Berita yang saya petik dari Berita Harian :
Seorang pemuda , Mat Mazarin Ramlee, 27 sempat merakam aksi seekor gajah melangkah penghadang jalan di Kilometer 27 Lebuh Raya Timur Barat berhampiran sempadan Kelantan-Perak, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
Tentu menarik kerana ini adalah kenangan sepanjang hayatnya yang tidak ramai yang berpeluang menempuh pengalaman berkenaan.
Kalau saya balik kampung melalui Lebuhraya Gerik – Kupang , saya akan melihat papantanda ini – dan berharap adalah seekor dua rusa yang melintas.
Di Algeria, penduduk tempatan berkuda di Algerian East-West Highway berharga US$11.2 billion. Gambar diambil oleh encik suami sewaktu Menteri Kerja Raya Algeria, Amar Ghoul merasmikan pembukaan lebuhraya di bahagian Setif sepanjang 36 kilometer. Tempat kerja suami sekarang. Seronok tengok langit nan biru.
Hari Isnin lepas, waktu menghadiri kelas Ustazah Salamah, ustazah ada berpesan – hindari menjadi isteri yang mempunyai sifat-sifat seperti binatang berikut:
1- Kuda – sebab suka berhias bukan untuk suami
2- Anjing – suka melawan suami
3- Keldai – malu untuk berbuat baik sehingga menjadi lemah
4 –Ular – suka berdendam
5- Kalajengking – suka mengadu dan mengumpat
6- Tikus – suka mencuri harta suami dan tidak mengaku
7- Unggas – amat cemburu buta
8- Singa – garang dengan suami.
Jadi sifat-sifat binatang apa yang agaknya sesuai untuk seorang isteri ikuti?
Nak tau ?
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
↓
Itu gambar Intan sedang membelai anak kambing – jangan jadi macam Intan – macam kambing sebab waktu aqikah orang cari kambing, waktu nak korban orang cari kambing dan sifat kambing adalah untuk perempuan yang soleh , taat, mengasihi suami dan ahli keluarga suami.
Secara jujurnya saya mengaku ada juga beberapa sifat-sifat binatang tersebut walaupun sedikit di dalam diri saya. ( sendiri menilai, ngaku sikit je la..control ayu , sedangkan orang nampak -entah-entah sifat seekor NAGA ) Saya berharap kita sama-sama dapat membentuk diri kita dengan sifat-sifat seekor kambing .
Jangan pula tak nak mandi sebab nak jadi macan kambing…. tak pasal-pasal suami naik hantu.
Kambing busuk? Itu kambing yang dilepas bebas menyondol sana sini. Kita jadilah seperti kambing yang dibela di kandang bersih dan disembur Estée Lauder.
p/s – Ustazah Jie nak keluar pagi ni, jadi sebelum out dari blog saya untuk blogwalking, apa kata baca juga tentang binatang yang disebut di dalam Al-Quran di [sini]
p/s – Saya ke Ampang, jumpa kawan suami ambil hadiah kiriman dari Algeria – bukanlah segah hadiah harijadi Dato’ Siti Norhaliza tu,tetapi sangat bernilai kerana saya tahu suami saya bukanlah seorang yang biasa membuat surprise dengan hadiah tetapi untuk kali ini, demi kami sekeluarga, dia dengan ghairahnya mencari hadian untuk kami
74 thoughts on “Kenali Sifat Binatang Dalam Diri Kita”
Comments are closed.
Terkadang saya punya sifat pendendam, harus dipadamkan sifat seperti ini agra berakhlak mulia dan semakin baik mumpung hari ramadhan pas untuk merubah diri
terima kasih
Comelnya gajah tu melintas.. 🙂
suke ayat “Jangan pula tak nak mandi sebab nak jadi macam kambing”
haha, true story
tips yang bagus.. nanti balik bleh share dengan cik adik. bace together gether.. hehehe..
ps.. sifat binatang kalau orang laki plak?
