Cara Memikat Suami
Rumahtangga

Cara Memikat Suami

Perbezaan ketara antara lelaki dan perempuan dalam membina hubungan intim adalah lelaki boleh bermesra tanpa kemesraan emosi. Ramai lelaki memberi perhatian yang kurang mengenai kemesraan emosi sedangkan itulah titik utama mengukur kepuasan dalam hubungan seterusnya bagi perempuan.

Mukadimah pun dah nak menghentam…kan? Sebenarnya saya mendapat email seperti dibawah dari seorang pembaca blog yang ingin mengetahui atau mungkin ingin berkongsi idea cara-cara memikat suami. Memandangkan talian telefon saya mengalami gangguan awal minggu ini, saya serahkan tugas pada  Mr.Krueger dari azamanishak.com sebagai Penulis Tamu,

Nota : Blog saya mempunyai beberapa orang Penulis Tamu termasuk anak saya Angah.

Entri beliau bertajuk Bagaimana Memikat Suami dari perspektif dan pandangan dari seorang yang bergelar suami cukup panas sehingga saya dihujani sms mohon bantuan talian hayat… hehehe.  Setiap pandangan dan pendapat adalah betul bergantung pada latar pengalaman sama ada dari pembacaan atau alami sendiri melalui pemerhatian orang-orang terdekat.

Email dari Puan X ini sangat menarik dan tersusun butir bicara mengambarkan Puan X jelas dengan apa yang ingin disampaikan. Puan X jelas pada permasalah yang dialami dan tulus untuk mencari jalan penyelesaikan.

jalan kehidupan

 

Subject : Bagaimana cara memikat suami?

Harap rahsiakan nama & email.

Saya dah berkahwin selama 5 tahun atas dasar suka sama suka. Diawal perkenalan, suami seorang yang sangat caring, lucu dan mengambil beras.

Selepas 5 tahun perkahwinan, mempunyai seorang anak, hubungan suami isteri semakin rengang. Saya tahun dia masih cintakan saya dan tak ada orang ketiga. Tetapi, suami lebih gemar menghabiskan masa bersama teman-teman berbanding melayan saya. Kadang saya persoalkan kepada suami tetapi suami mengatakan yang dia rasa tak de topik perbualan yang menarik ketika bersama, semuanya rutin kehidupan harian, kerja, anak & kewangan. Suami juga rasa tak suka melihat saya & cuba mengelak untuk masa bersama. Kerna sukar untuk makan besama dan bersiar bersama, saya selalu menelefon bertanyakan perkara remeh semata-mata ingin mendengar suaranya, tetapi suami merasa terganggu dengan panggilan telefon dan sms.

Bila ditanya, suami kata masih sayang tapis aya dah tak nampak ciri2 seperti bercinta. Kekadang terpikir, betulka jika suami tergila2kan semasa bujang tapi bila dah kahwin dah bosan untuk memikat. Tolong saya bagaimana hendak memikat suami kembali dan merasa hubungan kembali mesra seperti dulu. Atau memang lumrah berumahtangga akan ada satu fasa kehidupan seperti ini? Tolong,, sangat dalam kebuntuan. TQ

Untuk bahagia dalam perkahwinan, suami isteri perlu ada matlamat yang serupa, tidak boleh layari kapal yang tidak sehaluan.  Bentuk dan sama-sama memahami dan dipersetujui bersama. Kepuasan maksimun tidak mungkin tercapai dengan usaha dari sebelah pihak sahaja. Suami dan isteri masing-masing mempunyai peranan untuk membaja dan membelai benih cinta yang disemai sekian lama. Selagi kita terus menyangka kebahagiaan tidak akan kita kecapi, selama itu kita tidak akan bahagia kerana kita hanya menghitung kekurangan masing-masing.

Berbalik pada permasalah Puan X, apa yang harus dibuat untuk memikat suami?

