Menu Berbuka Puasa : Cara Simple Buat Roti Jala
Resepi

Menu Berbuka Puasa : Cara Simple Buat Roti Jala

Dari minggu lepas Angah ajak buat roti jala, tetapi belum ada hari yang ‘kosong’ untuk isi slot roti jala.
Bila dia cakap nak buat sendiri, cepat-cepatlah saya cakap OK.  Dia tengah cuti , baru habis Asasi .  Bulan September nanti baru nak daftar UNIKL BMI .  Dok rumah mengadap laptop saja, baik tolong mak memasak.  Pagi sebelumnya dia mesin rumput, dia jemur kain, dia angkat kain kat ampaian.  Anak lelaki pun kena ajar buat kerja rumah.  Tapi kena suruhlah, kalau tak suruh tak bergerak juga.

Akan datang dia dah berkahwin, dapat pula isteri yang berkerja, senang untuk sama-sama buat kerja rumah.  Jangan sampai isteri meroyan luah perasaan kat facebook mengata suami sendiri. ( jauh sangat mama dia dok fikir )

Bukan susah pun cara nak masak roti jala, dia cakap dia tengok video youtube Khairul Abdullah – Cara Mudah Membuat Roti Jala Tanpa Acuan .  Budak sekarang, semua benda belajar kat internet, sebab tu mak dia ni pun kena catch- up dengan generasi anak-anak.

Menu berbuka puasa Puding Roti Karamel sebelum ini pun dia yang buat..senang mak naaaakkkk!

Kalau nak mula belajar buat biskut raya , bole klik di sini – Keunikan Biskut Raya

 

Cara Buat Acuan Roti Jala

cara buat acuan roti jala
Cari botol air minumam, tebuk lubang halus pada penutupnya.  Tool baru ni… dah habis semester baru dapat! Kalau tak ada benda ni, guna paku yang dipanaskan dan cucuk je kat penutup botol.

cara buat roti jala
Tuang bancuhan adunan roti jala ke dalam botol.
acuan roti jala
Mulalah beraksi  MasterChef untuk membuat roti jala menggunakan acuan buatan sendiri.

Senang saja kan, anak bujang yang baru-baru belajar memasak pun boleh buat roti jala.  Nak menyediakan resepi dan bahan untuk memasak roti jala pun tak remeh.  Tak bersepah rumah.

 

Resepi Roti Jala

  • 1 cawan tepung gandum
  • 150ml susu
  • 150ml air
  • 1 biji telur
  • 3 sudu butter yang dicairkan
  • secubit garam
  • secubit kunyit

Cara Masak Roti Jala

  • Blend susu, air, telur.  Kemudian masukkan butter yang telah dicarikan. Blend lagi.
  • Masukkan tepung, garam dan kunyit.  Blend
  • Tapis dan masukkan ke dalam botol acuan.

Senangkan nak buat roti jala ni.  Bahan yang digunakan pun mudah dapat.  Tapiiiiiiiiiiiiiii…….. kalau beli kat Pasar Ramadan, 5 ketul harganya RM2.00.  Kalau seorang makan , cukuplah.  Kalau sekeluarga ada seorang istei atau beberapa orang isteri , bengkok juga nak membeli.

Bentuk roti jala Angah buat ni tak cantik macam tangan mak-mak yang dah biasa pegang senduk , maklumlah budak tak ada pengalaman.  Tetapi rasa dah cukup sedap.

Roti jala sedap bergantung kepada adunan dan kuah.  Saya buat kari ayam sebagai kuah roti jala.  Semua orang tau buat kari ayam, kan.  Bezanya kentang dan ayam dipotong dadu kecil-kecil.

Anaknya memasak, mak buat apa?

Ha ha ha… bergossip kat WhatsApp!

sembang Kiah Propa

Yanmie pun buat roti jala.  Menu berbuka puasa yang sama.

Kemudian sesambil dok bersembang online, anak saudara saya datang hantar satu bekas roti jala.

Semalam adalah Hari Roti Jala Sedunia!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

61 thoughts on “Menu Berbuka Puasa : Cara Simple Buat Roti Jala

  1. menarik sggh cara yg diaplikasikn. sy ada acuan roti jalan tue. tapi … time buat asyik tersumbat jerk lubang acuan. walau tak cantik pun janji kenyang sudah.

  2. kreatif benar Kak Jie memakai botol plastik yang di lubangi seperti itu untuk menuangkan adonan roti jala
    terima kasih resepnya

  3. Roti jala kalau nak suruh pelanggan tertarik bolehlah buat 2 warna , pasti tertawan ! Tapi sedikit cerewet sebab kena guna 2 acuan 🙂

  4. mesti kjie rajin masak masa ngandung angah kot ni… haha…

    bertuah ank laki pandai masak.. sng ibu n bakal wife nnti…

    oklah, azam nak buat dlm masa terdekat ni. acuan dah lama beli.

  5. Patutlah ada rasa ‘macam’ nak beli roti jala petang semalam..rupanya hari roti jala sedunia…oh! dunia =)

    senang mak sekarang, nanti senangkan isteri plak..terbaiklah angah!

  6. ada acuan dia , tp comot .. kalau rajin buat ikut cr kakjie lak … hari ni nak buat roti jala , sbb kari smlm banyak lagi kuahnya

  7. nak buat jugak la pasnih. Yeah! Dah tahu cara. Biasa terbantut nak buat kes takde acuan jer. Kari ayam tu beli kat kedai je kalau saya.. Susah nak masak..

  8. Pernah nyinggah kat blog Hairul tu hehehe..dia dok Duetchland…lama2 praktis cantik la roti jala tu nanti..tangan org lelaki keras sikit 🙂

  9. Salam,

    Heheee yelah kot rasanya semalam adalah hari menjala roti sedunia 😀
    hari ni apa pulak menu yang angah nak buat?

    1. dia cucuk tu… itu adalah kali pertama cuba
      benda baru dpt selepas 2 bulan praktikal
      belum tau apa2..blm pernah belajar

  10. semoga wife tak teringin nak merasa roti jala air tangan suaminya yg terchenta ini, kalau tak terpaksalah pakai botol susu haq buat acuan, halus skit jalanya…haha

    1. ha ha ha…. buat je ejam… bukan payah pun
      bahan2 tu murah je, tepung, susu , telur, butter sikit je
      kejap je habis , angah tu buat 2 adunan….

    1. yup… generasi sekarang ramai lelaki yang dah ke dapur…ibubapa yang kena mainkan peranana

      kalau dulu anak lelaki tak dididik ke dapur, kalau dah membina keluarga yang isteri bekerja..itulah timbulnya masalah

  11. mak dia memang tukar propa dlm group haha, tapi untunglah ada anak laki yg boleh harap 🙂

    p/s : kak jie, solder tu sy pun tak terbeli2 lagi…hajat dah lama nak beli

        1. hahaha sekali sekala….selalu jadi silent reader je sbb tak berani nak bagi bola tanggung

  12. Roti jala ni kalau sedap kuahn karinya, maka keseluruhannya akan jadi sedap. Roti itu sendiri mcm xde peranan.

    Aritu roti jala yang saya beli sedap rasanya sebab kuahnya manis!

    1. tapi kalau berniaga , kena rupa fizikal tu dulu lawa
      baru orang tengok terasa nak beli
      kalau buat kat dapur sendiri, yang nak makan sendiri..benda tu boleh dimaafkan lagi

    1. baru baru ni je
      3 tahun dok asrama….tadah pinggan je
      sekali dok kolej kena masak/cari makan sendiri
      baru dia rasa perit..baru nak cuba belajar memasak

Comments are closed.