Resepi Dan Cara Memasak Pavlova
Resepi

Resepi Dan Cara Memasak Pavlova

Sebenarnya dah  lama perasan Pavlova ini agak ‘in‘ sekarang. Sama naik kepopularitinya selepas macaron. Apalagi bila Makcik Yan tu selalu saja up entri mengenai pavlova. Nampak sedap berjejer-jejer air liur bila nengoknya.

Pertama kali saya merasa kesedapan pavlova waktu lunch di #msmw 2011 di PWTC tempoh hari.

Awal minggu ini saya dapat panggilan dari Kolej Komuniti mengenai kelas masakan yang akan diadakan sepanjang bulan Mac. Salah satu menu pada minggu ini adalah Kek Pavlova iaitu sejenis kek meringue yang diperbuat daripada putih telur dan gula halus. Tekstur pavlova ringan dan rangup dibahagian luar.

pavlova dari putih telur Pavlova menggunakan bahan utama putih telur dan gula halus yang dipukul .  Mula² pukul dengan kelajuan perlahan sehingga adunan menjadi ‘soft peak form’.

pavlova putih telur maringue

Kemudian pukul dengan kelajuan tinggi,, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memutar adunan.

Terus putar sehingga adunan menjadi putih berkilat.  Antara tanda adunan telah menjadi marigue ialah apabila diangkat, terdapat hujung yang bertanduk tajam.

Masukkan esen vanila dan di pukul sampai sebati.  Untuk membuktikan adunan betul² menjadi marigue, telangkupkan bekas yang mengandungi adunan di atas kepala.  Kalau tak jatuh, itu tandanya adunna betul² telah menjadi marigue.

Masukkan tepung jagung dan cuka, gaul dengan spatula.  Jangan diketuk-ketuk adunan tersebut.  Biarkan dia naik secara semulajadi.

adunan pavlova marigue Lukis satu bulatan di atas kertas minyak ( parchment paper ) dengan menggunakan tin kek bersaiz 7 inci.  Tuang adunan di atasnya, bentukkan bulat mengikut garisan yang dilukis sebagai panduan.  Pastikan bahagian tepi adunan lebih tinggi dari bahagian tengah.

cara membakar pavlovaMasukkan dalam ketuhar  yang telah dipanaskan dengan suhu 150°C .  Bakar sejam ( 60 minit ) dengan api atas dan bawah.

Tips

  • Jangan ada walau sedikit pun kuning telur
  • Jangan ada walau setitis pun air dalam adunan.
  • Jangan guna telur yang dikeluarkan dari peti sejuk kerana walaupun telah sejuk dengan suhu bilik, masih ada wap air

cara buat topping pavlova

Sementara menunggu , kita buat bahagian topping pavlova.  Putar 240ml atau 1 cawan whipping cream bersama esen vanilla sehingga kembang dan berkilat.  Kami gunakan non diary tanpa gula.  Boleh masukkan gula jika mahu tetapi untuk kesihatan , kurangkan gula.

Topping ini boleh disimpan di dalam bahagian beku , keluarkan apabila mahu menggunakannya.

pavlova strawberry

Bila kek pavlova dah masak,  buka pintu ketukar dan biarkan kek sejuk di dalam ketuhar.

Keluarkan  untuk disapu topping dan hias mengikut citarasa.  Cuba buat carian google untuk mendapatkan idea  menghias.

Bahan untuk resepi Pavlova

  • 4 biji putih telur
  • ½ cawan pula kastor
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • ½ sudu besar tepung jagung

Topping / hiasan

  • 1 cawan ( 240 ml ) whipping cream
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 1½ sudu besar gula halus ( pilihan )

Pakej Lengkap Video Bun, Pau Dan Pizza Style Hotel
Senang aje kan resepi ini.  Cuma perlu mencari buah² segar untuk hiasan .  Boleh gunakan strawberry atau segala jenis berry, kivi atau pun buah peach.  Pastikan buah yang telah dicuci ini dikeringkan sebelum menghias atau hias bila nak makan.

Hari ini kami belajar kek cokelat blueberry dan kek pavlova.  Kosnya hanya RM 20 termasuk kek yang dibahagian dengan ahli kumpulan ( 4 orang ) dan dibawa balik.  Sangat-sangat berbaloi.  Terimakasih Cikgu Syerie!

Semak jadual kursus pendek yang dijalankan di Kolej Komuniti di sini – Pembelajaran Sepanjang Hayat atau hubungi kolej komuniti terdekat untuk mendapatkan program yang ditawarkan.

