Antara perkara yang paling saya suka mengenai maklum balas di blog ini adalah pengomen. Kadang-kadang entri saya dibincangkan secara lebih baik oleh pengomen yang datang.
Ramai yang pernah hantar email mengatakana mereka suka interaksi antara para pengomen di blog ini. Mereka cakap kebanyakkan pengomen berbual mesra dan bukan seperti dipaksa-paksa untuk mendapatkan kelebihan backlink untuk mereka. Pengomen blog ini gembira dan ikhlas untuk menulis komen. Pengomen di sini suka berkongsi info dan menambahkan pengetahuan kepada pembaca, bukan sekadar komen kosong.
Terima kasih untuk semua yang kerap berkomen di sini walau pun saya makin kurang membalas.
Ini antara blogger yang selalu kena racun untuk berada lama di blog saya yang sedang mengajak kawan-kawan kahwin muda!
Semalam selepas saya up entri mengenai Musim Bunga Sakura di Malaysia, seorang blogger yang dah lama tak muncul, Qurinallisya telah memberi feedback mengenai bunga yang sedang berkembang seluruh Malaysia sekarang. Bunga yang cantik berkembang seolah-oleh musim bunga di Jepun.
Menurut beliau seorang pakar tumbuh-tumbuhan, bunga yang kita nampak kembang cantik seperti bunga sakura tu namanya Tecoma/ Tabebuia .
Terima kasih banyak-banyak kerana akhirnya saya tahu juga nama bunga ni.
Menurut laman web FRIM, Tabebuia pentaphylla berasal dari Amerika Selantan dan Tengah adalah pokok hiasan yang ditanam sepanjang pinggir jalan atau hiasan tanam. Di Malaysia, Tabebuia juga dikenal sebagai “Cherry Blossoms of Penang” yang mirip bunga sakura dari Jepun.
Di Malaysia ada 2 jenis warna bunga yang sering ditanam iaitu putih dan pink. Tabebuia pentaphylla adalah salah satu dari spesis dari bunga Tabebuia/tecoma , Tabebuia pentaphylla adalah tecoma berwarna pink dan Tabebuia roseo-alba berbunga warna putih.
Sebenarnya bunga ini ada banyak lagi warna seperti purple, kuning, merah atau lavender.
Nama pentaphylla adalah kombinasi “lima daun” iaitu “penta” bermaksud lima dan “phylla” bererti daun dalam bahasa Latin. Pokok ini juga dipanggil “pokok kertas tisu” kerana kelopak bunganya yang nipis. Pokok bunga ini akan berbunga serentak di mana saja ianya tumbuh dan berlaku apabila musim kering.
Bunga sakura Malaysia ini juga berbunga hampir serentak dengan bunga sakura di Jepun iaitu di musim bunga. Dapatlah juga kita feeling-feeling Spring, kan.
Dari gambar di atas, kita boleh nampak, pokok yang lebat berdaun kurang lebat berbunga. Itulah salah satu ciri pokok Tecoma ini yang akan gugur daunnya apabila musim bunga tiba.
Ini saja yang saya nak berkongi, terima kasih kerana saya sekarang dah tahu nama bunga sakura Malaysia ini. Tecoma atau Tabebuaia… bukan teko mas atau tebu buaya!
©kujie – yang cantik itu kadang² nampak lebih indah dari kejauhan … tak kekal lama!