1. Buaya – Tau nak libas orang jer
2. Badak – Pemalas.. harapkan duit bini
3. Kanggaro – Kasanova
4. Harimau – Garang tak bertempat
5. Kucing – Manja dan perlukan perhatian tak kena gaya
bhahaha… just for fun.
ha..ha..malu la nak ngaku..mcm kuda kowt..ha..ha
Kie-yu nak jadi semua leh tak kak jie 💡
tamak haloba sket..
heee
apa hadiah tuuu
hapdate tau nanti kak 😉 😉
sy tak nak jadi cam beruk, sbb nnt akan seorang yg slow, cam berukband..hahaha
kalau terjumpa gajah kat lebuh raya timur barat tu, memang pengalaman yang unik la. mmg situ kawasan dia, cuma agak jarang bertembung. kalau dia duk tengah jalan, memang kena berhenti, padam lampu dan tunggu dia lalu dulu. kalau tak, entah apa yang terjadi… 😀
.-= beliamuda´s last blog ..(OST Cinta Balqis) Suara Rindu – Azad Jazmin =-.
adik-adik, jangan nak menggatal ye…pergi fahami sifat kambing dulu…
kesian… betapa bersusah payahnya beliau mengakrobatikkan kakinya melangkah untuk mendepani cabaran penghadang jalan tersebut. itu baru seekor. kalo jom melintas reramai… rasanya lenyek habis kena sondol penghadang jalan tersebut.
dulu takder jalan raya untuk ke seberang…. sekarang terpaksa pulak melintas jalan untuk ke seberang sana. itulah dia penangan pembinaan lebuhraya… kena bubuh papan tanda gajah pulak lepas nih…
awas! gajah melintas… jom melintas… pandang kiri dan pandang kanan..
gajah takkan pandang kanan kiri dah… terus aje melintas…
berjerela pulak komen patik. maaf bebanyaknya tuan tanah yer…
.-= abdfatah´s last blog ..Kenapa perlu order air kosong? =-.
kena ikut sifat2 kambing eh? emm kena postmotem ne. hehehe
😉
emm isteri saya ni ada sifat kambing tak yek..
dia tengah risau sekarang ni kerana bakal ditinggal 10 hari.. saya bagi contoh kak jie kene tinggal bertahun..dengan suami.. tapi dia jawab..
“saya bukan kak jie..”
heheh..
.-= nuaeman´s last blog ..Leganya.. bila tunggul di kepala telah tiada lagi =-.
@nuaeman, he he he…kena balik
betul lah tu…dia bukan kak jie- kak jie bukan dia
masa anak kecik2 macam dia sekarang ni pun kak jie mungkin rasa macam dia juga
tempoh perkahwinan juga mempergaruhi tahap kematangan dalam hubungan perkahwinan .
pujuklah – sayang berganda-ganda, rindu mengoda-goda
@Kujie, Jawapan kak jie tepat mengenai apa yang dia rasa.. alasannya anak masih kecik2 lagi.. serba salah juga..
1. Adik pernah terserempak segerombolan gajah putih di highway yang sama
2. Lelaki lagi teruk terlalu banyak sifat haiwan dan ada juga yang badan manusia tapi jiwa haiwan….
.-= denaihati´s last blog ..Penutup Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.
@denaihati, kak jie teringin nak jumpa rusa kat area papantanda tu je .. 😆
sifat kebinatangan dalam diri manusia hingga hapuskan nilai2 kemanusiaan seorang manusia
p/s – template byk sgt post – tak pasti mana post terbaru
@denaihati, mmg teruk bile manusia bertopengkan binatang.. 😮
.-= hafizmd´s last blog ..Bola Sepak Malaysia 2010 – Jadual Perlawanan =-.
saye mmg antare pengguna yg selalu lalu ikut situ tp blum pernah jumpe lagi si gajah nie..ade sekali tu..de pakcik sorang nie cerite..ade sekali tu..sudah jer si gajah langsaikan kerja ‘membuang’..terus datang lelaki mane ntah kutip tahi gajah tu untuk dibuat ubat..ubat apela yer?? 😯
.-= hafizmd´s last blog ..Apa nak tulis ni? =-.
@hafizmd, ubat?
oishhh………tapi lelaki agak obsesi dengan ubat jualan di tepi jalan
kenapa ye?
tak yakin dgn diri sendiri ke?
