Merenyam Nak Salam Cium Tangan Tu Pasaipa?
Peribadi

Merenyam Nak Salam Cium Tangan Tu Pasaipa?

Saya pernah baca tips rumahtangga – bersalam dan mencium tangan suami setiap kali bertemu atau berpisah.

Bagus tips ini – lagi bagus kalau dapat peluk pasangan masing² seketika di muka pinta. Kalau tak ada orang nampak , nak comolot pun boleh. Jangan mengatal nak tunjuk romantik comolot nak pilih KLCC pula. Kalau dah berstatus laki bini pun tak manis apalagi baru berpakwe makwe.

Masalahnya – kalau kau belum kahwin, janganlah nak beradap sopan santun tunjuk ayu nak salam dan cium tangan pakwe.  Entah apa yang nak dibuktikan.  Ajaran sesat mana yang diikutnya.

Tips tu pakar bagi untuk praktikal suami isteri walaupun dalam ayat tu digunakan ‘pasangan anda’ bukan bermaksud pasangan yang belum sah. Sekolah tinggi² yang tu pun tak tau nak bezakan.

ade orang tu tak de salam² cium tangan aihhh………….terus dipeluknya sampai ada awek lain cemburu!

renyam – galak, gatal (perempuan): tidak boleh nampak lelaki, nak ditegurnya, ~ sangat! merenyamkan menyebabkan berasa me­renyam. – Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

37 thoughts on “Merenyam Nak Salam Cium Tangan Tu Pasaipa?

  1. time kapel ada yg siap mintak izin lagi nak g mane2.. kalah laki bini tu.. merenyam tu best tengok ble orang sebut siap dengan ekpresi muka skali.. hehe

  2. ma…agree!!!ada kawan2 kita siap cium tgn boyfriend lagi..hadhoyai!~tepuk dahi tengok perlakuan macam tu.

  3. nak mesra2 kat rumah la kan..kesian saya yang belum kawin ni tengok..kekeke…

    btw ade typo…pinta = pintu

  4. mcm2lah ragam org zaman skrg bercouple.plg x tahan bila jaja cerita dosa kt smua org konon2 dia tu lah yg btul.. ❓

  5. ok dapat vocab baru harinie.. hehe renyam.. mantap gak blog nie, siap ade sumber dari DBP lagi.. informatif habes

  6. perkataan merenyam ni memang selalu digunakan oleh orang-orang tua di kampung…. dah jarang dengar perkataan ni digunakan sekarang nie…

  7. satu cadangan kpd yang tak berani tegur tu……pasang bacaan al quran kat hand phone kita.macam kena perli la tu….

  8. couple la nih mmg ramai yg gatai merenyam…
    bukan semua mcm tue,segelintir mcm tue…
    gatai merenyam noh…huhuhu

  9. kalau merenyam suami isteri…oklah…

    ini, kalau merenyam atas tangga bergerak, dalam train, atas moto, dalam kereta….wanau’zubillah….moga diberi petunjuk dan hdayah Allah jua….

    minta jauh dari perkara2 camni…ameen

  10. salam cium tangan suami setiap kali pergi kerja jadi satu kewajipan sebab itu menunjukkan rasa hormat kita padanya… 😀

  11. haha dah la tak dengar nih. tuh la sebab dah merenyam sangat ramai lah belakangkan ibu bapa dan pegangan sendiri. Geram baca kisah diorang nih, sebab terlebih pandai sangat ke tak taulah kan. Lagak kalah suami isteri, orang yang dah kahwin pun tak macam tuh. Geram lah.

  12. zaman skang kan terbalik kut dah… time berchenta rapat kemain! sampai angin nak lalu celah2 pun segan… bila dah kawen baru nak cakap pasangan tu kurang sana sini… jalan sebatu jaraknya..alahai

  13. betul tu kak jie. belum kawin bukan main sibuk nak cium tangan..(dah la salah tu..) lepas kawin takde plak beria nak cium2 tangan..

    merenyammm!!

  14. hahaha.. hat salam pakwe makwe tu memang betul.. kekadang rasa mcm geli jerk dema buat mcm tu.. huhuhu

    nak belangkong pun ada. hahahah

    dua hari lepas, baru maza herdik seorang pasangan melayu sedang berpelukan dan comolot atas escalator di sebuah pasaraya.. yg ironinya minah tu bertudung litup dan tak semengah itu encem gak ler.. huhhu

  15. dulu masa mula2 sampai semenjanjung kena buli dgn kwn2 kolej ckp perkataan yg yan x fhm, cnthnya diorg suruh ckp kt orang lain “ko nie merenyamlah” hahhaaa…time tu xfaham apa maksudnya 😛

    psstt!! next time jgn sensor itu gambar…hahhaaa :))

Comments are closed.