Kalau tanam kat depan rumah saya ni mesti nampak lagi urmmmm..haha
hatiku semekar sakura itu hehe
kalau di Indonesia saya tidak tahu apa nama bunga ini yang jelas dulu pernah hidup di sekolah SD dan SMA saya. biasanya pohonnya dijadikan tempat saya dan kawan2 bersandar sambil baca buku 🙂
rasa kat tmn ilmu ni mcm ada bunga sakura tu…
patutlah dipanggil sakura yer.. igtkan kita saja2 bagi nama
dekat2 area sekolah agama aliya ada , tp pokok mcm dah tua , asal tinggi kena cantas , so bunga dia ada sikit2 je , tk boleh feeling mcm luar negara …..
cantik.. kat sini takde, tapi ada pokok mangga yg tgh lebat berbunga warnanya kuning, jadilah.. penyejuk mata
Lagi ilmu yg dapat bila singgah sini..berbunga2 rasa hati napa tah 🙂
Bunga ni memang tengah mekar kat rumah sekarang ni..hehe
cantik bunga sakura
cantik…pernah tengok bunga ni kat putrajya…
Wah.. hari ini sebetulnya maza sudah usung DSLR. Kononnya nak tangap gambar bunga sakura Malaysia inilah.
Sekali kak jie sudah keluarkan entry dia pula.. ni yg lagi bertambah semangat nak skodeng bunga itu.. hehehe
Psst: maza skodeng bunga ini di Plaza Tol PLUS, tempat saudara Kak Jie bekerja itu.. hehehe
bagaimana berbunga lebatnya pokok tecoma tu, begitulah berbunga-bunganya hati saya bila kak jie selitkan cerita keghairahan saya terkena penangan blogpost “mee racun” di sini. terima kasih kak jie =)
cantik tu bunga2 ni…kalau dapat tanam sepohon…dah rasa macam tgk citer2 korea plak….hahaha
Bunga semarak belakang rumah saya juga sedang meriah berbunga. Merah satu pokok, berseri kerana selang seli warna hijau dan merah.
Bunga ni sekarang ni pun tengah banyak gugur kat tempat kerja saya. Kesian kat pekerja pembersihan baru lepas bersihkan dah kena bersihkan lagi.
ini bunga yang banyak gugur sekarang kan. saya selalu jumpa yang warna putih. seberang ofis saya ada banyak pokok bunga ni. habis bunga2 gugur atas kereta. banyak plak tu. malas nk kutip, drive je balik rumah dengan bunga bunga di bumbung kereta.
Saya memang suka tengok pokok bunga ni yang kebanyakannya ada di tepi-tepi jalan di Kuantan..walaupun bunga-bunganya gugur, ia tetap menampakkan kecantikan dengan gabungan bunga di atas pokok dan juga bunga yang berada di atas tanah..
menitik air mata staf MDHS nak menyapu guguran bunga itu nanti.
Dah la banyak, warna-warni plak tu.
Betul ke sampai macam tu seksanya… kena usulkan persatuan lah kalau macam tu.
Buat kempen ‘tak payah sapu’ la, cantik pa daun dan bunga berguguran tu…
owh tekoma, ingat kan “tengok maaa”, bunga bunga sulah gugur
ok….sy pggil pokok bersepah sbb daun die suke2 je ggur n bsepah2 dkt jlan….skrg da tau nme ny……tecoma….tq kak jie….hahaha
oh…species bunga sakura jugak…memang dia berbunga cantik jer kan….so x yah la nak pi jauh2 tgok bunga sakura..tgok species ni pun dah ok…sama jer kot..hehehehehe
macam mana dia datang malaysia ni eh..banyak tempat lak tu yang tanam
pernah terjumpa pokok bunga ini,baru ler tahu apa namanya….
Baru tahu ia adalah bunga Sakura dan musim bunga sama juga di negara Jepun.
baru nak buat entri pasal bunga ni Kak Jie..adakah kak jie dapat membaca fikiran saya ke ape?hohoho..peliknya..pokok ni ada dekat dengan kawasan perumahan saya tu..tu semalam..ingat nak tulis je, sakura di malaysia..sekali pagi ni ada plak entri ni..eh..
tecoma? ohh..takdeah susah sangat nak nyebutnya..
laaa, pokok bunga ni banyak dekat uitm arau. baru saya tau nama pokok ni. setiap kali balik ke asrama, rasa feeling jalan di jepun…hehe ^^