Siapa tahu nama makanan ini?
Resepi

Siapa tahu nama makanan ini?

Salam semua – Saya dah selamat kembali. Hampir maghrib tadi baru sampai di rumah. Dua hari AFK sangat best. Macam-macam saya buat bersama mak.

Pagi tadi, kala subuh dapat bersalam, peluk mak waktu masih di atas sejadah. Pukul 7 pagi kami 3 generasi ( nenek, mak dan cucu ) dah mulakan projek seperti gambar di bawah


Mula-mula parut ubi kayu. Kemudian campur garam dan cili giling sesedap rasa. Kemudian tempek²kan atas tudung periuk – nipis²


Didih air dalam periuk . Letak tudung periuk yang ada ubikayu di bahagian dalam. Prinsipnya – guna wap air untuk memasak.


1 minit dah masak. Mee maggie pun tak sempat nak kembang.  Kalau belum masak masih ada warna putih ( warna asal ubi kayu )



Keluarkan dari tudung periuk, letak atas daun pisang dan dijemur. Yang tak cantik tu Intan buat…lalalala...kejap lagi dia baca ni menjerit satu rumah!:mrgreen:


Bila kering, dipotong. Siap.  Simpan.  Bila nak makan, goreng macam kita goreng kerepok.

Orang jawa memang kreatif mencipta makanan. Pengalaman pertama saya buat benda ni dengan mak mertua.

Soalan cepumas. Siapa tahu nama makanan ini?

©kujie – tak ada gambar model – model tidak bertudung lengkap, tak elok keluarkan gambar dalam blog.:lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

86 thoughts on “Siapa tahu nama makanan ini?

  1. memang sedap benda nih. uhhh..
    .-= full time blogger´s last blog ..How to become a Good Liar? =-.

  2. (Yang tak cantik tu Intan buat…lalalala…kejap lagi dia baca ni menjerit satu rumah!)
    lucu bila imagine situasi tu…huhuhu.. Jgan marah Kujie… Mintak opak sikit bleh? nak rasa..hehe

    1. orang jawa tak kenal, y bukan jawa lg la..haha..ingat papedom mula2 td..hahahha
      .-= Azizuan´s last blog ..Pilihanraya Kecil Menguntungkan Rakyat =-.

  3. huh. aku orang jawa pun tak pernah buat benda ni haha
    .-= TMUkmkd´s last blog ..Blog Informasi Sukar Untuk Dikekalkan =-.

      1. K. Jie,
        Nak order camne? Mcm orang ngidam plak.
        Lg satu, nak order tepung goreng ayam yang dalam cerita dulu2.

        1. mak jual sekilo rm 5.50
          erk..kena cari mak le
          kak jie bawa sikit je

          tepung… tu pula kena singgah kuala selangor

  4. Tak pernah tau nama kuih ni. ingtkan papadom.. tp cam pelik lak cara buatnye…

    yeay, dpt ilmu baru mlm ni. 😉
    .-= Ryehanna´s last blog ..1 BULAN. =-.

    1. tradisi sgt kan

      tapi ada tips canggih di situ…bayangkan ada yg bertanya

      dah letak macam tu (terbalikkan tudung periuk ) benda tu tak jatuh ke?

      tgok betapa pandainya org dulu2 berfikir

  5. wah!!
    kak jie…saya baru tau ni
    tak pernah jumpa pun makanan ni
    macam sedap je wat makan sambil tengok tv
    .-= mokteh´s last blog ..Adam Lambert, Iron Man 2, Dan Setahun Yang Lalu =-.

    1. nasib baik singgah kt blog kak jie kan
      kak jie pun pertama kali juga…tengok dan buat sendiri

      untung balik kampung minggu ni…

      1. kak jie: kalau dah jawa punya makanan, orang melayu ke, org putih ke, org hitam ke, kenala panggil opak jugak. Kesian kat org Jawa nanti, penat bagi nama pastu org lain sedap2 tukar..

        sy hanya memperjuangkan hak bangsa Jawa..hehehe

    1. sebelum ke Algeria, abang ada usahakan tepi rumah tu tanam ubikaju dari benih yg terbaik… tak sempat nak habiskan projek, dia pula yg ke sana

      jadi mak yg teruskan… byk yg anak2 belajar bila balik kampung

  6. KakJie, nampak mcm sedap tuuu… :mrgreen:
    .-= student´s last blog ..Hadiah hari ibu =-.

    1. ade jual tapi bentuk je lain
      bulat2 sebesar pinggan tu..
      yg tu dah siap di goreng
      telan je
      yg ni mak potong2..kena goreng dulu

  7. Wah sedap nampak, tak pernah jumpa kat pantai timur benda ni
    .-= GreenLava´s last blog ..Adding Facebook Like/Fan box to blogger =-.

    1. mungkin panggil dgn nama lain kot
      atau bentuk lain2

      sbb selalu yang org jual bentuk dia besar mcm pinggan :mrgreen:

    1. untung ada kenangan dengan Opah… Kak Jie pun baru ni saja tau benda ni…

      sebab tu nak share – utk dikongsi dgn generasi skrg

    1. nama dia OPAK – nak makan kena goreng dulu ni

      ade jual tapi selalunya bulat2 besar pinggan tu 😆

  8. Salam kak jie…kalau orang yang duduk kampung (dan bandar/pekan) mesti tau makanan tu, kalau tak silap dari pandangan mata ku ini, itu kita panggey “opak ubi”….betui kaaaa?…Secara jujur yea, saya tgk sekali imbas, tak klik pun pic tu…pstt, mak saya buat tu dulu sebagai kudapan…Sedap juga dalam adunan opak tu kita campur dengan ketumbar/jintan/bawang putih (optional) yang ditumbuk sederhana halus…phewwww!!, haus tekak, minum oren kejap.. 😀
    .-= ah mat gebu´s last blog ..KONTROVERSI – KENAPA "BABI" JADI BAHAN MENCARUT. =-.

  9. opak….?

    kenapa saya tak tau pun. mak saya jawa..or mungkin saya tau makan saja. kehkeh
    .-= nursarah´s last blog ..The Mines. (entry bergambar) part I =-.

  10. oohh..opak..abah saye jawa tak pernah bagitau pun..hmmm
    .-= bH´s last blog ..Selepas 100 =-.

  11. macam kerepek je…mesti best kunyah time tgk movie :mrgreen:
    .-= Sir Marcello´s last blog ..Permohonan Maaf Dari Aku =-.

  12. nama dia opak. saya mmg tahu pun. huhu…. =p
    .-= paeh´s last blog ..Mari Guna #Hashtag Di Twitter =-.

Comments are closed.