@Kujie, entahla kak jie..agaknyer sebab dah kureng power kot..minum ais banyak sangatla tuh..opss..terlebey sudaa…
.-= hafizmd´s last blog ..Bola Sepak Malaysia 2010 – Jadual Perlawanan =-.
hmmm, binatang kannns..
.-= en_me´s last blog ..kaki foto =-.
aih… bila la agaknya dapat pergi oversea lagi sekali eh?
rindu kat australia la..
@Kreuger, gile kentang ni
kak jie hanya pergi over the river je kat slim river tu 😆
nice post! kebelakangan nie sket blogger yg tulis tazkirah (kte pun)..
erm.. nak jadik unicorn ade? macho sket, ader sayap..
.-= samanosuke_04´s last blog ..Dunia Orang Takde Awek “DotA” =-.
@samanosuke_04, amboi…. angah tak sudah ..tak mau kalah
unicorn tu bertanduk kan?
nak sondol sapa? 😆
@Kujie, sondol kambing2… hahahaha, tak macho rr kambing, bahan buangan diorang bulat2 pastue kecik2.. haha!
.-= samanosuke_04´s last blog ..Dunia Orang Takde Awek “DotA” =-.
kita pun selalu nampak gajah kalau lalu highway grik ke ktan… best gak rasa macam thrill. boleh ke cam tu?
@.D.d L a L a., jangan lupa nanti tangkap gambar…. popular tu 😆
Macam ini kena cari isteri yang macam kambing leh ni. :p
.-= tekkaus´s last blog ..Wanna Play With Leech? =-.
@tekkaus, tak boleh cari lagi – awak dah ada …hehe 😆
1 lagi artikel dr kak jie yang sangat berguna utk tpinky…. seronok singgah tpt kak jie ni..
kak jie ada Facebook ker?? nak add 🙂
.-= tpinky´s last blog ..Ujian Allah.. Sesungguh pasti ada hikmah disebalinya….. =-.
@tpinky, tak ada FB
ada satu – create dummy akaun hanya utk register Geng Blogger
Mungkin lepas ini boleh senaraikan sifat binatang yang ada pada lelaki.
.-= Fahmishah´s last blog ..Setelah Sekian Lama =-.
@Fahmishah, yang tu blogger lelaki kena tulis – Kak Jie tulis hal2 yg Kak Jie tau je 😆
aku rindu dalca kambing di retoran asam pedas, kamunting huhuhu…
.-= silver´s last blog ..Jgn kata enjin, sekali tunjuk jari UMNO boleh kasi lesap 1 jet! =-.
@silver, pula…….. popular sungguh kambing hari ni 😆
OMG, this is absolutely your best entry. congrats!
.-= silver´s last blog ..Jgn kata enjin, sekali tunjuk jari UMNO boleh kasi lesap 1 jet! =-.
oo yeke kak jie…tp kalau lelaki lak macam mana…
.-= dilot´s last blog ..awak dekat mana? =-.
@dilot, kena suruh suami pergi mengaji, tanya ustaz
balik suruh dia cerita kat isteri 😆
Salam kak jie..
Xterpikir lak ader sifat cmtu..kalau sifat lelaki cmne lak ek kak jie?hehe..
.-= oh!dawie´s last blog ..Tutorial : Menggunakan Action Scripts =-.
@oh!dawie, lelaki kena tanya ustaz – pergi pengajian – tanya ye nanti
lepas tu buat entri, share dengan kami 😆
@Kujie, haha…takot ustaz xtau jer..kene tanye pakar haiwan la kot..hehe
.-= oh!dawie´s last blog ..Tutorial : Menggunakan Action Scripts =-.