Kenali suami masing-masing. Setiap lelaki mempunyai personaliti yang berbeza dan mempunyai impian juga fantasi yang berbeza . Fahami dan hayati sifat pasangan . Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri umpama bulan yang cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

Tetapi secara umumnya untuk memjalinkan hubungan yang lebih bermakna  iaitu  saling melengkapi sebagai fitrah diciptakan lelaki dan wanita , apa yang penting adalah perlu lebih mengenai sikap dan keinginan mereka. Tahu sifat atau peribadi yang disukai suami dan cuba menghindari perkara yang perlu.

Bagaimana cara untuk memikat suami demi kebahagiaan rumahtangga.

1. Memahamai perasaan lelaki dari sudut mengenai seorang lelaki dan bukan cara untuk mengubah personaliti lelaki seadanya. Cuma fahami sikap atau tabiat suami dan mencuba menyesuaikan diri selagi tidak berlawanan dengan kehendak agama.

2. Gunakan kuasa pujukan. Wanita mempunyai sifat dan watak yang lebih berperasaan dan menghalusi. Salah satu cara memujuk adalah dengan menunjukkan minat termasuklah minat pada diri suami sendiri, kerjayanya atau kesukaanya. Mungkin ada beberapa kesukaannya yang kurang sealiran dengan wanita tetapi selagi dia tidak mengabaikan keluarga, terima saja dengan harapan minat yang kita tunjukkan itu akan mendekatkan satu sama lain.

3. Menghormati dan memahami kehendaknya. Ada dua perkara penting yang diingini oleh lelaki secara umumnya iaitu kemahuan seks dan kemahuan menjadi penting. Jangan sesekali merendah-rendahkannya kerana bila perasaan menjadi penting ada di dalam diri seorang lelaki – keegoaan dan keterujaan pada perkara-perkara yang mengembirakan dan menceriakan kehidupan akan terserlah.

4. Tujukkan rasa gembira bila bersama. Cipta perasaan gembira kerana ini akan menjadikan wanita rasa sempurna kerana berjaya menyelesaikan tanggungjawap terhadap suami. Lelaki juga mahukan keselesaan perasaan dengan sokongan kata-kata cinta dan bisikan . Lelaki sentiasa inginkan kasih sayang, sentiasa tertarik dengan kejelitaan dan sentiasa kagum dengan sifat keibuan, Itulah kata kuncinya!

5. Ikhlas dan terbuka dalam hubungan. Dengarlah dengan penuh perasaan apa yang ingin dikongsi oleh suami.  Berjenaka dan gurau senda antara suami isteri dengan baik dan berfikiran terbuka.

6.  Menghormati diri sendiri.  Seorang wanita yang menjaga dan mengasihi dirinya mempunyai keupayaan yang tinggi untuk membezakan baik dan buruk kemahuan peribadinya demi menjaga maruah rumahtangga.  Dia tahu meletakkan dirinya secara diplomasi dalam hubungan antara suami isteri, anak menantu, ipar duai, sahabat taulan  atau jiran tetangga.

Saya boleh senaraikan 10 atau 20 list ini tetapi semua ini bersifat umum.  Panduan semata-mata kerana seorang lelaki dan wanita itu berbeza kehendak, keinginan dan fokus dalam hidup bergantung dari sudut apa dia melihat kehidupan ini.  Kebahagiaan bukanlah destinasi tetapi adalah perjalanan kita sendiri.  Kita tidak boleh target di mana atau bila bahagia itu akan kita dakap sebaliknya rutin dan proses kita harungi kehidupan seharian itulah mengandungi  bahagia yang perlu diraih.

Proses pikat memikat suami isteri berubah mengikut jangka hayat perkahwinan.  Semakin lama kita hidup bersama,  kebiasaan dalam hidup menjadi ‘biasa-biasa’ saja, jadi kita perlu menjadi ‘bijak’ menyesuaikan teknik pikat memikat ini.