Kolej Komuniti terletak di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar melalui tawaran kursus sepenuh masa yang diiiktiraf oleh kerajaan dan kursus pendek.

Esok dan lusa saya ada kelas pembuatan cokelat.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

61 thoughts on “Resepi Dan Cara Memasak Pavlova

  1. Kenapa kek pavlova menjadi nipis???
    Kenapa
    tk boleh guna ‘mixer’ semasa masukkan
    tepung jagung, esen vanila, dan cuka

    1. seronok baca komen org kata buat menjadi… thx kak kongsi teknik….. lama dah x buka kelas buat kek.. rindunya..

  2. “Untuk membuktikan adunan betul² menjadi marigue, telangkupkan bekas yang mengandungi adunan di atas kepala. Kalau tak jatuh, itu tandanya adunan betul² telah menjadi marigue.”.. Eerrrkkk..betul ke kena telangkup atas kepala utk tujuan pengesahan?

    1. kalau yakin dah menjadi..tak perlu tapi masa jelas memasak hari tu kami semua buat…nak membuktukan apa yg cikgu cakap tu betul

  3. dah terliur tengok resepi ni…kena cuba lah..tapi banyak pantang larang nak buat yer..hihihi…confirm pavlova cikgu jadi pamolive.. 😀

  4. banyak karnival jual benda alah ni.
    cam mahal je,tak beli.
    takpe,saya RT je. kot akan datang leh buat. oh,orang rumah buatkan ke nanti.
    hahahaha

  5. Terima kasih akak.. .. pada yang lain2 tu.. jom lah visit page kursus pendek kolej komuniti hulu selangor… Masih ada pelbagai kursus yang ditawarkan dengan yuran serendah RM 20 sahaja. Rebutlah peluang ini….

  6. Ringkasnye. Ingat ada tepung penaik segala bagai.

    Bolehlah dicuba ngn isteri nanti… =)

    p.s-tp tak nak letak bekas adunan marigue atas kepala…naya jer nanti…hehehhe

  7. sng aje resepinye ye kak jie, tp kena teknik yg betul2 …

    kak jie, gundah gulana sikit ni…nk tanye soklan pasal adsense kat akk..buleh?

  8. sedap nih, tapi saya belum rajin lagi nak buat pavlova. cara mcm lbh kurang pembuatan macaron je, kena lukis bulat2.

    1. memang ringkas pun, tak de tepung gandum ke, tepung naik sendiri

      asasnya putih telur dan gula , rasa dia mcm marshmallow
      yang membezakan bahan yg kita guna, kualiti bahan tersebut dan cara hiasan

    1. sebut betul betul…. pavlova. ada org tulis ringkas2 pav
      dedulu dok tanya juga budak2 yg menyebut teringin pav pav
      tanya kt twitter apa benda , rupa inilah pavlova

  9. Ketika menetap di Sg. Besar, ibu saya aktif mengikuti aktivit memasak yang di anjurkan oleh Kemas. Ada sahaja hasil masakan yang dibawa balik setiap kali lepas menghadiri kelas masakan.

    Sedap makan Pavlova ini ketika menonton drama Korea. 🙂

  10. Saya segan nak cakap..Sebenarnya kak jie saya tak tau pavlova tu apa..hehe
    Selepas baca entri ni baru saya tau..dan yang pasti,memang nampak sedap.. =)

  11. Kek Pavlova ni sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap sangat… tambah pulak skill memasak mama.. terbaek.. tapi Intan dah ngap sebahagian besar kek tu… dapat makan sepotong kecik je…

  12. selama ni ingatkan nak buat pavlova guna bahan pelik-pelik..yela buat kek kan banyak pantang larangnya dan kena selalu buat baru jadi..kalau tanya org asyik la suruh guna produk yg mahal & import je..rupanya bahan simple dan senang je nak dapat..thanks kak jie siap bagi tips lagi =)

    ada sapa-sapa nak present oven kat i…bday i just around the corner..JUNE =P

  13. hmm, yummy. Cocok buat kudapan sambil blogging. sedapnya….ide bisakeluar lebih banyak lagi

  14. Assalam…
    Sedapnya tengok…
    buat masa ni, oven masih sakit…
    lama sangat tak guna, dia buat hal..

  15. petang petang ni baca , terus lapar..
    nak try buat la nanti..
    tapi kat rumah tak de oven.
    baru terbakar..

Comments are closed.