@Kujie, saye tau saye tau..kambing betina mestila ngan kambing jantanla…
.-= hafizmd´s last blog ..Apa nak tulis ni? =-.
kite selalu jhe sebut kambing kambing bile tensen.. upenyer jd kambing ni bagus ek.. hihi
@cHentamaNeEs, eloklah tu dari sebut – sejenis lagi binatang – B*B* tu… 😆
cmne agaknya kalo terserempak ngan gajah tu? huhu
.-= diden [+]´s last blog ..Adoii lewat lagi ke kelas… =-.
saya suka kucing…
meowwww, meowww, meowwww gitew.. hehehe
Nisbah kambing jantan : kambing betina = 1 : 20 (menjangkau 40 ekor)….. bolehkah lelaki jadi kambing jantan?
@samdaddycool,
ahaks…. maza pun rasanya tertanya2 perihal sama.. kalau dibuat undi, bolehkan maza sokong usul samdady?
wakakakkaka
@maza, macam ni kena buat undi terbuka.. hik.. hik..
.-= samdaddycool´s last blog ..Ebay masih lagi lubuk duit =-.
@samdaddycool, izinkan ku mgundi juge hehe
.-= diden [+]´s last blog ..Adoii lewat lagi ke kelas… =-.
@diden [+], Wahh… ramai peminat kelab kambing jantan… 😆
.-= samdaddycool´s last blog ..Ebay masih lagi lubuk duit =-.
@samdaddycool, mencelah yer..kambing jantan kene tgk jge kambing ape..kambing kampung ke..kambing gurun? ke kambing cap boer yg panjang telinganya tu? 😆
.-= hafizmd´s last blog ..Apa nak tulis ni? =-.
@hafizmd, paling hensem kambing jamnapari woo, hidung macam burung belatuk..atas hidung siap ada jmbul lagi..
.-= samdaddycool´s last blog ..Dropship : Megagoods still relevan? =-.
ermm..memang la kan..sifat2 tu mmg x lepas dgn manusia..huhu
.-= zati´s last blog ..SILA TINGGALKAN LINK ANDA..macehs =-.
@zati, sikit atau banyak – kalau jujur kita menilai – ada pada diri kita juga
hehehe…
daging kambing sedap..saya suke
@~0~, kambing best
.-= diden [+]´s last blog ..Adoii lewat lagi ke kelas… =-.
@~0~, saya pun suka –
bestnya naik kuda di jalan raya..agak2 Malaysia boleh ke?
.-= eyriqazz´s last blog ..Ada apa dengan Cik Epal =-.
@eyriqazz, kat malaysia lagi hebat – lembu tidur selambar je kat jalan 😆
Wah, bagusnya org ni dpt merakam aksi si gajah.
Kena jadi cam kambing eh kak Jie??
.-= Eriyza´s last blog ..Kempen Ribbon Blogger, We Care =-.
@Eriyza, cuba bayangkan selepas pada merakam gajah tue? emmm…
.-= diden [+]´s last blog ..Adoii lewat lagi ke kelas… =-.
@Eriyza, sikap kambing je kena ikut – yg tak mandi tu yg ikut 😆
kambing pakai estee Lauder ye 😆
.-= ~mrs azmi~´s last blog ..blogger, we care =-.
@~mrs azmi~, tapi One Drop Perfume pun boleh juga 😆
entah2 boleh jadi duta produk 😆
Wah kak jie bela kambing ke?? Masyuk tu..
.-= zool´s last blog ..Blog Mesti Mari =-.
@zool, tak aih….ladang org – p melawat je 😆
Oooo kambing, ingatkan kucing parsi
p/s: Selamat keluar Kak Jie, hati2 kat jalan. Dapat parcel dari Cik Abang, mesti hati tengah berbunga-bunga tuuu 😉
.-= iza~de~bintang´s last blog ..Kempen Blogger – We Care =-.
@iza~de~bintang, sakit jiwa nak layan kucing parsi iza oiii…sesekali tak pa , seronok…kalau dah mengada2 tak sudah…. terpenyek kucing tu kena tendang
salam kak jie, eh pandainye gajah tu melangkah penghadang jalan…
.-= yanmie´s last blog ..Emoticon untuk Facebook =-.
@yanmie, mmg gajag kat situ @ gajah mmg pandai..geng2 gajah nie memang biase lalu ikut grik tu..tumpang lalu p cari makan kt seberang jalan..
.-= hafizmd´s last blog ..Apa nak tulis ni? =-.