Datin Sri Lepaskan Anak Ikan
Peribadi

Datin Sri Lepaskan Anak Ikan

Seperti yang diceritakan di entri dibawah – Talapia Merah Mati Sekolam, petang Sabtu saya ke kedai ikan. Ada banyak stok anak ikan talapia yang baru sampai.

ikan talapiabeli anak ikan talapia merah

Saya beli 50 ekor sahaja. Tengoklah kalau perlu, akan ditambah. Seekor anak ikan talapia merah sebesar ini harganya 15 sen.

ikan talapiabela ikan talapia merah

Saya jemput Datin Sri Intan Safura untuk melepaskan benih anak-anak ikan talapia ke kolam sekangkang anak kera tepi rumah.  Saya bukan ternak ikan talapia, saya cuma bela ikan talapia.

 

ikan talapiabeli anak ikan talapia

Macam majlis rasmi penuh protokol..hihihi.

Sebenarnya kami dah bersiap-siap untuk keluar ke majlis open house, baru singgah kedai ikan.  Bukan sengaja #ootd hanya untuk lepaskan anak-anak ikan tu.

Saya bela ikan-ikan ni macam binatang kesayangan (pet) .  Terapi untuk rehatkan minda dan teman bersembang.  Maklum anak-anak dah besar dah tak mahu dengar mama dia membebel lagi…hihihi

#sayatakmakanikanairtawar

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

32 thoughts on “Datin Sri Lepaskan Anak Ikan

Comments are closed.