian tetap pun untuk guna internet. sewa bulanan mahal, sib baik akak saya nih ada kena mengena ngan telekom, jadi sewa bulanan dah free. org tepun rumah pun jarang, skang zaman memang sume henpon aje … x macam dolu dolu kala.

    🙂

    kak jie nak no account bank saya x ??? :P~

  9. hehehe…CMD !

    huhu..sik bek taip silap..mau gak awk tu tinggalkan pesan…kalo tidak dtg jenguk kt tingkap je !

    edit jap lagi

  10. Salam kak kujie

    ihiks tahun ni buat kuih raya apa atau kuih tunjuk je? Selamat berpuasa :)ihiks

    p/s – taip cmc atau cmd(shortform for command prompt 🙂 )

Comments are closed.