Malam tadi sekitar jam 12.30malam, saya dapat panggilan telefon. Bila telefon berdering tengah malam mesti perkara negatif yang difikirkan. Tak mungkin orang saja-saja telefon ajak sembang pasal ayam itik, mega sale kat tesco atau tanya tutorial blogging.
Seperti degup jantung yang bagai nak meletup bila mendengar suara seseorang yang panggil saya
“makcik… anak makcik…bla…bla….langgar kereta saya …makcik…bla….bla…makcik “
Saya tak fokus pun apa yang dicerita..entah kenap perkataan ‘makcik’ itu yang tertangkap.
Sambil mendengar pihak sana berceloteh.. bla … bla .. makcik .. bla … bla … makcik…. saya berjalan dari hujung pintu depan hingga ke hujung pintu dapur untuk meredakan perasaan.
Masalah bukan serumit berlanggar berdentum dijalanraya bergolek sana sini. Hanya tercalar di pintu sebelah kanan bila Along nak keluar dari petak parking. Lepas kerja malam tadi, Along keluar makan bersama kawan-kawannya.
Orang dalam keadaan tertekan, saya diam saja…biarkan dia saja bercakap. Itu lebih baik dari kedua-dua belah pihak bercakap ( ini tips rumahtangga juga ni.. kalau pasangan kita bercakap, diam…… mesti dia pun buntu sebab tak der respon )
Riuh jugalah sampai 4 jam. Nak pergi repot kesian pula, Along masih lesen P. Kita yang salah, ikut sajalah. Mula-mula minta 8 ribu sebab nak cat keseluruhan kereta...kereta BMW bukan proton ye makcik – lunak suara ditelinga saya. BMW saya cat matelik makcik…. asal dari UK…bla…bla…… Bila dia cakap 8 ribu – saya bayangkan kereta tersebut remuk seperti kesan momentum perlanggaran 60km sejam.
Dia kata budak-budak tu kurang ajar . Kata Along dia orang terus je bising-bising macam ada kemalagan ngeri. Dia diam saja sebab terkejut. Budak 18 tahun dengan orang dewasa semestinya perlu ada cara berbeza untuk menilai. Orang dewasa sepatutnya perlu lebih matang menanggani masalah dari budak-budak 18 tahun. Darah muda! Budak itu pun bukan nak lari dari bertanggungjawap.
Saya perlu juga melihat kerosakan yang alami sebelum membuat keputusan. Berbincang lagi hinggalah kos anggaran baik pulih sekitar rm 2000 hingga rm 3000. Kami buat temujanji untuk bertemu pagi tadi. Seawal 8 pagi saya dah keluar dari rumah kerana “Encik BMW” ( saya save nama dia dalam hp ) ada mesyuarat penting awal pagi.
Sampai saja di tempat pertemuan , rasa nak terduduk saya bila melihat kesan calar di bahagian pintu BMW tersebut. Kesan calar tersebut hanyalah sebesar 1 inci x 2 inci. Ialah cuma tersentuh bila Along undurkan kereta dari tempat parking bukan tengah merempit memecut di jalanraya. Lagi parah… ada beberapa kesan calar dan kemek kecil di bahagian lain BMW tersebut. Bukan kereta baru berkilat baru keluar dari kilang.
Oklah..memang Along yang salah kerana mencium teruna orang, kan… yang tu kena mengaku. “Encik BMW” bagitahu workshop dia boleh baiki kesan tersebut dalam anggaran kos maksimum 800.
Saya pun bijak juga walau pun lebih banyak mendiamkan diri. Saya tak pergi seorang. Saya minta tolong jiran saya Encik Din. Beliaulah yang berurusan sehingga masalah ini diselesaikan dengan Encik BMW akan hantar kereta tersebut untuk dibaiki di workshop pilihan kami ( kawan jiran saya ) .
Jiran saya cakap, masalah ini sangat-sangat kecil dan boleh diselesaikan dalam masa setengah hari saja untuk dibaiki dengan kos separuh dari yang di minta.
” Tak apalah …. mungkin dia gembira dengan cara ini…. “
Terkedu saya mendengar jiran saya berkata begitu. Ada juga orang yang gembira atas kesedihan orang lain. Bila dah selesai, kami bersurai.
