Merpati Putih Di Halaman
Peribadi

Merpati Putih Di Halaman

Lewat malam tadi sewaktu keluar untuk check pintu kereta, pintu rumah dah berkunci sebelum tidur, saya terpandang sesuatu berwarna putih di hujung laman rumah.

white dove orchids
Capai kamera telefon, inilah hasilnya.

Merpati Putih berbunga lagi. Dah lama tak nampak orkid hutan ini berbunga.  Bentuknya sebelum berkembang seperti seekor merpati. Kalau dipusingkan tambar ini, memang jelas nampak bentuk seekor burung merpati putih sebagaimana bunga ini mendapat nama.

bunga orked merpati putih

Siang tadi saya minta Intan tolong ambil gambarkan gambar white dove orchids   ini kerana saya dah keluar rumah sejak awal pagi. Inilah gambarnya bunga Orkid Merpati Putih dari halaman rumah. Orkid hutan ini dah kurang , kalau dulu ada 2 bekas besar yang digantung dihalaman rumah. Boleh tengok gambar di sini – Wanginya Merpati Putih

Orkid berbau wangi ini hanya kembang sehari.

Nota : Jarang keluar event jauh.. hari ni pergi Seremban pun rasa penatnya.  Faktor usia , mungkin… hihihi.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

14 thoughts on “Merpati Putih Di Halaman

Comments are closed.