Malam Jumaat – Permintaan Seorang Isteri
Rumahtangga

Malam Jumaat – Permintaan Seorang Isteri

“Pertama kali sayang pujuk abang sebab nak beli sesuatu”

Bila suami cakap macam tu, rasa ruginya dah kahwin lebih 19 tahun saya tak pernah meminta… he he he..jahat betul!:lol: Meminta tu bukan bermaksud tak pernah minta belikan cokelat atau coke.  Yang ni tiap bulan saya minta bila kena sindrom PMS.

Keperluan diri saya tak perlu minta – beli sendiri.  Suami dah bagi kad ATM dan kad kredit.  Pandai² sendirilah nak berbelanja.  Gaji dia di sana dibayar melalui bank di Malaysia – saya yang pegang kad ATMnya.  Saya boleh berjoli katak sakan kalau mahu tetapi untuk selain dari keperluan diri , saya memang meminta keizinan.

Barang yang saya minta cuma berharga RM 106.00 ( harga yang saya tengok di Mydin ) .

Sebenarnya saya tak ingat pun saya pernah gunakan teori pujuk memujuk untuk dapatkan sesuatu sebab memang bukan sikap saya untuk meminta sesuatu. Apa yang saya miliki adalah PEMBERIAN dari seorang suami kepada seorang isteri bukan atas kapasiti PEMINTAAN seorang isteri.

Seronoknya………. dapat apa yang kita minta!  Terimakasih bang….. terimakasih juga kerana updatekan blog waktu² sang isteri down sindrom PMS.:lol:

pssst! abang……… sayang order Proton Inspira boleh tak?

©kujie – tajuk entri tu tambah – Yang DiTinggalkan….sob sob sob:sad:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

46 thoughts on “Malam Jumaat – Permintaan Seorang Isteri

  1. tak salah minta…. bkan org lain, suami sendiri.
    Lgipun suami ni kekadang lupa tentng hadiah dan ada jga buat2 lupa..hehehehe.

  2. kak jie tak romantik sgt…tak pandai pujuk
    tak mcm cik abg..dia bukan saja gigi yg lembut…kepala lutut pun lembut kalau bab pujuk memujuk

Comments are closed.