” Along…. dia panggil mama, makcik!”
ha ha ha……….. barulah masing-masing berselera nak gelak.
“Uban dia dah penuh….” kata Intan.
ha ha ha………… kami ketawa qada’ gelak yang tertangguh sejak pagi tadi.
“umur dia lebih tua dari mama….”
ha ha ha… kami gelak secara berjemaah lagi.
Gelak untuk menutupi bengkak-bengkak mata kerana menangis sepanjang malam. Seorang ibu macam inilah…..airmata terlalu murah harganya. Berjurai-jurai airmata saya bila saya intai Along sedang menangis di dalam selimut malam tadi menyesali kesalahan dia.
” mama…. Along mengaku Along buat salah ” .
” Tak apalah… benda dah jadi. Pergi ambil wuduk dan sembahyang…”
Semua ibubapa akan alami berbagai dugaan dalam membesarkan anak-anak. Waktu bayi hinggalah mereka dewasa. Inilah pengalaman saya yang patut dikongsi bersama kawan-kawan juga anak-anak yang mungkin membaca blog ini.
Kawan ketawa meriah waktu bersama, bila timbul masalah ibubapa juga tempat bergantung. Ingat ye anak-anak….
p/s – tak ada gambar…nak snap pun tak nampak kesan calar tu
p/s – banyaknya typo. Lepas taip entri ni, saya offline tak check ejaan pun. Penat dan mengantuk!
Nota : Update kisah ini dan ketahui berapa harga yang kami kena bayar di sini ( klik )
Kalau saya pakai BMW, sudah pasti saya orang berkemampuan dan org kaya, biasanya ada ego dan tidak mungkin meminta ganti rugi dari anak “makcik”, tapi hari ini ramai orang yang tak kaya nak berlagak kaya, pakai BMW tapi SENGKEK
Amboii nak RM8k tak mengagak-agak. haha, nasib ada pertolongan yang dapat menyelesaikan masalah.
kalau oranglah kan kak kujie..dia panggil kita makcik sedangkan dia lebih tua…orang terus panggil uncle…hehehehe…orang baru nak kaya kot…hehhe
Haha, tu langgar kereta kan? Adik saya kete dilanggar nak masuk jalan lepas parking tepi jalan (kete parking selari ngan jalan tempat tak dibenarkan parking). Jelas adik sy xbg signal nak masuk, n moto tu pulak maybe speeding masa keluar selekoh. Calar dalam muka awek moto tu (helmet tercabut), n akak boceng dia macam terseliuh celah peha. Adik saya terus hantar diorang ke hospital (sambil nangis n takut2), ayah sy hari tu jugak hantar baiki moto to complete, tp mak dia dok cakap kuat2 salahkan adik saya masa di hospital ckp itu ini ‘loss’ anak2 dia (tak tanya langsung pasal adik sy), n menantu dia tetibe balik keesokan hari call nak jumpa masa rehat depan office ayah saya, n macam nak jadi hero direct minta cash 3K (ayah sy xbg) n ada kemungkinan akan minta lagi konon sampai adik2 dia betul2 sembuh. At last, sebab tak tahan macam kene ugut dah, ayah sy wat report polis dua hari kemudian. Tau something? Awek tu xde lesen moto. Walaupun adik saya ada salah sbb xbg signal n xpatut parking situ, polis denda tiap2 pihak 300 sebab report lebih dari 24jam n tambahan 300 pada awek tu sebab takde lesen moto. Insuran cover kereta kami, n belah sana tak layak claim ape2 dari kami sebab tiada lesen+kemungkinan speeding. Moto yang dah dibaiki mekanik nasihatkan cabut balik semua part yang dah tukar, tapi ayah saya minta siapkan semua anggap sedekah, lepas bagi moto kami buat tak tau langsung dah (mereka melampau sgt). Haih, sesama melayu.. terus nak tikam orang bila bab duit.
Pengorbanan seorang ibu.
bapak mahal nk 8k,
8k cent bleh laa kasik
Melampau mintak lapan ribu.. kekeke
BMW cat dari UK pun kamu tu makan nasi dengan belacan jugak.