Betul ke perempuan materialistik?
Rumahtangga

Betul ke perempuan materialistik?

Kadang-kadang ada lelaki yang hendakkan perempuan yang di luar kemampuannya, yang high maintenance tetapi bila dia tidak mampu tunaikan permintaan dan keperluan perempuan tersebut…mulakah cakap perempuan materialistik.

Saya pernah terbaca satu artikel pensyarah UIA mengenai Islam menggalakkan sekufu kerana sekufu penting untuk kesejahteraan berpanjangan sistem kekeluarga .   Sampaikan kalau tidak sekufu , isteri atau walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinan.

Ada satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

“Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.”

Saya baca juga pendapat ulama iaitu sekufu itu bukan untuk membezakan manusia itu secara mutlak, tetapi manusia itu sendiri berbeza.

Betulkah perempuan memang materialistik?

Adakah salah jika perempuan materialistik jika sudah terbiasa dibesarkan dalam kemewahan.  Adakah itu tanda-tanda tidak sekufu?

Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai….. .

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

12 thoughts on “Betul ke perempuan materialistik?

  1. jika tanya aku betul atau tidak.

    jawapannnya: Betul.

    jika tanya aku ya atau tidak perempuan ni materialistik.

    jawapannnya: Ya.

    Jika soalan yang sama, ditanyakan pada lelaki.

    Jawapapannya: Sama dengan jawapan si perempuan.
    .-= titan´s last blog ..Ujikaji Withdrawal Paypal dengan Maybank =-.

  2. Salam,
    Saya lebih pilih sekufu dari segi pemikiran. Kalau harta sahaja yang banyak, hidup materilnya dah sempurna tetapi tak matang untuk berfikir, bertindak dan bereaksi…sangat-sangat susah jadinya. Itu yang boleh jadikan hidup macam tengah perang kat Afghanistan tu…
    .-= Anyss´s last blog ..Berpetualang ke Aceh: Satu Catatan Kembara =-.

  3. materialistik itu perlu untuk melengkapkan kehidupan..tp kena tanya dulu adakah yang sebenarnya dimaksudkan materialistik? adakah sifat yang suka membeli diluar kemampuan atau sebaliknya.
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Arissa loves the camera =-.

  4. Sekufu bukan dari segi kekayaan material sahaja. Saya rasa sekufu dari segi pemikiran dan fikrah juga penting. Kalau sama2 byk duit tp sorg pemikiran puak haluan kiri sorg puak haluan kanan pun sukar juga….akhirnya…kekuatan iman juga yg menentukan suami dan isteri dapat memberi dan menerima seadanya…Allah Maha Mengetahui
    .-= epel´s last blog ..Selepas 11 tahun =-.

    1. Saya setuju dengan anda. Sekufu memang penting kerana perkahwinan yang tidak sekufu menyumbang pada penceraian. Tidak kira sekufu harta, pemikiran dan sebagainya

  5. Perempuan tak materialistik. Tapi bersifat ingin memiliki. Salah tafsir kita kata materialistik atau bersifat kebendaan. Sekufu juga penting sebab ada sefahaman.

    p/s: Br dapat tengok Ketika cinta bertasbih, banyak mesej yang dikupas secara halus.
    .-= Dr House´s last blog ..Procol Harum – A Whiter Shade Of Pale =-.

  6. materialistik? mungkin sesetengah perempuan kot. tapi sebenarnya untuk security gak. Tapi pompuan berkarier skrg, spend utk shopping pun guna duit gaji sendiri. Duit yg hubby bagi digunakan untuk keperluan keluarga. betul tak? (from my point of view)

  7. Tak semua tetapi majoriti kerana Allah dah bagi 9/10 nafsu pada wanita sebagai ujian kepada kaum lelaki. Kalau betul diuruskan insyallah hasilnya baik dunia dan akhirat.
    .-= denaihati´s last blog ..Akademi Fantasia Musim ke 8 : Senarai Peserta, Pengajar dan Program AF8 =-.

  8. salam sis
    1st time commenting here (am a silent reader before)
    as for me
    materialistic itu subjektif
    definition materialistic itu berbez ikut tuan badan…

    apa pun perempuan bersifat materialistik kerana inginkan security
    kerana perepuan mencari dahan yang kukuh untuk berteduh

    dan kekukuhannya bergantung kepada banyak faktor….faktor utama tentulah iman dan taqw kepada ALLAH

    yang lain2 antaranya ialah kekukuhan material

    kufu adalah penting, kerana kita kahwin bukan untuk individu tapi untuk seluruh keluarga…
    sebab itu Rasulullah SAW suruh cari yang sekufu, supaya anak2 dan generasi keturunan akan tenteram

    banyak contoh apa yg jadi bila tak sekufu, anak2 jadi mangsa dibuang keluarga yg kufu berbeza..kufu juga adlah dari segi education..mesti sekufu agar sama level untuk pandu bahtera dalam lautan gelora…

    inilah pandangan saya

  9. tak semua materialistik. ada yang suka hidup sederhana. bergantung pada latar belakang perempuan tu la kot. bila dah biasa hidup senang mungkin agak materialistik tapi kalau dari asalnya susah mungkin tak sematerialistik mana.

Comments are closed.