Tindakbalas yang berkesan hanya berjaya jika KEDUA BELAH PIHAK MEMPUNYAI FOKUS DAN KEINGINAN YANG SAMA.  Saya tidak percaya teori bahawa semakin lama kita berkahwin, semakin luntur kasih sayang cinta yang membara kerana saya telah membuktikan sebaliknya!  Dapat cop SIRIM dan sijil ISO…. :lol:

©kujie ~   deria cium wanita lebih dari lelaki kerana wanita mempunyai hormon estrogen yang lebih tinggi!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

50 thoughts on “Cara Memikat Suami

  1. saya seorg panas baran dari kecil lg.sekrg dh berkahwin tp teramatlah baran.pantang silap sikit bom dh meletup.saya cuba untuk bersabar tp dia tidak cuba untuk elakkan dari membuat saya menjadi marah.
    saya takut klu dia dh bosan dgn sikap saya n ingin berpisah.tahap ego n temper saya sgt la tggi.
    bila dh reda baru saya sedar klu lah saya bersabar sikit.

  2. bagi saya ape yang buat suami sayang sgt kat is3 adalah masakan si is3 yg betul2 ikhlas untuk suaminya,,, kalau tak sedap sikit tak per,, janji ade lauk yang terhidang time suami balik keje,, dan lagi biler suami balik keje jgn cerita hal2 yang merumitkan kepala,, tanya dia nak air atau tak,, urut2 bahu sikit sambil ciuman yang mesra kat bahagian yang dia paling suka (kalau saya,saya suka cium suami kat bahu dia). dan ade juga pendapat yg mnyatakan mandi bersama akan mwujudkan perasaan yang romantik,, tak semestinya berakhir di ranjang tapi kemesraan tu akan mwujudkan sayang kepada pasangan,, (pastikan anak2 tgok kartun masa ni) hehehheehe… tu jerlah yang saya nak kongsikan bersama,,,, byeee

  3. hi all,
    saya ada masalah besar , cam mana nak atasi penyakit saya yang mudah hilang mood (kategori sensitif ker saya?).. kadang2 kesian kat suami sbb tengah syok dok sembang or berdiscuss tentang sesuatu ngan saya tetiba saya boleh terasa disebabkan dia xsetuju ngan pandangan or cadangan saya.. n bila dah bad mood saya jd susah nak senyum, susah nak bercakap ngan suami.. apakah teknik yang saya boleh praktik utk menembusi tembok bad mood saya tu supaya saya boleh berkeadaan normal semula.. plz help me …(isteri yang ingin bahagiakan+manjakan suami selalu)

  4. hmmm cara nak pikat suami yer… ❓ ❓ ❓

    salah satunya memasak kot…..so rajin2 kanlah diri anda masuk ke dapur memgang sudip kayu yang lama terperap tu… :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  5. sy dh berkawin dh nk msuk 3 bulan. sy mndpt tgkp si dia melayari youtube “porn”.terguris hari sya, sya rasa terhina, tidak dihormati,bila ditnya,si dia mrh2 and tengking2, knpe sy? bukan slh sy, ssh sgt ke nk mintak maaf & mngaku salah? sy dh bnyk berkorban utk sidia, termasuk bhnti keje, dmi kesenangan dia, mnjdi suri rumah sepenuh masa.apa silap sy selma ni? apa perlu sy buat? adalah sy x cntik seperti dlu2? bntuk bdn sy x sma ke?

    1. pn lesungbatu, samalah sy…dh 2 thn lebih kawin, dh byk berkali2 sy kantoikan suami tgk benda2 haram tu.
      Bila dtegur dgn baik, lemah lembut lagi, ditengking marah , herdik sy pulak! nk cover jugak dosa yg terang2 tu..dunia akhir zaman. Mmg x sangka, suami dilihat baik pd agamanya tp tjebak benda2 mcm tu. Isteri depan mata ni ada sedia bkhidmat.

  6. pada saya dua-dua memainkan peranan yang penting. perlu selalu duduk bersama untuk bincang maslaah yang wujud. jika ada masalah jangan dipendamkan lama-lama

  7. 🙄 lelaki nie..kalu dah kwen saham die makin naik..kalau tak tahan iman tuu..habeh lah citer..maner tak nye seri muke makin naik..kalo dah ade org rumah yang jga..prempuan dara pula yang terkejar2..adoh2..

  8. masa bujang dulu parents asyik suh kawin. apatah lagi adik beradik. mcm2 alasan suh sy kawin. tup2 dh kawin, banyak pulak dugaan. walaupun br berkahwin dh rasa tempias sukarnya berumahtangga. patutnya family biarkan sy dgn pilihan hidup sendiri.

