Uncategorized

Diam apabila dileteri isteri

DALAM mengharungi kehidupan rumah tangga pasti akan melalui saat-saat getir yang kadang-kala boleh menggoncang bahtera yang dibina itu. Orang kita kerap menyebut ‘sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’.

Kita tidak dapat menafikan sebagai manusia, suami atau isteri mempunyai kelemahan masing-masing. Cara terbaik untuk mengatasinya dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.

Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun.”


Di sini, elok juga jika direnungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar.

Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.

Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?”

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.

Lelaki itu berkata: “Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku. Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?”

Umar berkata kepadanya: “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.

“Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.

“Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.”

Lelaki itu menjawab: “Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.”

Umar pun berkata kepadanya: “Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja.”

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

42 thoughts on “Diam apabila dileteri isteri

  1. Kalau nak tahu, Jie, opah dan anney panas baran dua-dua ekor. Selepas 11 tahun kawin, well, syukur kami banyak bersabar dalam mengharungi keburukan pasangan… moga dapat keberkatan ALLAH. :mrgreen:

    ODs last blog post..Opah Mohon Jutaan Maaf

  2. huhuh… rumah baru laie ek kak jie.. 😀 😀

    selalu gak berleter. tapi berleter kat anak bagi hint kat hubby,hehehe.. erm.. boleh pakai ke tu?? 🙄

    zanas last blog post..Kaki Ku

  3. ehm. terpaksalah bersabar. Nak wat macam mana, dah terang lagi bersuluh.. :mrgreen:

    titans last blog post..Youthsays Real Voices Project

  4. salam kujie,

    apabila dinyatakan Rasulullah SAW pernah bersabda, diharap sertakan rujukannya.

    makasih.

    1. @lina, salam lina
      terimakasih…saya agak keliru bila kita perlu menyatakan rujukan bila Rasulullah SAW bersabda…

      nanti saya akan cari maklumat tersebut tetapi artikel ini adalah koleksi lama dalam simpanan saya dari yahoo group artikel Prof Madya Maznah Daud ialah bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang boleh dihubungi di e-mel wanitajim0@yahoo.com

  5. mmm.. kalau girlfriend cmtu lak cmne? suke berleter. haha. sakit2

    ubeys last blog post..xkan gambar aku separuh bogel lagi beb… cukup2!

    1. @ubey, ohh..kalau girlfriend dah pandai berleter…tu tataulah nk kata
      mungkin dia dah confident dia bakal dipilih..hahaha 😆

  6. Hi hi…kita kat rumah ni tak panggil leter…tapi panggil bebel…lagi glamour!! Kalau mama dah start bebel, cuma satu saja dapat buat dia berhenti. Cik abe akan kata,” Jom siap2, kita gi jalan!!” Bebelan terus henti kerana tetiba hilang idea, terus fikir nak pakai baju apa… dan terus siap2 takut kena tinggal! Hi hi..

    Biasanya Tie bebelkan perangai anak2 yang asyik nak kena cokeh punggung mereka…malas sangat. Mentang2 mama dia rajin(naik lift kejap), sikit pun tak tolong buat kerja kat rumah ni. Jarang bebel pada hubby, sebab dia akan buat joke nanti kita pulak kena diketawakan…

    Ish!! Terbebel lak kat sini…hihi… 😳

    Ties last blog post..Anak-anak

    1. @Tie, suka Tie komen…baca komen kawan2 pun best tau…biaalah perempuan..mak mak..kalau tak berleter tak gerak keje dia..
      nak mandi kena berleter
      nak makan pun kadang2 kena berleter
      sudahnya leka mengadap ps2 :mrgreen:

      dgn cik abg mmg jarang berleter kak jie pun…kesian dia keje penat2..blk rumah pun nak kena berleter gak lagi :mrgreen:

    1. @intan, abislah kak jie….nnt jumpa hubby intan dia cakap pandai2 je nk menegur orang.. :mrgreen:
      ehh Intan..hubby intan tu baik je kak jie tgok..rasanya dia diam je kot time radio buruk tu berbunyi… 😆

    1. @slumbeRAJA, jadi sebelum nk tension….ingat…dapat pahala tu..
      habislah kak jie
      lepas ni ramai suami2 datang mengadu marah2
      sbb bagi artikel ni :mrgreen:

    1. @cikgu panji, nasihat tu dia cakap slow talk…secara bersedia kedua belah pihak…
      yang berleter ni….kita dok dapur sorang..pokpek pokpek…dia wat selamber badak je ngadap tv…. 😆 😆

    1. @kruel74, rasanya isteri berleter tak de la sampai berejam…dia pun penat juga
      setakat 10 minit tu…biar jelah..
      tahan je la kejap..hahaha 😆

    1. @Lan Bingka, kalau niat nak tambah cawangan
      isteri kiut miut serba lengkap
      baik budi..atau garang mcm singa pun
      dia buat juga…. :mrgreen:

    1. @BaniHassim, dia berleter minta perhatian je tu
      sudah ckp leklok tak moh dengar
      kecik2 dulu boleh dia tarik2 telinga.
      dah beso mcm ni….itu je yg dia mampu :mrgreen:

  7. Apa korang ni muda muda dah kuat berleter huish dasyat tu… Kalu dah tua mesti korang bole jadi CNN cam ni….

    hashim habeeds last blog post..Made in china

  8. bila aku baca komen ko megat…aku terpikir gak..aku banyak berleter atau callister lg banyak berleter dari aku…sama banyak gamak nyer ?? 😉

    |1f34|-|1r3s last blog post..Increasing Your Backlink The Easy Way

  9. saya terbalik lak kat. saya yang suka berleter hoho.

    kesian orang umah saya kan 😛

    megats last blog post..Semakin Tenang, Keluar Dari Rumah Dan Berpindah

  10. Sy melihat ada 2 jenis leteran yang pertama isteri meleter berciri ciri nasihat akibat suami boros, tidak ada kerjasama, tiada membantu isteri dlm kerja rumah. ini saya rasa perlu Suami berdiam diri sahaja DAN
    satu lagi leteran tahap menghina, memperbodohkan, memaki hamun, arahan tidak menghormati mertua, arahan arahan menunduk dan menidakkan hak hak suami dan seharusnya yg ni dilayan dgn pelempang je kot….
    betul tak kak jie?

    1. @hashim habeed, leteran ini selalunya hanya bersangkut paut dgn hal remeh temeh…hal yg lebih serius masuk bab nasihat…kalau dah tahap menggunakan bahasa/tindakan/tingkahlaku yang boleh menjatuhkan maruah suami – itu bukan leteran.

      sebelum pelempang pun kena ikut step dia..nasihat dulu

Comments are closed.