Layu Bunga Digenggam, Layu Rumput Di Halaman
Peribadi

Layu Bunga Digenggam, Layu Rumput Di Halaman

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.

Ramai yang balik ke kampung rasanya. Sejak malam tadi nampak bertali arus kereta keluar dari Kuala Lumpur ke arah utara lebih dari kebiasaan.

Saya pula masih menunggu suami yang dijangka pulang dari Terengganu malam ini, Along dari Kajang dan Angah dari Gombak. Hha ha ha…yang dari Gombak tu nak tergelak, macamlah jauh sangat padahal naik motor tak sampai 1 jam. Kejap lagi anak-anak sampailah kot.

Cadang nak pergi pasar tadi,tak jadi. Pergi esoklah sebab cik abang tu dah balik. Bolehlah bawa dia tengok-tengok harga ikan harga sayur kat pasar. Mungkin dia akan faham kemana perginya note lima puluh ringgit setiap kali ke pasar. Puan-puan pun kena buat macam ni tau… bawa suami ke pasar dan tunjukkan saja apa nak beli, biar dia yang bayar.

Membebel kelaut pula…

Bila dah tak jadi ke pasar pagi ni, saya ubah plan untuk mesin rumput.

mesin rumput
Selepas 2 jam, siap juga taman sekangkang anak kera saya tu dimesin rumput dan kemas apa yang patut.  Rumput jenis menjalar ni susah nak trim berbanding rumput yang jenis tumbuh menegak.  Dua karung beg sampah hasilnya.

Si Julie tu peneman selepas siap saja… bila saya mesin rumput, dia lari menyorok.   Takut bunyi mesin.  Kalau guna vacuum cleaner pun sama.

pemotong rumput Bosh
Inilah mesin rumput saya yang dibeli tahun 2011 sewaktu suami masih di Algeria. Mesin potong rumput jenama Bosch Art 23 Easytrim, beratnya lebih kurang 1.7kg memang sesuai untuk taman kecil dan kudrat perempuan.

Mesin potong rumput ni harganya tak sampai RM200, rasanya dalam RM 160 ( dah lupa ). Manual book tulis, jangan guna lebih dari 20 minit, maklum motor dia kecik.  Ikut saja arahan, Insya Allah jangka hayat mesin bertahan lebih lama.

Satu gelung tali sebagai pemotong tu berharga RM39.  Boleh tahan setahun juga.  Kalau dulu saya bagi pekerja majlis daerah potong rumput dan bayar RM 10.00 tetapi rasa risau juga bila sendirian dan biarkan orang yang kita tak kenal masuk ke dalam pagar rumah.  Atas faktor keselamatan bagi isteri yang suami jarang ada dirumah, mesinlah sendiri.

kucing cantik
Bahagian tepi-tepi tile perlu ditrim secara manual… Julielah penemannya… habiskan pagi hujung minggu bersama secara santai.  Isnin hingga Jumaat setiap pagi saya keluar ke kelas, pagi ni ada kat rumah, Julie macam terlebih seronok.  Melompat berlari ke sana sini.

buah delima
Pokok delima ini tak pernah berhenti berbuah. Isinya putih. Kalau ada sesiapa mengidam buah delima tak jumpa-jumpa, contactlah saya ye. Insya Allah kalau ada.

Saya ada pengalaman orang ketuk pagar rumah tanya tentang buah delima sebab isterinya mengidam.  Teringat pula pengalaman teringin buah mangga orang.  Yang peliknya tak nak buah dari pokok lain, nak buah dari pokok tu juga…. terpaksa suami tebalkan muka pergi minta dengan tuan pokok.  Masa tu kami cuma melintas lalu depan rumah orang kawasan Sungai Besar.

 

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Layu Bunga Digenggam, Layu Rumput Di Halaman

  1. kalau tiada perkara nak buat pape, meamng eloklah kita bersihkan rumah apa2x yang petot untuk hilangkan bosan. Rumah saya ada mangga tapi selalu sangat kena curi dengan monyet.

    1. nampak best sbb laman orang..kalau laman sendiri….ahahahaha…nak maiantenance tu yang ampooooonnnn…. malas sungguh

    1. ha ha ha.. nak gelak ni Nis
      tu laman orang pemalas
      pokok bunga pun tak dak
      laman rumah mak mertua kat kampung lagi meriah dgn bunga2

    1. tu la..patut buat keja setengah jam saja..dok melarat sejam sebab dok layan dia.

      nak tunggu suami balik, kan.. mestilah kemas rumah cantik2

Comments are closed.