Pergi LIMA  2013 Langkawi  Cari Pemanggang Ajaib
Percutian

Pergi LIMA 2013 Langkawi Cari Pemanggang Ajaib

LIMA ( Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition ) 2013 akan berlangsung pada 26 – 30 Mac 2013. Pameran Maritime dan Aerospace yang telah bermula sejak tahun 1991 akan diadakan di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) , Langkawi.

Insya Allah, saya bersama suami dan anak-anak akan ke pameran ini. Pameran terdahulu tahun 2011, saya pergi dengan Angah dan Intan sahaja. Along tak cuti dan suami masih di Algeria. Kali ni dapat pergi seisi keluarga…………………….seronoknya!

pertunjukan udara LIMA

Untuk pelawat awam, pameran dibuka pada 29-30 Mac 2013 dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Bayaran masuk ke Pameran LIMA adalah RM 10 kecuai kanak-kanak di bawah umur 16 tahun, warga tua dan orang kurang upaya adalah percuma.

Antara gambar-gambar Kenangan LIMA 2011

LIMA Langkawi

LIMA Langkawi

 

LIMA 2011 – Angah mencuba  senjata sebenar – M04 seberat lebih kurang 3+kg yang kebanyakkan digunakan oleh tentera marin Amerika. Rupanya seperti M16 tetapi lebih pendek.

kapal-selam-lima-2011

Dalam perjalanan ke Tasik Dayang BUnting, ternampak kapal selam.

MiG-29N Smokey Bandit Squadron 17

Tandatangan juruterbang  MiG-29N Smokey Bandit Squadron 17,

Sesiapa di Langkawi pada tarikh tersebut, roger-rogerlah ye… Tahun 2011 saya terjumpa Blogger AzimAshaary.

 

Anak-anak dan suami seronok nak pergi LIMA, saya seronok nak borong Pemanggang Ajaib. Awal bulan lepas dah beli 2 Pemanggang Ajaib jenama Vantage dari Langkawi yang bersaiz 32cm dengan harga RM99 satu.  Itu harga kat Langkawi, kalau kat KL saya tak pernah nampak RM 159.  OKlah tu dari mengusung dari pintu masuk sampai ke dalam feri berjalan lebih kurang 1 KM, selepas sampai kat jeti Kuala Perlis/ Kuala Kedah nak mengusung lagi dari feri ke tempat parking kereta.   Bukan maca stesen bas, boleh jemput depan pintu bas…naik feri parkingnya nun jauh kat kuala.

pemanggang ajaib vantage
Sakan cik kiah … dari cerita kapal laut , kapal pejuang sempat selit Pemanggang Ajaib!

Edit :  Along cakap.. kalau kawan mama nak , dia boleh bawa, tapi  upah RM 20 satu.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

37 thoughts on “Pergi LIMA 2013 Langkawi Cari Pemanggang Ajaib

  1. salam kak. nak tanya..kalau kat langkawi tu, pemanggang ajaib tu beli kat kedai mana satu ek? teringin juga nak beli

  2. salam kak, nak tanya.. kalau kat langkawi tu, pemanggang ajaib vantage tu beli kat kedai mana ek? teringin juga nk beli

  3. tak pernah pergi lagi ke LIMA.. akak dan anak-anak nya dpt pergi tahun ni… Aya blum ada rezeki lagi..

  4. saya yg kat kedah ni pun tak sampai lagi ke LIMA..hihi
    sekarang lg kurang minat nak pi sebab cuaca teramat panas..si kecik plk lasak kemain lg.
    anyway…enjoy your trip there.

  5. memang ajaib pon pemanggang tu. aritu panggang ayam. mmg masak sekata. belom sempat nak makan, ayam tu dah ghaib. ajaib sungguh

  6. Kakjie pergi tidur sana ke macam mana ? ingat nak pergi pangkor mulai 26 hb ni , tapi tk booking apa pun , tk reti nak booking2 ..

    1. tido kat sana..tp bkn hotel
      rumah sedara…

      cuba booking melalui agoda, kak jie nk pi Kuching nnt, booking hotel via agoda

  7. Pernah tengok LIMA dulu.. kebetulan kerja dengan company yang bukak exhibition booth.. besssttt!! Everyone should experienced once.

  8. wahhh…bestnya dapat merasa LIMA di Langkawi…saya belum ada rezeki nak tengok LIMA….nanti upload picture bebanyak…

  9. Rasanya Yanmie pun telah gunakan satu jenama HIG. Kawan ada pelan ajak tetapi tak dapat pergi sebab ibu dan adik pergi umrah.

    1. boleh naik Anarm.. kalau sabar dan sanggup beratur
      kemudian ada waktunya…ada pertunjukkan udara
      seronok…puas dengan harga tiket RM 10 tu

  10. Sekarang ni pemanggang ajaib dah jadi trending.. Saya baru beli pemanggan IKAN dengan kak Sumi Jelly semalam.. Nasib baik dia blom tidur lagi.. Wife cakap awal betul dia tidur.. baru pukul 9 mlm..

    1. tu orang anggun, kekalkan awet muda, tido awal
      kita ni kaki online
      sampai mata macam panda…hihihi

      senangkan masak guna pemanggang ajaib ni…

Comments are closed.