  9. pada saya kejayaan rumah tangga ni bergantung pada 2-2, suami dan isteri.. sama2 lah mjaga hati dan menyelami kehendak masing2.. ujian Allah tetap de, cuma berusahalah untuk membaiki.. doakan yg terbaik utk puan X tu.. insyaallah, niat yg baik, perkara yg baik akan berlaku..
    .-= Post terbaru fiezaradzi ..10 Perkara Memulakan Alam Pekerjaan =-.

  10. erm.. apa nak cakap eh? kebanyakkan apa yang ditulis lahir dari pengalaman. meskipun macam tu lebih banyak jugak yang lahir dari pemerhatian. Itu dan ini. demand dan meminta itu yang sering kita lakukan. Kita ni tak pernah puas. kurang bersyukur dan suka membandingkan keadaan. satu pekrara yang buatkan pasangan kita rasa tertekan.

    mungkin kita selesa dengan cara tersebut. tapi tidak untuk dia. ada juga yang suami punya baguih.. isteri plak bermasalah. Hidup saling melengkapi. Kalau salah, tegur menegur lah antara satu sama lain. awak tu dah duduk sebumbung. sekali ombak bah… sekali tu jugak pantai berubah. bila air dah surut… semua kembali ke bentuk asal.

    kadang-kadang susah nak luahkan dengan perkataan berbanding dengan tulisan. tulisan tu sama sakit sama perit dengan percakapan… tapi kesan dan parutnya lagi dalam kalau ditambah dengan pertuturan.

    dah mula merepek… cukup la malam-malam buta berbadah untuk pertahankan diri. hehehe… saya cume penulis jemputan. jangan marah ye. tiada niat untuk sebelahkan sesapa dalam hal masalah rumah tangga.

    keluarga kita biar kita yang bentuk dan tentukan. banyak dengar cakap orang sangat sampai perkara basic pon kita tak ambik peduli dah sekarang ni. tengok dulu sekeliling kita.. mane tau kot kot celah celah kaki tu ada banyak habuk.. cuba bawak sapu.. bagi bersih sikit kawasan sekeliling.

    ok ok… dah banyak sangat bahasa kiasan kat sini. sapa yang paham dia paham la karekter penulis jemputan tu kan???

    P/S: padan muke dia kene hentam.. biarkan dia kak jie. erk.. dia tak SMS dah ke mintak bantuan keamaan dah ke? hahaha

    Salam Ceria untuk semua pembaca Kujie2.Com
    .-= kreuger´s last blog ..Solat Istikharah =-.

  11. saya sayang bini saya.. chewahh!! dia tak perlu pikat saya kerana saya yang pikat dia. Sampai sekarang rasa mcm masih bercinta hehe

    1. saya pon.. tulissan je macam garang… tapi kalau bini saya nak nanges… saya akan nanges dulu.. hehehe. dengan cara tu… dia tak jadi nangis…

      P/S: nanti nak tulis macam mana jadi suami romentik plak ah. keh keh keh

      P/S2: Susah taw orang laki nak nanges.. air mata dia umpama berlian dari kayangan.
      .-= kreuger´s last blog ..Solat Istikharah =-.

  12. kak kujie! terbaik la tulisan kak kujie yang ini! suka baca! mmg kengkadang tu kan.. kita sampai tahap nak surender dah.. sakit ati punya pasal.. tapi sayang… tapi sakit ati juga.. betullah.. semua tu sekejap je, ketika marah, bila dah reda segalanya, mula rasa menyesal..
    tapi semua itu boleh buat belajar.. belajar dari kesilapan.. buat kita lebih memahami antara satu sama lain, mesti cari mana silapnya.. apa yg tak kena, tapi kena sit down n talk… takleh la kalau ego..ego kena buang..
    lama2 bila faham.. menda tu tak jadi masalah sangat.. hmmm.
    panjang pula celoteh petang ini.. rindu pada si suami yg sedang ber’outstation’ sekarang.. rindu nya!… ;p
    .-= kella´s last blog ..Colek Malas ? ? ? heh ? ? =-.

  13. info yang sangat bagus untuk diamalkan.
    saya ada terbaca sebelum ni, 5 tahun pertama perkahwinan adalah tempoh mengenal pasangan. jadi dari situ kita harus tau, tindakan seterusnya.

  14. salam ziarah hari jumaat..
    penghulu segala hari..
    moga kita mendapat hikmahnya
    dan di kurniakan kesihatan
    yang baik..
    phewwww…mantop..!

  15. salam kenalan .

    tq for the info .. sgt2 bagus info ni ..
    zaman skang ni lelaki agak2 & teramat2 le EGO nk tunjukkan kasih syg kat isteri .. lg2 lelaki melayu
    .-= zura´s last blog ..– SALE – =-.

  16. mungkin dah begitu sifat lelaki yg dah kawin..cepat bosan dengan pasangan..dgn mgkn juga kawin pasal nak lepaskan nafsu shj..

    tak sangka kak G dah jadi pakar kaunseling skrg nie..blh jd mcm dato’ fadzilah kamsah… :mrgreen:
    .-= Nadri´s last blog ..Aktiviti Makan Ayam Penyet @ LC Catering =-.

  17. Owh.. memang lelaki cepat bosan dengan pasangannya.
    Lelaki tak suka dengar menda remeh temeh drp pasangan (“abang kena hujan ke?”, tanya isteri kepada suami yang basah kuyup balik keje naik moto).
    Isteri kena ubah mood suasana dlm umah. Mungkin dari segi penampilan seksi2 (kat umah je ok). Cara hidangan menu makan. dll

    kena cari kunci utk handle EGO seorang lelaki..
    .-= samdaddycool´s last blog ..When the baby keep crying =-.

  18. yup saya pun pernah lalu keadaan ni… tiba2 rasa boring… kadang2 kita perlu masa sendirian… sbb tiap2 orang berbeza, ada org perlu berdekatan, baru rasa kasih sayang, ada org bila berjauhan baru rasa kehilangan… so kenali diri sendiri dan suami… belajar berterus terang juga bagus, kdg2 ada masalah yg terpendam tak dapat diterangkan, sesekali bertengkar (dgn berhemah)utk meluahkan perasaan juga adakalanye membantu…

  19. cakap mak,biasanya sesebuah perkahwinan akan di uji bila ia mencecah usia 5thn,10 thn,15thn.bila tgk usia perkawinan penulis baru berusia 5 thn.ermmm..masih muda lagi usianya tu.
    pengalaman saya sendiri pasti something is wrong somewhere.
    muhasabah diri..kena tukar posisi mainan di bilik tidur(maaf jgn tersinggung)kena lebih bergaya dan lebih dress up.lebih wangi.lebih sense of humor,lebih kelakar.mmg nampak man is a little bit selfish kan.tapi its ok.takpe kita dapat pahala berkorban la perasaan tu sikit.its for our own good.tak salah and tak rugi apa pun.akhir sekali panggil suami dok berbincang.tanya abang nak kawin lagi satu ke??kalau abang nak saya pun nak.hehehe..itulah yg dah saya buat..kat my mr hubby………..
    .-= anymz´s last blog ..Tazkirah hari jumaat. =-.

  20. “©kujie ~ deria cium wanita lebih dari lelaki kerana wanita mempunyai hormon estrogen yang lebih tinggi!”

    Saya setuju kak Jie! Lebih2 lg if pregnant.
    Suami kat luar pagar saya dah tahu dia lunch makan apa. (Saya allergik kari mamak masa tu). Sampai skrg, dr peluh cik abang, saya tahu apa dia makan kat luar rumah. 😉

    Saya setuju pandangan en Azman.

    Tp satu lagi, saya perasan, lelaki ni makin tua makin hensem. Ini pandangan saya le.

  21. cara memikat suami…err, sekali baca utk gadis-gadis sana sebagai panduan memikat jejaka boleh jugak rasanaya…. 😆
    *maksud saya gunakan yang berkaitan sahajalah ye.
    .-= student´s last blog ..Dunia senang faham susah dapat =-.

Comments are closed.